Lemak Kampung Santan | |
---|---|
Pengarah | Hans Isaac |
Penulis | Hans Isaac Harith Iskander |
Lakon layar | Hans Isaac Harith Iskander |
Dihasilkan oleh | Hans Isaac |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Tall Order Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 99 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.7 juta |
Pecah panggung | RM120,000 |
Lemak Kampung Santan ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2013 arahan Hans Isaac yang turut menulis skrip bersama Harith Iskander dan berlakon.[1]
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa). Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat Terkemuka manakala Tiqa pula seorang penjual nasi lemak di Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan di mana gadis itu tidak tahu Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort selain memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.
Pelakon
- Hans Isaac sebagai Ridzuan
- Neelofa sebagai Tiqa
- Awie sebagai Abu
- Harun Salim Bachik sebagai Pak Wan
- Natasha Hudson sebagai Sofia
- Khir Rahman sebagai Badrul
- Mohd Ashraf sebagai Amin
- Awie Akmal sebagai Orang Bunian
- Joey Daud sebagai Orang Muda
- Adlin Aman Ramlie sebagai Pembeli Nasi Lemak 1
- Afdlin Shauki sebagai Pembeli Nasi Lemak 2
- Ridzuan Hashim sebagai Khalid
- Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Johari Al Bakri
- Ramli Hassan sebagai Sultan
- Nadia Heng sebagai Tasha
- Harith Iskander sebagai Dato Adam
- Kuah Jenhan sebagai Nasi Lemak Lover
- Douglas Lim sebagai Abeng
- Nadia Mustafar sebagai Junaidah
- Mat Over sebagai Pok Chu
- Yasmin Yusuff sebagai Pekerja Pejabat
Penerbitan dan keluaran
Lemak Kampung Santan diarahkan oleh Hans Isaac yang sebelum ini mengarahkan filem Cuci (2008). Skrip filem ini ditulis bersama oleh Hans dan Harith Iskander. Sewaktu diawal pembikinan filem ini, Hans dan Neelofa pernah digosipkan bercinta, namun mereka berdua menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.[2]
Filem ini ditayangkan pada 8 Ogos 2013, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM120,000 sahaja sepanjang tayangannya pada musim Aidilfitri.[3][4] Hans kemudian menyatakan di laman sosial Twitter bahawa beliau akan berhenti mengarah setelah Lemak Kampung Santan kurang mendapat sambutan.[5][6]
Tayangan media
Lemak Kampung Santan telah dipertontonkan secara eksklusif di Tonton pada 9 September 2013.[7]
Rujukan
- ^ Azhariah Kamin (8 Ogos 2013). Mix and match The Star (Malaysia). Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Gandingan Mantap Hans Isaac & Neelofa Dalam Lemak Kampung Santan Oh! Bulan (14 Ogos 2013). Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Lemak Kampung Santan Sekadar Kutip RM120,000 Karangkraf. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Muzaffar Mustapa (13 Ogos 2013). Hans Isaac kecewa kutipan filem LKS, mahu fokus teater Astro Awani. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Ogos 2013). Hans berhenti terbitkan filem Diarkibkan 2018-04-29 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Bukan salah saya Diarkibkan 2018-04-29 di Wayback Machine Utusan Malaysia (27 Ogos 2013). Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ 'Lemak Kampung Santan' Kini Di Tonton mSTAR Online (8 September 2013). Dicapai pada 29 April 2014.