Lampam siam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Cypriniformes |
Keluarga: | Cyprinidae |
Subkeluarga: | Cyprininae |
Genus: | Barbonymus |
Spesies: | B. altus
|
Nama binomial | |
Barbonymus altus (Günther, 1868)
| |
Sinonim | |
Lampam siam (nama saintifik: Barbonymus altus sin. Puntius altus)[2] ialah spesies ikan siprinid air tawar dari Asia Tenggara. Ia hidup di lembangan Sungai Mekong dan Chao Phraya.
Penerangan
Lampam siam mempunyai birai distal merah yang lebar tanpa belang birai kecil hitam di setiap cuping sirip ekor; dengan sirip pinggul dan dubur merah, tompok distal hitam di sirip punggung, dan kelebaran tubuh 1.8-2.2 kali kepanjangan piawai.[3]
Lampam siam ditemui di kedalaman pertengahan sungai besar dan sederhana, dan dataran banjir. Ikan ini selalunya dijumpai berdekatan kampung di mana ia memakan sisa organik yang dilupuskan oleh manusia. Ikan ini telah dikomersialkan selaku ikan akuarium.[3]
Taburan dan habitat
Ikan ini tempatan dari Asia yang mana ditemukan secara liar di kawasan sekitar Sungai Mekong dan Chao Phraya di Thailand. Spesimennya dicatatkan dari rangkaian sungai di Maeklong, Semenanjung dan Tenggara Thailand. Ia hidup membiak di kawasan perairan tawar tropika pada suhu yang sesuai iaitu 22°C - 27°C.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Allen, D.J. (2011). "Barbonymus altus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T181084A7658510. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T181084A7658510.en.
- ^ Animal name PR-PZ, 動物名 PR-PZ. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
- ^ a b c Rainer Froese; Daniel Pauly, penyunting (2017). "Barbonymus altus (Günther, 1868)". Fishbase. Dicapai pada 20 Ogos 2023.