LIMA 2009 atau Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi terus diadakan di pulau Langawi pada 1 hingga 5 Disember 2009. LIMA 2009 ini adalah edisi ke-10. Syarikat HW Lima Sdn Bhd, hos segmen maritim sejak 1997, merupakan satu-satunya syarikat yang diberikan mandat untuk menganjurkan edisi LIMA 2009.
Lokasi
Lokasi ialah di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Pengarah Urusan HW Lima Ahmad Dzuhri Abdul Wahab menyatakan lokasi setempat ini memudahkan pengunjung untuk datang secara keseluruhan pameran maritim dan udara.
Tarikan
Lebih 325 syarikat dari 25 negara mengambil bahagian. Sebanyak 96 buah kapal, termasuk kapal perang berlabuh di Awana Porto Malai
- Kapal selam Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman membuat penampilan pertama .
- Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) juga pertama kali turut serta. RSAF membuat pertunjukkan helikopter AH-64D Apache Longbow dan jet pejuang F-16 Fighting Falcon, RSAF. Singapura memiliki Apache Longbow - helikopter tempur paling maju di dunia. Apache ini mempunyai radar AN/APG 78 yang dapat mengesan 200 serentak semasa peperangan. Misil Hellfire pada helikopter ini dapat memusnahkan sasaran dengan tepat, tanpa halangan cuaca. Pesawat pejuang F-16 pula dilengkapi dengan senjata tercanggih termasuk AIM-120 AMRAAM.[1]
- Pesawat pengebom B-52 Stratofortress Tentera Udara Amerika Syarikat yang pernah beroperasi mengebom Afghanistan dan Iraq.[2]
- Syarikat penerbangan Airbus Military membawa model kapal terbang Airbus A400M, A380 skala 1/20 , A350 XWB dan lain-lain. Setakat ini, Airbus mendapat 202 tempahan bagi A380 daripada 17 pelanggan termasuk Malaysia Airlines (MAS). A380 akan siap pada 2011.
LIMA diteruskan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa LIMA 2011 akan diadakan walaupun ada gesaan ia ditamatkan sahaja. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah Dato' Ir Nawawi Ahmad menyatakan penduduk Langkawi gembira perancangan itu kerana ia memberi peluang ekonomi penduduk dan meningkatkan jumlah pelancong ke pulau itu. Rundingan dengan persatuan hotel, teksi, peniaga, penjaja dan feri perlu ditubuhkan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barang, makanan, penginapan dan pengangkutan bagi memastikan LIMA 2011 berjalan lancar.[3]