Laluan Yahiko | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | 弥彦線 | ||
Jenis | Kereta api tempatan | ||
Lokasi | Wilayah Niigata | ||
Terminal | Higashi-Sanjō Yahiko | ||
Stesen | 8 | ||
Operasi | |||
Dibuka | 1916 | ||
Pemilik | JR East | ||
Stok kereta api | Siri 115/Siri E127/Siri E129 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 17.5 km (10.9 bt) | ||
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
Pengelektrikan | 1,500 V DC talian atas | ||
Kelajuan operasi | 85 km/j (55 mph) | ||
|
Laluan Yahiko (弥彦線 , Yahiko-sen) merupakan sebuah laluan kereta api di wilayah Niigata, Jepun. Laluan ini bermula dari Stesen Yahiko di pekan Yahiko dan berakhir di Stesen Higashi-Sanjō dalam bandar Sanjō di Niigata dan dikendalikan oleh JR Timur.
Perkhidmatan
Semua kereta api dalam laluan beroperasi sebagai perkhidmatan tempatan berhenti di semua stesen. Kebanyakan perkhidmatan dijalankan antara Yahiko dan Yoshida, dan Yoshida dan Higashi-Sanjō. Beberapa perkhidmatan menjalankan laluan penuh dari Yahiko ke Higashi-Sanjō, dan satu perkhidmatan pada waktu pagi di kedua-dua arah berjalan melalui Laluan Echigo ke arah Teradomari. Terdapat perkhidmatan setiap jam pada waktu pagi dan petang, dan perkhidmatan setiap 2–3 jam pada tengah hari.
Senarai stesen
Stesen-stesen dengan tanda "◇" memiliki landasan tunggal yang membenarkan kereta api melalui antara satu sama lain manakala stesen-stesen yang bertanda "|" memiliki landasan tunggal sehala.
Nama | Bahasa Jepun | Jarak (km) |
Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Yahiko | 弥彦 | 0.0 | | | Yahiko | Wilayah Niigata | |
Yahagi | 矢作 | 2.3 | | | |||
Yoshida | 吉田 | 4.9 | ■Laluan Echigo | ◇ | Tsubame | |
Nishi-Tsubame | 西燕 | 8.0 | | | |||
Tsubame | 燕 | 10.3 | ◇ | |||
Tsubame-Sanjō | 燕三条 | 12.9 | Joetsu Shinkansen | | | Sanjō | |
Kita-Sanjō | 北三条 | 15.4 | | | |||
Higashi-Sanjō | 東三条 | 17.4 | ■Laluan Utama Shinetsu | ◇ | ||
Echigo-Ōsaki | 越後大崎 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Ōura | 大浦 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Echigo-Nagasawa | 越後長沢 | - | Ditutup 1985 | | |
Simbol:
- | - Satu trek
- ◇ - Satu trek; stesen di mana kereta api boleh lalu
Stok gerabak kereta
- Siri E127 2 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri E129 2/4 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri 115-1000 3 gerabak EMU
Siri E129 series EMU yang terbaru telah diperkenalkan pada perkhidmatan tempatan dalam lalauan mulai fiskal 2014.[1]
Terdahulu
- Siri 115-500 2 gerabak EMU (sehingga Mac 2015)
-
Siri E129
-
Siri 115-500
Sejarah
Kereta Api Echigo membuka bahagian Yahiko ke Yoshida pada tahun 1916 dan melanjutkan laluan ke Higashi-Sanjo pada tahun 1926. Syarikat itu dinasionalisasikan pada tahun 1927.[perlu rujukan]
Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1960, dan talian itu telah dielektrik pada tahun 1984.[perlu rujukan]
Laluan lama dibubarkan
- Stesen Tsubame: Niigata Kotsu membuka laluan elektrik sepanjang 34 km pada 1,500 V DC ke Sekiya di Laluan Echigo pada tahun 1933. Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1982, dan talian ditutup antara tahun 1993 dan 1999.[perlu rujukan]
- Stesen Higashi-Sanjo: Laluan 8 km ke Echigo Nagasawa beroperasi antara tahun 1927 dan 1985.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ 通勤形車両の新造計画について [Rancangan pembuatan tren komuter baharu] (PDF) (dalam bahasa Jepun). Syarikat Kereta Api Jepun Timur. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.
Pautan luar
- Stesen Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
- Jadual perjalanan Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
- Laluan Yahiko (dalam bahasa Jepun)
Templat:Niigata transit Templat:East Japan Railway Company Lines
- Rencana yang menyebut tolok landasan 1067 mm
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Disember 2021
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Laluan Yahiko
- Laluan Syarikat Kereta Api Jepun Timur
- Pengangkutan kereta api di Wilayah Niigata
- Kereta api tolok 1067 mm di Jepun
- Laluan kereta api dibuka pada tahun 1916