| Cucurbita moschata 'Butternut' | |
|---|---|
Labu musim sejuk masak | |
| Spesies | Cucurbita moschata |
| Keturunan kacukan | 'Labu leher angsa' × 'labu Hubbard' |
| Pembiak baka | Charles Leggett |
| Asal | 1940-an di Stow, Massachusetts, Amerika Syarikat |
Labu mentega (varieti Cucurbita moschata), turut dikenali sebagai labu madu atau labu susu,[1] ialah sejenis labu musim sejuk yang tumbuh menjalar. Ia manis dan mempunyai rasa kacang mirip labu manis. Ia mempunyai kulit perang-kekuningan dan isi lembut yang berwarna jingga dengan simpanan biji di hujung bunga. Ketika masak, isinya mendadak bertukar menjadi jingga terang disebabkan kaya kandungan beta-karotena, sejenis sebatian provitamin A.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Commercial production of pumpkins and grammas". Department of Agriculture and Fisheries. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2016. Dicapai pada 29 June 2016.
- ^ "Top 5 health benefits of butternut squash". BBC Good Food (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-14.








