|  Logo LKIM | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 November 1971 | 
| Bidang kuasa | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia | 
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur,  Malaysia | 
| Eksekutif agensi | 
 | 
| Laman sesawang | Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia | 
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kehidupan nelayan dan komuniti nelayan dan memajukan industri perikanan negara.
Sejarah
LKIM ditubuhkan pada 1 November 1971 menurut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Akta 49). Akta ini berkuatkuasa di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada 1 November 1971, di Sarawak pada 1 Julai 1973 dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.








