Latido merupakan sebuah rancangan harian yang menyajikan muzik berinteraktif dan memaparkan klip video terbaru yang menghiasi kaca TV penonton. Rancangan ini disiarkan di TV9. Penonton berpeluang menyampaikan dedikasi serta mengundi untuk video muzik kegemaran mereka menerusi SMS yang akan disiarkan di TV.
Kelainan rancangan ini terletak pada penyampaian 5 orang baru dengan karenah dan personaliti unik yang mengetengahkan nilai estetik dan artisitik secara santai. Lagu-lagu yang disiarkan adalah lagu-lagu popular dari Malaysia, Indonesia dan dari artis Barat.
Setelah ke udara sejak TV9 dibuka pada tahun 2006, Latido dihentikan pada awal tahun 2008 untuk memberi laluan kepada Gua @ 9.