Salammusik | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Reggae, hip-hop, neo soul, nusantara |
Tahun aktif | 2006–kini |
Syarikat rakaman | Salammusik Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | |
Laman sesawang | salammusik |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Salammusik merupakan sebuah kumpulan reggae Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2006.[1] Kugiran ini terkenal dengan irama baharu dan muzik gabungan unsur budaya dengan rentak moden. Nama kugiran, Salammusik, menggabungkan dua perkataan iaitu “Salam” dan “Musik”. Dalam bahasa Malaysia, “Salam” bermaksud “Aman” dan “Musik” ertinya muzik.
Album pertama mereka berjudul Salam Musik menerima Anugerah Industri Muzik ke-19 bagi Album Terbaik pada tahun 2012. Lagu mereka bertajuk "Aku Pelat" memenangi Anugerah Industri Muzik ke-20 bagi Lagu Hip Hop Terbaik pada tahun 2013. Lagu hasil kerjasama dengan DJ Fuzz dan Malique bertajuk "Cerita Kedai Kopi" menerima anugerah yang sama pada tahun 2010. Penampilan pentas Salammusik ialah istimewa dengan pemakaian baju tradisional Melayu semasa persembahan sebagai cara mencerminkan keunikan kebudayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.[2][3]
Sejarah
Pada tahun 2012, Salammusik melancarkan album pertama mereka yang menggunakan nama mereka sebagai tajuk album, yang memenangi anugerah Album Terbaik. Kemenangan ini memperoleh pengiktirafan meluas apabila masyarakat mula menghargai genre muzik yang dibawakan oleh kugiran ini.[4][5]
Album kedua Salammusik berjudul O dilancarkan pada Januari 2013. Album itu dicalonkan untuk “Album Rekaan Terbaik” dan lagu “Your Place” dicalonkan untuk “Lagu Bahasa Inggeris Terbaik”. Salammusik menerima Anugerah “Lagu Hip Hop Terbaik” dengan “Aku Pelat”. Mereka juga melancarkan beberapa jelajah ke pelbagai negara di Eropah sebagai sebahagian usaha mempromosikan muzik mereka di peringkat antarabangsa.[6]
Berikutan dua siri konsert di Eropah pada 2013 dan 2014, Salammusik melancarkan jelajah konsert ke Eropah pada Julai dan Ogos. Peminat-peminat setia mengambil peluang menyaksikan Salammusik secara langsung semasa jelajah konsert Eropah di pelbagai lokasi di Belanda, termasuk Solar Weekend Festival (50,000 pengunjung), Zwarte Cross Festival (180,000 pengunjung) dan Landjuweel Festival (15,000 pengunjung). Salammusik juga mengendalikan jelajah 5 hari di Belgium dan membuat persembahan di acara kesenian pelbagai disiplin, Festival “Zomer van Antwerpen” (280,000 pengunjung) yang memaparkan seni pentas, teater dan Muzik Dunia.[7][8][9]
Gaya muzik
Salammusik menyifatkan mereka lebih kepada memperjuangkan muzik Malaysia tradisional secara global.[10]
Muzik mereka dipengaruhi oleh reggae dan hip hop, diadun dengan campuran muzik moden dan tradisional.[11] Lagu-lagu dihasilkan oleh Salammusik turut menyuntik elemen gambus, gamelan, genderang dan muzik bertali.[12]
Diskografi
Album studio
- Salam Musik (2011)
- O (2013)
- Riwayat (2019)
Single
- “Cerita Kedai Kopi” (kerjasama dengan DJ Fuzz dan Malique) pada tahun 2009
- “Alamak” (kerjasama dengan Altimet) pada tahun 2010
- “Lupakan Semalam” pada tahun 2010
- “Bila” (kerjasama dengan Sayla) pada tahun 2010
