Kupu-kupu ekor layang | |
---|---|
Papilio machaon | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Superkeluarga: | Papilionoidea |
Keluarga: | Papilionidae Latreille, [1802] |
Genus jenis | |
Papilio Linnaeus, 1758
| |
Subkeluarga dan genus | |
Terdapat 31 genus dan sekitar 600 spesies:
|
Kupu-kupu ekor layang[a][1] ialah kupu-kupu besar yang berwarna-warni dalam keluarga Papilionidae, dan merangkumi 550 spesies. Biarpun sebilangan besarnya tropika, ahli keluarga ini terdapat di semua benua kecuali Antartika. Keluarga ini merangkumi kupu-kupu terbesar di dunia, iaitu kupu-kupu sayap burung daripada genus Ornithoptera.[2]
Papilionidae berbeza dengan semua kupu-kupu lain dari segi beberapa sifat anatomi. Terutama sekali, beluncasnya mempunyai satu organ yang unik di belakang kepalanya, iaitu osmeterium. Anggota bercabang ini biasanya tersorok, tetapi boleh dikeluarkan apabila beluncas itu terancam, ataupun dipaksa keluar dengan picitan yang lembut, lalu merembeskan bahan busuk yang mengandungi terpena. Kupu-kupu dewasa lazimnya berekor cabang umpama burung layang-layang, maka gelarnya "kupu-kupu ekor layang-layang" atau swallowtail.
Taburan
Tepat pada tahun 2005, telah dikenalpastinya 552 spesies wujud[3] yang tertabur di seluruh dunia (kecuali Antartika), baik di paras laut mahupun di gunung tinggi, seperti mana kebanyakan spesies Parnassius. Majoriti spesies Papilionidae dan kepelbagian yang terbesar dari segi bentuk dan gaya hidup terdapat di kawasan tropika antara 20°U dan 20°S,[4]: terutama sekali Asia Tenggara, dan juga di antara 20°U dan 40°U di Asia Timur. Hanya 12 spesies ditemui di Eropah[5] dan hanya satu spesies, iaitu Papilio machaon ditemui di Kepulauan British.[6] Di Amerika Utara tercatatnya 40 spesies yang termasuk spesies tropika dan Parnassius.[7]
Kupu-kupu ekor layang yang paling utara habitatnya ialah apollo Artik (Parnassius arcticus) yang terdapat dalam Bulatan Artik di timur laut Yakutia, pada altitud 1500 di atas paras laut.[8] Di Banjaran Himalaya, pelbagai spesies apollo seperti Parnassius epaphus antara lainnya telah dicatatkan hidup pada altitud 6,000 meter dari paras laut.[9]:221
Morfologi
Keterangan terperinci sifat-sifat morfologi Papilionidae, seperti yang dipetik dari Bingham (1905) adalah seperti berikut:[10]:1,2
Telur. "Berbentuk kubah, licin atau kabur segi-seginya, tinggi tidak melebihi lebar, agak liat, legap." (Doherty.)
Larva. Gempal, licin atau mempunyai serantaian tuberkel berdaging pada dorsum: sekali-sekali dengan bonjol timbul yang berdaging (iaitu 'tudung' atau 'jambul') pada segmen keempat yang juga tertebal di atas pada amnya. Segmen kedua mempunyai bukaan yang melintang yang mana larva boleh membonjolkan organ kelenjar berdaging yang tegak, bercabang dan merembeskan bau yang kuat, agak menyenangkan, tetapi sentiasa tajam.
Pupa. Berbagai-bagai bentuknya tetapi paling amnya melengkung ke belakang, sekali-sekali amat melengkung; cengkung, dengan kepala kontot atau bundar, lazimnya dwicabang; belakang abdomen yang licin atau tuberculate. Melekatkan diri dengan ekor, biasanya pada kedudukan tegak lurus, dan dikukuhkan lagi oleh lilitan sutera di keliling tengahnya. Yang anehnya bagi Parnassius, pupa terletak dalam sawang sutera yang longgar antara daun.
