Belitung lumba | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Carangiformes |
Keluarga: | Coryphaenidae |
Genus: | Coryphaena |
Spesies: | C. hippurus
|
Nama binomial | |
Coryphaena hippurus | |
Sinonim[2] | |
|
Belitung lumba atau lemadang (Coryphaena hippurus)[3][4] ialah ikan bersirip ruji penghuni permukaan yang dijumpai di luar pesisir perairan beriklim sedang, tropika dan subtropika di seluruh dunia. Turut dikenali sebagai ikan lumba, lumba-lumba, golok, golok kasut, parang dan parang bodoh,[3] ia satu daripada dua ahli bagi keluarga Coryphaenidae, selain daripada belitung golok. Ikan ini paling biasa dijumpai di perairan di sekitar Teluk Mexico, Costa Rica, Hawaii dan Lautan Hindi.
Tatanama
Nama parang dan parang bodoh setara dengan nama dalam bahasa Aceh parang-parang, sedangkan lemadang ditemukan di Indonesia.[4] Nama ikan lumba dan lumba-lumba pula kemungkinan dipinjam terjemah daripada bahasa Inggeris dolphinfish atau dolphin.[perlu rujukan] Sungguhpun begitu, ia tidak berkait rapat dengan lumba-lumba sebenar.
Nama Inggeris mahi-mahi datang daripada bahasa Hawaii[5] dan bermaksud 'sangat kuat', melalui proses penggandaan.[6] Di sebahagian Pasifik dan di sepanjang pesisir Afrika Selatan yang bertutur Inggeris, lemadang sering dirujuk dengan nama dalam bahasa Sepanyol, dorado .[7] Di pulau Mediterranean Malta, lemadang dirujuk sebagai lampuka .
Linnaeuslah yang menamakan genus ini, terbit daripada kata Yunani, κορυφή , koryphe , yang bermaksud 'atas' atau 'puncak', pada 1758. Sinonim untuk spesies ini termasuk Coryphaena argyrurus, Coryphaena chrysurus, dan Coryphaena dolfyn.[2]
Rujukan
- ^ Collette, B.; Acero, A.; Amorim, A.F.; Boustany, A.; Canales Ramirez, C.; Cardenas, G.; Carpenter, K.E.; de Oliveira Leite Jr.; N.; Di Natale, A.; Fox, W.; Fredou, F.L.; Graves, J.; Viera Hazin, F.H.; Juan Jorda, M.; Minte Vera, C.; Miyabe, N.; Montano Cruz, R.; Nelson, R.; Oxenford, H.; Schaefer, K.; Serra, R.; Sun, C.; Teixeira Lessa, R.P.; Pires Ferreira Travassos, P.E.; Uozumi, Y.; Yanez, E. (2011). "Coryphaena hippurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T154712A4614989. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T154712A4614989.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2019). "Coryphaena hippurus" di FishBase. versi Ogos 2019.
- ^ a b Coryphaena hippurus. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/26151. [Didapat kembali 14 September 2023].
- ^ a b Common names of Coryphaena hippurus. FishBase.
- ^ Templat:Hawaiian Dictionaries
- ^ "mahimahi" (dalam bahasa Inggeris). Te Aka Māori Dictionary. Dicapai pada 2022-09-02.
- ^ "Fish detail". WWF SASSI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-31.
Pautan luar
- Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2004). "Coryphaena hippurus" di FishBase. versi Oktober 2004.
- Dolphinfish Monterey Bay Aquarium
- Oceana's Sustainable Seafood Guide
- Dolphinfish Florida Museum
- Dolphinfishes from iNaturalist