Pangkalan RAAF Amberley | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia, Amberley | |||||||||
Templat:QLDcity, Queensland in Australia | |||||||||
Koordinat | 27°38′26″S 152°42′43″E / 27.64056°S 152.71194°E | ||||||||
Jenis | Pangkalan udara ketenteraan | ||||||||
Luas | 1,600 hektar (4,000 ekar) | ||||||||
Maklumat tapak | |||||||||
Pemilik | Jabatan Pertahanan | ||||||||
Pengguna | Tentera Udara Diraja Australia | ||||||||
Sejarah tapak | |||||||||
Dibina | Jun 1940 | ||||||||
Diguna sejak | Jun 1940 | – kini||||||||
Maklumat garison | |||||||||
Penghuni | |||||||||
Maklumat lapangan terbang | |||||||||
Identifiers | ICAO: YAMB | ||||||||
Ketinggian | 28 meter (91 ka) AMSL | ||||||||
| |||||||||
Sumber: AIP Australia dan carta aerodrome[1] |
Pangkalan RAAF Amberley atau Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Amberley (bahasa Inggeris: Royal Australian Air Force Base Amberley ); (ICAO: YAMB) merupakan sebuah pangkalan udara ketenteraan bagi Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang terletak kira-kira 8 km (5.0 bt) barat daya Ipswich, Queensland di Australia dan 50 km (31 bt) barat daya Brisbane. Ia kini menjadi rumah kepada Skuadron No. 1 dan Skuadron No. 6 (mengendalikan F/A-18F Super Hornet), Skuadron No. 33 (mengambilalih pesawat Airbus KC-30A) dan Skuadron No. 36 (mengendalikan pengangkutan jet Boeing C-17 Globemaster III). Amberley juga menjadi rumah kepada unit tentera iaitu Pasukan Batalion Sokongan ke-9 (9 FSB). Kedudukannya yang terletak di atas 1,600 hektar (4,000 ekar), RAAF Amberley merupakan pangkalan terbesar yang dikendalikan dalam RAAF dengan kakitangan lebih 5,000 orang dan orang awam.[2] Terdapat pelbagai formasi di pangkalan tersebut seperti kolej latihan dan kawasan penyelenggaraan. Amberley adalah salah satu daripada dua lapangan terbang di Australia (yang lain ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin) yang telah disenaraikan sebagai tapak pendaratan Transoceanic Abort (TOA) untuk Bolak-balik angkasa lepas.[3] Amberley kini masih dalam program pembangunan semula A$64 juta. RAAF juga merancang untuk mengendalikan pangkalan udara Amberley yang "super" ini dengan pesawat-pesawat F/A-18F Super Hornets, F-35 Lightning II, KC-30A, C-17 Globemaster. Skuadron No. 35 (mengendali C-27J Spartan) merancang untuk berpindah ke pangkalan ini daripada Pangkalan RAAF Richmond selepas ia dilengkapi sepenuhnya dengan C-27J.
Lihat juga
Rujukan
- ^ YAMB – Amberley (PDF). AIP En Route Supplement daripada Airservices Australia, efektif 08 November 2018, Aeronautical Chart[pautan mati kekal]
- ^ "RAAF Base Amberley" (PDF). Department of Defence. Australian Government. 1 October 2013. Dicapai pada 14 August 2017.
- ^ Pike, John. "Space Shuttle Emergency Landing Sites". www.globalsecurity.org.
Pautan luar
Kategori berkenaan Pangkalan RAAF Amberley di Wikimedia Commons