- “Bangkit” (kerjasama dengan Altimet) pada tahun 2012
- “Aku Pelat” (kerjasama dengan Ziondread) pada tahun 2012
- “Belantara Konkrit” (kerjasama dengan Altimet dan Aman RA) pada tahun 2014
- “Kekal Positif” pada tahun 2014
- “Di Bawah Cahaya” pada tahun 2014
- “Sayang” oleh Gerhana Ska Cinta (kerjasama dengan Altimet dan Nabila Huda) pada tahun 2014
- “Terima Kasih” pada tahun 2015
- "Menyemai Kemungkinan" (2019)
Anugerah dan pencalonan
- Anugerah Industri Muzik ke-17 Malaysia - Dicalonkan untuk “Lagu Hip Hop Terbaik” 2010
- Anugerah Industri Muzik ke-17 Malaysia - Dicalonkan untuk “Persembahan Vokal Terbaik” 2010
- Anugerah Industri Muzik ke-17 Malaysia - Dianugerahkan “Lagu Hip Hop Terbaik” 2010
- Anugerah Muzik APM Singapura - Dicalonkan untuk “Lagu Terbaik” 2010
- Anugerah Muzik MACP Malaysia - Dicalonkan untuk “Lagu Melayu Paling Popular” 2012
- Anugerah Industri Muzik ke-19 Malaysia - Dicalonkan untuk “Artis Baharu Terbaik” 2012
- Anugerah Industri Muzik ke-19 Malaysia - Dicalonkan untuk “Album Terbaik” 2012
- Anugerah Industri Muzik ke-19 Malaysia - Dianugerahkan “Album Terbaik” 2012
- Anugerah Muzik APM Singapura - Dicalonkan untuk “Kugiran Baharu Terbaik” 2012
- Anugerah Muzik ABP Malaysia - Dicalonkan untuk “Artis Pasangan Terbaik” 2012
- Anugerah VIMA Asia Tenggara - Dicalonkan untuk “Ubah Suai Genre Terbaik” 2013
- Anugerah VIMA Asia Tenggara - Dicalonkan untuk “Kerjasama Terbaik” 2013
- Anugerah Industri Muzik ke-20 Malaysia - Dicalonkan untuk “Lagu Bahasa Inggeris Terbaik” 2013
- Anugerah Industri Muzik ke-20 Malaysia - Dicalonkan untuk “Lagu Hip Hop Terbaik” 2013
- Anugerah Industri Muzik ke-20 Malaysia - Dicalonkan untuk “Album Rekaan Terbaik” 2013
- Anugerah Industri Muzik ke-20 Malaysia - Dianugerahkan “Lagu Hip Hop Terbaik” 2013
- Anugerah Muzik AJL ke-28 Malaysia - Dicalonkan untuk “Lagu Terbaik” 2013
- Anugerah Muzik VIMA Asia Tenggara - Dicalonkan untuk “Video Muzik Terbaik” 2014
Rujukan
- ^ Salammusik poise for greater success The Star Online (2 Februari 2013). Dicapai pada 2 Februari 2013.
- ^ Mampukah lagu bahasa Melayu ke antarabangsa Sinar Harian (23 Januari 2015). Dicapai pada 15 Disember 2015.
- ^ Salammusik promotes the Malay language overseas Daily Express (23 Januari 2015). Dicapai pada 23 Januari 2015.
- ^ Salammusik tidak asing lagi Utusan Malaysia (1 Disember 2012). Dicapai pada 1 Disember 2012.
- ^ Salammusik Terima Hakikat Tidak Popular Berbanding Lagu mStar Online (21 November 2012). Dicapai pada 21 November 2012.
- ^ Salam Musik lali kritikan Kosmo! (16 Januari 2013). Dicapai pada 16 Januari 2013.
- ^ Jelajah Eropah Salammusik Kosmo! (21 Mei 2015). Dicapai pada 21 Mei 2015.
- ^ Salammusik sambut raya di Eropah menyertai festival muzik di Belanda dan Belgium Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2015.
- ^ Salammusik to perform at European Music Festivals The Malay Mail. Dicapai pada 15 Disember 2015.
- ^ On a sound evolution with Salammusik The Sun Daily (7 Jun 2018). Dicapai pada 15 Disember 2018.
- ^ Liyana Hassan (27 September 2019). ASEAN in View: Salammusik The Asean Post. Dicapai pada 15 Disember 2019.
- ^ Pejuang lagu rakyat Perak Today (2 April 2013). Dicapai pada 2 April 2013.