Shades | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Acapella, R&B, Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1993 - 2001 2012 - sekarang |
Syarikat rakaman | 1995 - 1998: Warner Music 2000 - 2002: Gecko Records |
Pengkarya berkait | KOOL, A to Z, Nico |
Laman sesawang | [Shades] [Shades] |
Bekas ahli | Zenn Wahab (telah meninggal dunia 2014) Wandi Wan-G |
Kumpulan Shades merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang aktif di Malaysia. Kumpulan Shades popular dengan genre nyanyian harmoni dan acapella.
‘’’SEJARAH KUMPULAN SHADES’’’ Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Jeri bersama Izzee di Central Market Kuala Lumpur tempat mereka “melepak” atau “bersantai”. Mereka bermula atas nama Deniza untuk membuat persembahan pentas dan prom nights bersama ‘’’Nazrae’’’, ‘’’Wan’’’ dan ‘’’Saiful’’’. Beberapa persembahan kemudian sebelum di discover oleh music producer ‘’’Man Senoi’’’ (yang menaikkan kumpulan rap 4u2c). Kemudiannya di bawa ke Warner Music untuk memilih untuk menjadi artis di bawah naungan Warner Muzik Malaysia. Nama kumpulan di tukar ke SHADES bersama 5 ahli tetap.
Setahun kemudian album pertama Shades di terbitkan pada tahun 1995 berjudul ‘’’Shades’’’. Album pertama menampilkan lagu-lagu Melayu ciptaan Man Senoi dan Mama Rap. Album pertama Kumpulan Shades berjaya di jual sebanyak 50k unit di seluruh Malaysia. Dengan lagu-lagu Hit ‘’’Jangan Ucap Selamat Tinggal’’’, ‘’’Malam’’’. Kumpulan Shades juga berjaya memenangi anugerah bagi Kumpulan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ‘’’A.i.m’’’ pada tahun 1996.
Tahun seterusnya Album ke-2 Kumpulan Shades diterbitkan dibawah Warner Muzik Malaysia juga. Album berjudul ‘’’Yang teristimewa’’’ kurang berjaya terjual seperti album pertama hanya sebanyak 25k unit.
Pada 1998 Warner Muzik mendapatkan khidmat Muzik Producer ‘’’Ajai (Exist)’’’ untuk album ke-3 Kumpulan Shades. Malangnya Kumpulan Shades di lepaskan oleh Warner Muzik Malaysia pada tahun tersebut walaupun 80% album tersebut sudah berjaya dirakamkan.
Pada tahun yang sama ‘’’Jeri’’’ dan ‘’’Izzee’’’ meninggalkan Kumpulan Shades atas sebab-sebab peribadi. Kumpulan Shades bersama 3 ahli tetap ‘’’Wan’’’, ‘’’Nazrae’’’ dan ‘’’Saiful masih meneruskan komitmen membuat persembahan di merata Malaysia. Akhirnya pada tahun 1999 Syarikat Rakaman Gecko Record mengambil Kumpulan Shades untuk berada dibawah naugan mereka dan Album Shades ke-3 akhirnya diedarkan pada tahun 2000 berjudul ‘’’Shades>2001’’’. Album ini menampilkan 3 ahli Kumpulan Shades merakamkan lagu-lagu Melayu dan inggeris. Berjaya mendapat perhatian artis Antarabangsa ‘’’Jackey Cheung’’’ untuk bergabung menggunakan khidmat Kumpulan Shades untuk muzik Album Krismas beliau di Hong Kong.
Dilepaskan oleh Gecko Record pada 2003. Masih aktif dalam industri muzik. Banyak jemputan TV, Radio dan pentas, akhirnya semua ahli tetap Shades bergabung semula. Kumpulan Shades juga aktif menggunakan khidmat rakan-rakan artis dan bukan artis untuk pengganti suara sesionist, menggantikan sementara ahli tetap tiada.
Pada 2010 Warner Muzik Malaysia mengedarkan album lagu terbaik “the best of - Shades” 2010 juga ‘’’Wan’’’ meninggalkan Kumpulan Shades di ikuti oleh ‘’’Nazrae’’’.
