| بهاڬين اوروس ستيا لمباڬ ڤارول | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 30 Jun 2008 |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Dalam Negeri Malaysia |
Laman sesawang | https://www.moha.gov.my/index.php/ms/ulp-pengenalan |
Bahagian Urus Setia Lembaga Parol (Tulisan Jawi: بهاڬين اوروس ستيا لمباڬ ڤارول) merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 selaras dengan pindaan Akta Penjara 2008. Bahagian ini berfungsi sebagai urus setia kepada Lembaga Parol yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Banduan yang menerima perintah parol boleh ditempatkan bersama keluarga, di rumah perantaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara, atau mengikuti program Corporate Smart Internship for Parolee (CSI). Sepanjang tempoh 2008 hingga 2023, sebanyak 92,156 permohonan telah dipertimbangkan, dengan 59,673 permohonan (65%) diluluskan untuk pelepasan parol.[1]
Fungsi
Selaras dengan Seksyen 46C (1) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol diperuntukkan seperti yang berikut:
- Membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol
- Menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah Parol
- Menambah apa-apa syarat atau menggubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol
- Mengadakan sesuatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan parol
- Memeriksa mana-mana banduan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol
- Menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Lembaga Parol perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum meluluskan permohonan parol. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira:
- Keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;
- Keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan
- Sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubung dengan hukuman ke atas banduan itu
- Rekod jenayah banduan
- Risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol
- Banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat
- Kesan ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa jika banduan itu dilepaskan secara parol.
Keanggotaan
Lembaga Parol terdiri daripada 7 anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Keanggotaan Lembaga Parol terdiri daripada:
- Seorang Pengerusi dari kalangan anggota Perkhidmatan dan Perundangan
- Seorang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia
- Seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia
- Seorang pegawai kanan kebajikan
- 3 orang awam
Rujukan
- ^ "Pengenalan Bahagian Urus Setia Lembaga Parol". KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA.








