Kurt Waldheim | |
---|---|
4th Setiausaha Agung PBB | |
Dalam jawatan 1 Januari 1972 – 1 Januari 1982 | |
Didahului oleh | U Thant |
Digantikan oleh | Javier Pérez de Cuéllar |
9th Presiden Austria | |
Dalam jawatan 8 Julai 1986 – 8 Julai 1992 | |
Didahului oleh | Rudolf Kirchschläger |
Digantikan oleh | Thomas Klestil |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sankt Andrä-Wördern berdekatan Vienna, Austria | 21 Disember 1918
Mati | 14 Jun 2007 Vienna, Austria | (umur 88)
Kewarganegaraan | Austria |
Pasangan | Elisabeth Waldheim |
Kurt Josef Waldheim (21 Disember 1918 – 14 Jun 2007) merupakan diplomat Austria dan ahli politik. Beliau juga Setiausaha Agunng PBB ke-4 (1972 - 1981) dan Presiden Austria (1986 - 1992). Ketika masih menjadi Presiden Austria, beliau telah ditahan oleh pihak antarabangsa kerana peranannya sebagai perisik 'Wehrmacht' semasa Perang Dunia II.
Kehidupan awal
Waldheim lahir di Sankt Andrä-Wördern sebuah kampung dekat Vienna pada 21 Disember 1918. Bapanya penganut Roman Katholik , nazir sekolah di Czech dengan nama asal Watzlawick.
Waldheim berkhidmat dalam Tentera Austria (1936-1937) dan belajar di Akademik Consular Vienna dan menerima ijazah pada 1939. Waldheim dan bapanya aktif dalam Parti Sosial Kristian. Selepas Jerman menduduki Austria pada 1938, Waldheim menjadi ahli Liga Pelajar Sosialis Kebangsaan Jerman , bahagian NSDAP. Pada 19 Ogos 1944 di Vienna, Waldheim berkahwin dengan Elisabeth Ritschel dan mendapat anak perempuan bernama Lieselotte , Gerhard dan Christa.
Kerjaya tentera semasa Perang Dunia I
Awal 1941 Waldheim menyertai pasukan perisik Wehrmacht dari 1942-1945 dan dihantar ke persempadanan barat sebagai ketua skuad. Disember 1942 beliau cedera tetapi menyertai tentera semula. Pada 1985-1986 hal ini menjadi isu kerana dalam autobiografi beliau, beliau menyatakan beliau tamat dari Wehrmacht dan sambung belajar undang-undang di Universiti Vienna dan berkahwin pada 1944. Tapi dokumen dan saksi menunjukkan Waldheim berkhidmat sebagai Wehrmacht sehingga 1945.
Peranannya sebagai staf Tentera Jerman , Grup E dari 1942 - 1945 diputuskan oleh Suruhanjaya Sejarah Antarabangsa . Waldheim disahkan sebagai :
- pegawai penterjemah kepada Division ke-5 Itali (Pusteria) pada April / Mei 1942
- Pegawai komunikasi dalam Kampfgruppe , Barat Bosnia pada Jun/ Ogos 1942.
- Penterjemah kepada Batalion 9 Tentera Itali di Tirana pada musim panas 1942.
- Pegawai tentera Jerman dengan Tentera Itali ke-11
- Pegawai dalam Tentera Grup E di Arksali , Mitrovica dan Sarajevo dari 1943 hingga Januari / Februari 1945.
Berkhidmat di Yugoslavia dan Greece
Dari 1943 Waldheim bertugas sebagai pegawai dalam Tentera Grup E yang diketuai oleh Jeneral Alexander Löhr. Pada 1986, Waldheim menyatakan beliau hanya bertugas sebagai penterjemah dan kerani dan tidak ada hubungan dengan pembunuhan orang awam di Yugoslavia, tetapi kemudian dia didapati mengetahui pelbagai tragedi di sana.
Di Yugoslavia yang dijajah oleh Nazir Jerman, berlaku pertempuran dan penjara tawanan perang tidak tidak jauh dari pejabatnya. Tetapi beliau menafikan mengetahui pembunuhan di situ.
Nama Waldheim ada dalam senarai menerima pingat Wehrmacht kerana berjaya dalam beberapa operasi tentera . Kerajaan merdeka Croatia menganugerahkan Waldheim dengan pingal perak dengan daun oak dari pemimpin Ustashi , Ante Pavelic.
Menyerah kalah dan siasatan selepas perang
Pada 1945, Waldheim menyerah kalah kepada tentera British di Carinthia.
Kerjaya Diplomat
Waldheim menyertai perkhidmatan diplomatik Austria pada 1945 selepas belajar undang-undang di Universiti Vienna. Beliau ditugas di Paris pada 1946 dan di Kementerian Luar Negeri di Vienna dari 1951-1956. Pada 1956 bertugas sebnagai duta di Kanada dan kembali sebagai Menteri pada 1964. Dari 1968-1970 menjadi Menteri Luar Negeri Austria dan Parti Rakyat Austria. Kemudian sebagai wakil tetap ke PBB pada 1970. Pada 1971 bertanding dalam pilihan raya presiden Austria.
Setiausaha Agung PBB
Waldheim dipilih menggantikan U Thant sebagai Setiausaha Agung PBB pada 1972. Beliau banyak terlibat dan menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa. Antaranya Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB di Santiago , april 1972. Persidangan Alam Sekitar Manusia di Stockholm pada Jun 1972.