Pada tahun 2012 ‘’’Saiful’’’ ahli Kumpulan Shades yang masih aktif berjaya meyakinkan ahli Kumpulan Shades untuk menyertai persembahan antarabangsa di Singapura ‘’’the International Acapella Featival’’’. Walaupun ‘’’Wan’’’ tidak menyertai persembahan, Kumpulan Shades berjaya memdapatkan khidmat ‘’’Zenn Wahab’’’ dari kumpulan ‘’’Quest’’’. Dengan niat menyampaikan lagu-lagu traditional melayu dalam bentuk versi acapella, Kumpulan Shades mendapat kepercayaan dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN), Kumpulan Shades berjaya menjadi kumpulan Acapella pertama Malaysia mewakili negara di festival antarabangsa tersebut.
Pada tahun yang sama 2012 Kumpulan Shades bergabung bersama 3 lagi kumpulan popular pop Malaysia ‘’’Kool’’’, ‘’’A2Z’’’ dan ‘’’Nico’’’ untuk merakamkan album berjudul Generasi X. Diatas nama gabungan GX-4. Dengan Lagu ‘’’Kerana Kasihmu’’’, mendapat nominasi lagu terbaik di anugerah industri muzik 2012.
Tahun-tahun seterusnya Kumpulan Shades meneruskan beraneka persembahan bersama ‘’’Zenn Wahab’’’ sebagai ahli tetap. walau bagaimanapun dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah album baru, Zenn menembuskan nafas terakhir selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bagan Datoh. Album tersebut ditangguh dan di tamatkan.
Kini Kumpulan Shades meneruskan kerjaya masing-masing.
Sejarah penubuhan
Shades dikenali dengan cara nyanyian berharmoni dan acapella. Dinobatkan sebagai kumpulan acapella pertama Malaysia, Shades ditubuhkan pada tahun 1993 oleh tiga orang anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur dan berkembang kepada lima orang.[1] Pada waktu itu mereka kerap menghabiskan masa dengan bernyanyi di sekitar kawasan Pasar Seni Kuala Lumpur. Bakat mereka akhirnya menarik perhatian syarikat rakaman Warner Music Malaysia untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman.
Kejayaan album pertama
Pada hujung tahun 1995 Shades melahirkan album pertama mereka berjudul Shades, dan mula memikat pendengar muzik tempatan dengan lagu popular Jangan Diucap Selamat Tinggal. Single kedua iaitu lagu acapella berjudul Malam mengukuhkan lagi nama Shades dalam peta muzik Malaysia. Hasilnya, album tersebut telah terjual melebihi 50,000 unit. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk artis-artis baru pada ketika itu.
Susulan kejayaan itu, Shades telah dianugerahkan trofi 'Artis Baru Terbaik Berkumpulan' pada Anugerah Industri Muzik 1996. Mereka juga mendapat pencalonan untuk 'Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik' pada acara yang sama.
Gambar atas: Shades bersama trofi Artis Baru Terbaik Berkumpulan AIM 1996.
Album kedua dan kemerosotan jualan album artis tempatan
Pada hujung tahun 1996 kumpulan Shades melahirkan album kedua berjudul Yang Teristimewa. Album ini mencatat jualan melebihi 25,000 unit dan melayakkan Shades menerima anugerah Gold Disc. Jumlah jualan yang merosot ini adalah tempias dari kegawatan ekonomi negara pada ketika itu di mana penghasilan industri muzik jatuh merudum. Keadaan ini memaksa Shades untuk vakum dari merakam album selama tiga tahun.
Kemunculan semula dan album ketiga
Pada tahun 2000 Shades melahirkan album ketiga berjudul Shades 2001 edaran Gecko Records (M) Sdn Bhd. Walau bagaimanapun Izzee dan Jeri tidak bersama Shades untuk album ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selepas itu Shades terus menyepi membawa haluan masing-masing.[2]
Gambar atas: Sebuah album kompilasi lagu-lagu popular Shades telah dipasarkan pada tahun 2010.
Projek khas GenX4: Shades, A to Z, KOOL dan Nico
Pada tahun 2012, Shades dengan barisan anggota asal (kecuali Wan) bersama tiga lagi kumpulan penyanyi seangkatan mereka iaitu A to Z, KOOL dan Nico mengumumkan 'comeback' dan bekerjasama menghasilkan sebuah album khas yang mengandungi lagu-lagu popular mereka serta sebuah lagu baru yang berjudul Kerana Kasihmu. Lagu ini telah dijadikan runut bunyi kepada drama bersiri siaran TV3 yang berjudul Vanilla Coklat dan mula diminati ramai selepas itu.
