Lagak ngeri [la-gak ngĕ-ri] (bahasa Inggeris: stunt ) merupakan satu perbuatan fizikal yang luar biasa dan mengagumkan, atau sebarang aksi yang memerlukan kemahiran khas, dilakukan untuk kegunaan artistik dalam televisyen, teater atau filem. Lagak ngeri mewakili sebahagian besar dalam kebanyakan filem aksi.
Sebelum kewujudan kesan-kesan khas imej janaan komputer, kesan-kesan ini terbatas kepada penggunaan model-model, penipuan perspektif dan kesan-kesan dalaman kamera yang lain, melainkan pencipta dapat mencari seseorang yang sanggup melompat dari kereta atau bergantung pada hujung bangunan pencakar langit.