Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Sebahagian dari | Prehistoric Sites and Decorated Caves of the Vézère Valley |
---|---|
Inskripsi | 1979 (sesi ke-3) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Montignac, Perancis |
Koordinat | 45°03′13″N 1°10′12″E / 45.05361°N 1.17000°EKoordinat: 45°03′13″N 1°10′12″E / 45.05361°N 1.17000°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Lascaux (Perancis: Grotte de Lascaux , "Gua Lascaux"; Perancis: [lasko]; Jawi: ڬوا لسكو ) merupakan tempat letaknya rangkaian gua berdekatan desa Montignac, di departmen Dordogne, Perancis barat daya. Lebih 600 buah lukisan gua menghiasi dinding dan lelangit dalam gua. Lukisan rata-ratanya akan haiwan besar, iaitu mergastua tipikal tempatan yang padan dengan rekod fosil zaman Paleolitiik Awal. Lukisannya merupakan gabungan usaha turun-temurun, dianggarkan umurnya 17,000 tahun SK. Lascaux teriktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1979, sebagai elemen Tapak-tapak Prasejarah dan Gua-gua Berhias Lembah Vézère.