Keempat-empat kumpulan ini juga telah menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik 2012 bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu menerusi lagu tersebut.
Gambar bawah: Kumpulan GenX4 yang terdiri daripada Shades, A to Z, KOOL dan Nico.
Gambar atas: Shades mengadakan persembahan di Anugerah Industri Muzik 2012.
Ahli-ahli kumpulan
- Mohamad Nazri bin Mohd Noh @ Nazrae
- Mohammad Iznul bin Sulaiman @ Izzee
- Syed Ahmad Firdaus bin Syed Ariffin @ Jeri
- Saiful Imran bin Taib @ Saiful
- Mohamad Faizal bin Ali@ Wan [3]
Diskografi
Album pertama - Shades (1995)
Label : Warner Music M’sia Sdn. Bhd.
Lagu :
- Jangan Diucap Selamat Tinggal
- Bagaimanakah
- Kimi
- Malam
- Nostalgia Malam Pesta
- Shades
- Bersyukur
- Manusia
- Duniaku Duniamu
- Mengapa Tiada Maaf
Album kedua - Yang Teristimewa (1996)
Label: Warner Music M’sia Sdn. Bhd.
Lagu :
- Sejuta Memori
- Yang Teristimewa
- I Need You
- Kau & Aku
- Khas Buatmu
- Hadirmu Kutunggu
- Potret
- Aku & Penantianku
- Puncak Gemilang
- Teruskan Perjalanan
Album ketiga - Shades 2001 (2000)
Label: Gecko Records Sdn. Bhd.
Lagu :
- Sini Sana
- Kisah Cintaku
- Lafazkan
- Kau Tetap di Hati Ku
- Sayu
- Shades Are Back
- Without You
- The Sweetest Thing
- Tonight & Forever
- What Am I Suppose To Do
Penampilan Lain/Jemputan khas
- Album Maman - Teachers Pet
- Album Naluri - Nora (sebagai suara latar)
- Album (Title N/A) - Jamal Abdillah (duet in 'Kesal')
- Album Le Tour De Langkawi
- Album Konsert Kemuncak Dunia
- Album Yusof Chong & Aziz Kota - Mereka dan kawan-kawan mereka
- Album Suara Gemilang for Commonwealth Games theme
- Album Balada Seorang Pejuang
- Album Jacky Cheung - Touch of Love (edaran Hong Kong)
Kompilasi
- Album Hitz Boyz compilation of Malaysian finest.
- Album ‘4 Kumpulan Vokal Lelaki Terhebat’ Compilation feat Shades, Innuendo, KOOL & Indigo.
- Album GenX4 bersama A to Z, KOOL dan Nico.
Trivia
- Lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal berjaya memasuki peringkat separuh akhir kategori Balada Juara Lagu 1996.
- Selain bidang nyanyian, Shades turut menceburi bidang lakonan iaitu siri komedi Sambal arahan Azwan Ali pada tahun 1996. Watak mereka adalah sekumpulan budak kampung yang gemar berkumpul sambil menyanyi.
- Selepas kemunculan Shades, industri muzik tempatan bertambah meriah dengan kemunculan banyak kumpulan padu suara seperti Innuendo, Indigo, Ruffedge, V.E dan Phyne Ballerz. Kehadiran kumpulan-kumpulan ini memberikan lebih pilihan kepada pendengar dari segi genre muzik dan cara persembahan di mana sebelum itu industri muzik tempatan lebih dikuasai penyanyi solo dan band yang cenderung ke arah muzik rock dan pop.
- Meskipun tidak lagi menyanyi, Wan pernah berlakon dalam drama kekeluargaan, Seutuh Kudrat Talian Kasih di tv1 pada tahun 2002 yang mendapat rating tinggi pada waktu itu. Dia memegang watak Encik Shafiee seorang bapa kepada tiga anak yang mana anak bongsunya, Mariam adalah kanak kanak cacat sejak lahir. Wan turut menyumbang lagu solo untuk drama itu " Kau Tetap Di Hatiku ".