Imago. Sayap amat berbeza-beza bentuknya. Sayap belakang sentiasa berekor lampai, lebar atau berbentuk sudip, tetapi sentiasa merupakan sambungan termen pada urat 4. Bagi satu genus, iaitu Armandia, termen pada sayap belakang memanjang menjadi ekor pada hujung urat 2 dan 3 di samping urat 4. Sayap depan (kecuali genus-genus Parnassius dan Hypermnestra yang menyimpang) mempunyai kesemua 12 urat di sampiang urat dalaman yang pendek iaitu urat 1 a,[11] yang sentiasa tamat pada birai dorsal. Juga terdapat urat pendek melintang di dasar sayap di antara urat median dan urat 1a bagi semua genus kecuali Leptocircus, Armandia, Parnassius, dan Hypermnestra. Sayap belakang tiada urat 1a; urat prakosta dan sel prakosta terdapat sekali; birai dorsal digali untuk memperoleh, tetapi bagi yang jantan, selalunya terlipat dan tertaburnya sisik (androkona) atau bulu khusus dalam lipatan yang lazimnya berbau kuat. Sesungut agak pendek, Tubuh yang gempal; kancing di hujung abdomen jantan agak cukup tumbuh pada amnya, tetapi tiada bagi sesetengah bentuk. Enam kaki berjalan; cakar yang ringkas kecuali bagi satu bentuk Leptocircus yang cakarnya dwicabang.
Kitaran hidup Papilionidae – Papilio cresphontes
-
Telur
-
Beluncas
-
Kepompong
-
Dewasa
Ciri-ciri tersendiri
Ciri-ciri utama yang membezakan Papilionidae dengan keluarga kupu-kupu yang lain ialah:[2]
- Adanya osmeterium, sejenis organ bercabang dan berdaging yang boleh diterbalikkan, terdapat dalam segmen protoraks beluncas.
- Venasi pada sayap depan dewasa adalah tipikal bagi Papilionidae. Urat dubur kedua, 2A, menjangkau hingga ke birai sayap dan tidak bersambung dengan urat dubur pertama, 1A. Urat-urat ini bergabung bagi keluarga kupu-kupu lain dan 2A tidak mencapai birai sayap.
- Sklerit serviks (leher membran antara kepala dan toraks) tergabung di bawah leher di mana terletaknya otot-otot untuk pergerakan kepala.
-
Beluncas Papilio machaon menerbalikkan osmeteriumnya sebagai pertahanan.
-
Sayap depan Graphium agetes dewasa. Urat dubur kedua, 2A, menjangkau hingga birai sayap dan tidak bersambung dengan urat dubur pertama, 1A.
Galeri
-
Iphiclides podalirius
-
Troides trojana
-
Ornithoptera priamus
-
Papilio polymnestor
-
Papilio glaucus
-
Pachliopta hector
-
Battus philenor
-
Chilasa clytia
-
Papilio machaon
-
Papilio constantinus
-
Papilio helenus
Catatan
- ^ Juga sebagai kupu-kupu ekor layang-layang atau kupu-kupu ekor lelayang
Rujukan
- ^ Omar, R.; Aziz, A. A.; Badrud'din, S. (2023). Butterflies of Peninsular Malaysia: with a checklist of Scientific, English and Malay names. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. m/s. 19. ISBN 978-967-0250-50-2.
- ^ a b Reed, Robert D.; Sperling, Felix A.H. (2006). "Papilionidae – The Swallowtail Butterflies". [Tree of Life Web Project]. Dicapai pada 7 November 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGloBIS/GART
- ^ Collins, N. Mark; Collins, Michael G. (1985). Threatened Swallowtails of the World: the IUCN red data book. IUCN Protected Area Programme Series. Gland, Switzerland and Cambridge, U.K.: IUCN. m/s. 401 & 8 plates. ISBN 978-2-88032-603-6. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
- ^ Coombs, Simon (30 September 2010). "European Butterfly checklist". http://www.butterfly-guide.co.uk/. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-16. Dicapai pada 11 November 2010. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ Coombs, Simon (30 September 2010). "UK Butterfly checklist". http://www.butterfly-guide.co.uk/. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-30. Dicapai pada 11 November 2010. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ Brock, Jim P.; Kaufman, Kenn (2003). Butterflies of North America. Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-618-15312-8.
- ^ Stumpe, Felix. "Parnassius arctica Eisner, 1968". Russian-Insects.com. Dicapai pada 9 November 2010.
- ^ Mani, M. S. (1968). Ecology and Biogeography of High Altitude Insects. Volume 4 of Series entomologica. Springer. m/s. 530. ISBN 978-90-6193-114-0. Dicapai pada 9 November 2010. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Bingham, C.T. (1905). The Fauna of British India including Ceylon and Burma – Butterflies (Vol 1). London: Taylor and Francis. m/s. 519. Dicapai pada 7 November 2010. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Urat ini kini dikenali sebagai 2A atau urat dubur kedua dalam sistem urat moden.