Laut Laptev | |
---|---|
Koordinat | 76°16′7″N 125°38′23″E / 76.26861°N 125.63972°EKoordinat: 76°16′7″N 125°38′23″E / 76.26861°N 125.63972°E |
Jenis | Laut |
Negara lembangan | Rusia |
Rujukan | [1][2][3] |
Laut Laptev (Rusia: мо́ре Ла́птевых) merupakan satu kawasan perairan di Lautan Artik. Ia terbentuk daripada lingkungan pulau-pulau yang mengelilinginya. Laut ini terletak di antara Severnaya Zemlya, persisiran pantai timur Siberia, Semenanjung Taymyr dan Pulau Siberia Baru. Di utara, sempadannya melewati Tanjung Artik hingga ke titik koordinat 79 °U and 139 °T dan berhampiran dengan Tanjung Anisiy, manakala Laut Kara terletak di sebelah barat dan Laut Siberia Timur di sebelah timur.
Keluasan laut ini ialah sekitar 672,000 km². Ia boleh dilalui di antara bulan Ogos dan September. Nama Laptev ialah bersempena dengan nama penjelajah-penjelajah Rusia, iaitu Dmitry Laptev dan Khariton Laptev. Sebelum ini, Laut Laptev dikenali sebagai Laut Nordenskjold (selepas penjelajah bernama Adolf Erik Nordenskiöld).[4]
Sungai Lena merupakan sungai utama yang menjadi penyumbang air terbesar kepada Laut Laptev.
-
Laut Laptev. Matahari terbenam.
-
Laut Laptev. Es punggung bukit.
-
Perahu hoverkraf Hivus-10 di Laptev laut
Nota
- ^ Laptev Sea, Great Soviet Encyclopedia (in Russian)
- ^ Laptev Sea, Encyclopædia Britannica on-line
- ^ A. D. Dobrovolskyi and B. S. Zalogin Seas of USSR. Laptev Sea, Moscow University (1982) (in Russian)
- ^ Colliers Encyclopedia