Kurayim Rajeh | |
---|---|
Syeikh Qari | |
Menyandang jawatan 1988 | |
Didahului oleh | Hussein Khattab |
Peribadi | |
Kelahiran | Muhammad Kurayim bin Said Rajeh 1926 (umur 98–99) |
Agama | Islam |
Warganegara | Syria |
Pekerjaan | Qari al-Quran, pendidik, penulis |
Muhammad Kurayim bin Said bin Kurayim Rajeh (lahir 1926) ialah seorang ulama Syria, syeikh qari di tanah Syam, pakar fiqah Syafii, ahli bahasa sastera, dan seorang penceramah. Beliau dilahirkan di kejiranan Al-Midan di Damsyik. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai enam anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Asuhan dan pendidikan
Beliau dilahirkan di Kafr Hour, sebuah kampung kira-kira lima puluh kilometer dari Damsyik, dan beliau memegang ijazah dengan sanad bersambung daripada Syeikh Ahmad Al-Hilwani. Beliau menghafaz seluruh al-Quran bersama Syeikh Yassin Al-Zarzur. Kemudian beliau memperoleh sijil menengah (sanawi) untuk memasuki Kolej Syariah, dan kemudian beliau dilantik sebagai guru di Kementerian Wakaf Syria.
Syeikh untuk para qari
Kurayim Rajeh dilantik sebagai syeikh qari Syam pada 1980-an selepas kematian Syeikh Hussein Khattab .
Penulisan
Beliau mempunyai banyak buku tentang ilmu-ilmu al-Quran, yang paling terkenal ialah:
- Arab: أوضح البيان في شرح وتفسير القرآن, lit. 'Kenyataan yang paling jelas dalam menerangkan dan mentafsir al-Quran.'
- Ringkasan tafsir al-Qurtubi.
Pendirian
Kurayim Rajeh melarang pembinaan tembok keluli antara Mesir dan Semenanjung Gaza dan mengangap ia suatu pengkhianatan dahsyat dalam sejarah Islam.
Peletakan jawatan
Semasa protes Syria pada 2011, Kurayim Rajeh meletak jawatan semasa beliau menyampaikan khutbah dari mimbarnya di Masjid Al-Hassan di kawasan kejiranan Al-Midan. Beliau berkata, "sampaikan kepada menteri wakaf dan kepada pengarah wakaf bahawa saya tidak akan lagi berkhutbah selepas hari ini sehingga perkara ini (protes) berakhir.[1]
Sumber
- ^ استقالة شيخ قراء بلاد الشام رداً على التعامل الأمني مؤسسة دبي للإعلام - 21 مايو 2011 Diarkibkan 2013-10-29 di Wayback Machine