Lee Jae-myung | |
---|---|
이재명 李在明 | |
![]() Lee pada 2022 | |
Presiden Korea Selatan ke-14 | |
Menyandang jawatan 4 Jun 2025 | |
Didahului oleh |
|
Maklumat peribadi | |
Lahir | 8 Disember 1963 Andong, Gyeongsang Utara, Korea Selatan |
Parti politik | Demokratik |
Pasangan | Kim Hye-kyung (k. 1991) |
Anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Chung-Ang (LLB) Universiti Gachon (MPA) |
Tandatangan | ![]() |
Laman web | Laman web kempen |
Nama Korea | |
Hangul | 이재명 |
Hanja | 李在明 |
Perumian Semakan | I Jaemyeong |
McCune–Reischauer | Yi Chaemyŏng |
Lee Jae-myung[a] (lahir s. 8 Disember 1963)[b] merupakan seorang ahli politik dan peguam Korea Selatan yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatanke-14 sejak 2025. Sebagai ahli Parti Demokratik, beliau mengetuai parti tersebut dari tahun 2022 hingga 2025 dan menduduki kerusi Gyeyang B di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan dari tahun 2022 hingga 2025. Sebelum itu, beliau memegang jawatan gabenor Wilayah Gyeonggi dari tahun 2018 hingga 2021.
Lee yang lahir dalam keluarga miskin di Andong, setelah tamat belajar sekolah rendah terus bekerja di kilang, kemudian menjadi kurang upaya setelah mengalami kecederaan di tempat kerja. Beliau meraih sijil kelulusan setara sekolah menengah dan tinggi dan belajar di Universiti Chung-Ang di mana beliau memperoleh ijazah perundangan pada tahun 1986. Sebagai peguam hak asasi manusia dan hak pekerja, Lee bergabung dengan gerakan peguam sosial Minbyun dan memperjuangkan pembukaan hospital baharu di Seongnam.
Lee menyertai politik pada tahun 2005 dan kalah dalam beberapa pilihan raya. Beliau terpilih sebagai Datuk Bandar Seongnam pada tahun 2010 dan sekali lagi pada tahun 2014. Beliau mula bertanding untuk calon presiden pada tahun 2017, tetapi kalah kepada Moon Jae-in. Pada tahun 2018, beliau meletak jawatan datuk bandar dan berjaya meraih jawatan Gabenor Wilayah Gyeonggi yang disandang sehingga tahun 2021. Lee memenangi calon presiden pada tahun 2022, tetapi kalah tipis kepada Yoon Suk Yeol dari Parti Kuasa Rakyat di pilihan raya umum.
Pada Januari 2024, Lee terselamat daripada cubaan membunuh, tetapi pada bulan November tahun yang sama, beliau didapati bersalah kerana melanggar Akta Pilihan Raya Penjawat Awam kerana berbohong menafikan hubungannya dengan Kim Moon-ki, seorang bekas eksekutif Perbadanan Pembangunan Seongnam, sewaktu kempen pilihan raya tahun 2022. Sewaktu krisis Undang-undang tentera Korea Selatan 2024, Lee meraih perhatian antarabangsa dengan menyiarkan dirinya memanjat pagar bangunan Perhimpunan Kebangsaan. Semenjak itu, beliau memainkan peranan penting dalam mengetuai pencabaran Yoon Suk Yeol. Setelah Yoon dilucutkan oleh Mahkamah Perlembagaan Korea, Lee bertanding untuk jawatan presiden buat kali ketiga pada tahun 2025, memenangi pencalonan parti dan akhirnya menewaskan Kim Moon-soo dari Parti Kuasa Rakyat di pilihan raya umum.
Rujukan
- ^ Rahn, Kim (18 June 2025). "Korea Times notice on spelling of president's name". The Korea Times. Dicapai pada 22 June 2025.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaChosun birthdate
Pautan luar
- Lee Jae-myung di X
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan