Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan industri pembinaan seperti berikut:-
- Memaju dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan
- Memberi khidmat nasihat dan syor kepada Kerajaan berkaitan dengan industri pembinaan
- Memaju, menggalak dan mengusahakan penyelidikan berkaitan dengan industri pembinaan
- Memaju, menggalak dan membantu eksport perkhidmatan berhubung dengan industri pembinaan
- Menyediakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan
- Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan
- Menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan
- Mendayausaha dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan
- Mengada, memaju, mengkaji semula dan menyelaras program latihan yang dianjurkan oleh pusat latihan pembinaan awam dan swasta bagi pekerja binaan mahir dan penyelia tapak
- Mengakreditasi dan mendaftar kontraktor-kontraktor binaan termasuk membatal, menggantung dan
memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar
- Mengakreditasi dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia tapak
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.