Lampu suluh (Jawi: لمڤو سولوه ) atau pelita picit (Per., Pat., Men.[1]) adalah lampu elektrik tangan mudah alih. Cahaya yang dihasilkan lampu ini biasanya brersumberkan mentol lampu pijar atau diod pemancar cahaya. Lampu jenis ini terdiri dari satu mentol lampu yang dipasangkan dalam sebuah pemantul, penutup lutsinar (kadangkalanya digabungkan bersama kanta) untuk melindungi sumber cahaya dan pemantul, bateri, dan suis; kesemua komponen ini disokong dan dilindungi dalam sebuah perumah.
Penciptaan sel kering dan lampu mentol elektrik pijar memungkinkan terhasilnya lampu suluh berkuasa bateri pertama sekitar tahun 1899. Hari ini kebanyakan lampu suluh hari ini menggunakan lampu pijar atau diod pemancar cahaya dan dikuasai bateri pakai buang atau boleh dicas semua. Ada juga sesetengah model yang dikuasai oleh engkol tangan, goncangan, dan panel suria untuk mengecas semula bateri.
Di samping lampu suluh tangan umum tangan, terdapat banyak reka bentuk lampu yang telah disesuaikan untuk kegunaan khas. Lampu suluh yang dipasangkan pada kepala atau topi keledar contohnya direka untuk kemudahan pelombong dan aktiviti perkhemahan. Ada juga jenis lampu suluh yang boleh digunakan dalam air atau di kawasan beratmosfera mudah terbakar. Lampu ini digunakan sebagai sumber cahaya ketika berada di tempat tanpa kuasa elektrik.
Penggunaan
Lumen (lingkungan) |
Jenis | Pemakaian |
---|---|---|
1-20 | Rantai kunci | Mencari lubang kunci, penggunaan jarak dekat, tambahan kepada nampak gelap (night vision), berjalan dalam gelap |
30 hingga 100 | Tujuan umum | Penggunaan dalam rumah, pembaikan kereta, kembara hutan, eksplorasi gua |
100 dan ke atas | Taktikal | Dipasangkan pada senjata untuk tujuan membidik |
200 dan ke atas | Lampu basikal depan | Bergantung pada kelajuan, keadaan jalan dan pencahayaan persekitaran |
1000 ke atas | Berkuasa tinggi | Kegunaan luar rumah, operasi mencarian dan menyelamat dalam gua, "orienteering", menaiki basikal berkelajuan tinggi, menyelam |