Latiff Borgiba | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah 14 Disember 1937 |
Meninggal dunia | 14 Disember 2017 | (umur 80)
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1967–2017 |
Terkenal kerana | Filem Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku |
Pasangan | Fatimah Leman |
Anak-anak | 16 |
Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah[1] merupakan salah seorang dari pelakon filem Melayu klasik.
Kerjaya
Beliau sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem. Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.
Nama pentasnya, Latiff Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.[2]
Kehidupan awal
Latiff dilahirkan pada 14 Disember 1937 di Bangkok, Thailand sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1945. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga. Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.
Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau kemudiannya tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Semasa hayat, beliau aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya yang serius dan ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan sering melakonkan watak-watak jahat.
Bagaimanapun, pada penghujung karier seni, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Sebelum kematiannya, Latiff merupakan seorang bapa kepada 16 orang anak, datuk kepada 47 orang cucu dan moyang kepada 15 orang cicit setakat tahun 2012.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1967 | Darma Kesuma | Filem pertama | |
1970 | Dr. Rushdi | ||
1972 | Raja Laut | Ali | |
Pendekar Sakti | Dadah | ||
Dang Lenggang | Rompin | ||
Anak Ku Suami Ku | |||
1973 | Kelana | ||
Satria | Kinta | ||
Penyamun Si Bongkok | Hitam / Bongkok | ||
1974 | Anak Setan | Arang | |
Semambu Kuning | |||
1981 | Sumpah Semerah Padi | ||
1982 | Ribut Di Hujung Senja | ||
Anak Sulung Tujuh Keturunan | Pelakon undangan | ||
1987 | Jaguh Air Gemuruh | ||
1991 | Bintang Malam | Pok Leh | |
1992 | Penghujung Malam | Cik Man | |
Abang 92 | Wak Sait | ||
1995 | Amok | Guru | |
1997 | Gemilang | Husin | |
2009 | Jangan Tegur | Ustaz Kampung | |
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Bomoh | Penampilan khas |
2013 | Tokak | Khatib Umar | |
Penanggal | Guru Alang | ||
2023 | Syaitan Munafik | Wak Jono | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Mayang Mengurai | Tok Bomoh | TV3 | |
Ulek Mayang | Tok Bomoh | |||
2011 | Terowong | Pak Unos | Episod: "Rasuah" | |
Tanah Kubur (Musim 2) | Bomoh | Astro Oasis | Episod: "Pelaris" |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | Pa'e | Pak Hassan | TV3 |
Dajal Suci | Pak Tua | ||
2011 | Mariam Anisa | Astro Prima |
Meninggal dunia
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8:20 malam di hari lahirnya yang ke 80 tahun akibat sakit tua pada 14 Disember 2017 di rumahnya.[3]
Rujukan
- ^ "Latiff cerita asal nama Borgiba". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada 2015-11-09.
- ^ "Latiff cerita asal nama Borgiba". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada 2015-11-09.
- ^ Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia