Pretty Ugly | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Psychedelic rock Rock moden |
Tahun aktif | 1997-Sekarang |
Syarikat rakaman | Cdbagasi Records |
Laman sesawang | http://www.myspace.com/prettyuglyband |
Ahli | Neves Net J Ashraf |
Pretty Ugly ialah sebuah kugiran psychedelic rock yang berasal dari Malaysia. Kugiran ini dianggotai oleh Neves (penyanyi), Net (pemain dram), J (pemain gitar) dan Ashraf (pemain gitar bass).
Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Seven namun apabila mereka menandatangani kontrak dengan KRU Records, namanya ditukar kepada Pretty Ugly disebabkan pada ketika itu Sheila On 7 dari Indonesia sedang popular. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan kugiran dituduh menumpang kemashyuran Sheila On 7.
Terdahulu, kugiran ini adalah dua kugiran yang bergabung menjadi satu dan aktif memperjuangkan muzik underground.
Neves asalnya bekerja di studio Channel 11 yang juga tempat dimana para artis-artis ternama tanah air sering merakamkan album. Dia bekerja di studio itu mengikuti saranan pakciknya, Sugito yang aktif sebagai pemuzik undangan dalam kugiran era 80an. Pakciknya juga seorang pemain dram terlibat dalam pembikinan album solo Rahmat Ekamatra.
Neves asalnya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan bunyi di Ocean Institute. Tetapi disebabkan yuran pengajian yang mahal, dia menangguhkan hasrat itu dan di studio itu juga dia mula berkenalan dengan kumpulan KRU yang sewaktu itu merakamkan album..
Pada tahun 2000, dia pun menyertai KRU music group dengan bertindak di department muzik dibawah Edry Abd Halim. Neves terlebih dahulu bertugas sebagai produser,sound engineer/technician sebelum diberikan kontrak artis rakaman bersama Pretty Ugly.
Nama 'Neves' digunakan oleh Raizan apabila kumpulan Seven bertukar nama kepada Pretty Ugly. Kata nama 'Neves' itu jika diterbalikkan adalah daripada perkataan 'Seven' untuk mengekalkan nama asal kumpulan itu. Nama asal adalah Pretty Ugly Merry tetapi diringkaskan kepada Pretty Ugly. Bukan disebabkan melonjaknya telenovela 'Yo Soy Betty La Fea' yang ditayangkan di NTV7 pada tahun 2002. Kemudian diadaptasi untuk pasaran US menjadi siri tv 'Ugly Betty' lakonan America Ferrera.
Lagu Encik Ronald Moore memperkenalkan kumpulan ini kepada industri muzik. Neves terlebih dahulu mencipta melodinya sebelum membuat lirik lagu. Edry pada ketika itu terpegun dengan idea Neves dan mahu dia menyiapkan lagu itu. Neves ketika itu tiada idea tentang lirik, terbaca laporan kematian Ronald Moore di Berita Harian dan mengambil isi berita itu untuk dijadikan lirik lagu.
Untuk mempromosi lagu itu, mereka mengirim pesanan faksimilie kepada syarikat akhbar dan majalah. Pesanan faks itu menyatakan jumpa En Ronald Moore di Burger King. Apabila para wartawan hiburan dan pengamal media sampai di Burger King mereka terkejut dan hairan, apabila diberitahu itu semua gimik oleh Edry untuk memperkenalkan artis baru di bawah naungan mereka iaitu Pretty Ugly yang tampil dengan single En. Ronald Moore. Lagu itu mendaki carta radio swasta, malangnya kemudian di gam atas dasar garis panduan yang ditetapkan oleh RTM/Kementerian Penerangan kerana ada memetik elemen negatif seperti alkohol/arak yakni "meminum vodka" didalam bait lagu tersebut.
Album
CD bagasi honey pula dilancarkan berikutnya, Neves menjelaskan lagu itu tentang kisahnya hendak menghadiahkan CD kepada kekasihnya pada ketika itu dan pengalaman hidupnya semasa melepak di Pasar Seni.
CD Bagasi Honey
Album debut Abstrak Versi Fantasi Pretty Ugly ini tidak mendapat sambutan hangat kerana trend peminat muzik tempatan pada ketika itu lebih terarah pada penyanyi solo dan duet disamping kemerosotan terhadap kumpulan muzik tempatan yang seakan kekeringan idea kreativiti tatkala memasuki alaf baru. Walaupun begitu lagu CD bagasi honey tetap ada pendengar tersendiri yang dahagakan bunyi baru di arena seni tempatan kerana aliran muzik psychedelic yang menjadi tunjang asas kumpulan ini mendapat sambutan baik di Amerika Syarikat melalui kumpulan Red Hot Chilli Peppers.
Transformasi ke Stereo
album kedua ini lebih mendapat sambutan dengan lagu lagu seperti :
Francis Ford Coppola, lagu khusus tentang karya baru oleh pengarah tersohor Amerika ini yang seakan kekeringan idea dan pudar sentuhan emasnya. Unik pada masa itu kerana tiada lagi lagu sedemikian dihasilkan oleh artis tempatan.
Encik Ronald Moore, lagu yang dihasilkan dari berita di keratan akhbar. Kisah bagaimana seorang lelaki mabuk dan menyuruh anaknya menembak mati beliau menggunakan pistol point 22 (.22) lagu ini tidak dibenarkan dimainkan di radio kerana unsur unsur membunuh diri sangat jelas. Nyanyian Neves amat unik dalam lagu ini.
Lagu Bidadari nyanyian asal Tyco(kumpulan alam maya KRU) turut digubah semula versi pretty ugly.
Rockaholic (2006)
Experimental Play Pretty Ugly ini menemui peminat dikala industri muzik tempat lemas dilanda gelombang kumpulan muzik Indonesia yang mendominasi carta lagu di stesen radio tempatan.
Meskipun itu lagu Diari Seorang Lelaki tetap berjaya mendapat siaran di radio tempatan dan menjadi lagu cinta yang simbolik untuk tahun itu (2006). Pretty Ugly juga berjaya memenangi anugerah di Anugerah Era 2006. Sekaligus menandakan kehadiran Pretty Ugly di kalangan penggemar muzik yang lebih besar.
2007 mula timbul bibit gelombang indie hasil dari kesedaran Neves yang mahukan sedikit ruang dan perhatian diberikan pada pemuzik tempatan yang bergerak secara indie tanpa dikawal oleh label besar syarikat rakaman. Radio-radio Malaysia mula memberi kepercayaan dan keyakinan kepada muzik tempatan hasilnya tahun 2008 dan 2009 industri muzik tempatan didominasi oleh kumpulan-kumpulan Indie seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet, Bunkface.
Entah dimana silapnya Pretty Ugly seakan timbul tenggelam sebelum tampil dengan material Itu Bukan Aku, Jika Diberikan Ku Satu Peluang bila mana dekad 2010an mula menjelma. Meskipun tidak mengulangi kejayaan diari seorang lelaki, lagu-lagu ini masih mendapat tempat dihati pengikut setia mereka yang sukakan karya pretty ugly yang santai,sempoi dan bersahaja.
Dikala Pretty Ugly bertukar anggota, Neves atau Raizan Zainal Abidin masih setia menjadi wajah pretty ugly. 2013 mereka melancarkan single No.1 bersama Altimet untuk mempromosikan Malaysia.
Kemuncak
Tatkala industri muzik tempatan dibanjiri lagu-lagu artis Indonesia yang mendominasi carta muzik Melayu saban minggu. Pretty Ugly yang pada waktu itu sedang menuju pengakhiran kontrak mereka bersama KRU telah melancarkan lagu 'Diari Seorang Lelaki' yang berentak santai. Lagu itu yang dimuatkan di dalam album Rockaholic mendapat sambutan hangat peminat muzik tanah air yang mahukan kelainan.
Siapa sangka lagu itu mampu menjuarai carta muzik di stesen-stesen radio tempatan pada tahun 2006 dan mara ke AJL 21.
Diskografi
Album
- Abstrak Versi Fantasi (2001)
- Transformasi Ke Stereo (2003)
- Darabkan Sejuta (2011)
EP
- Rockaholic(2006)
Pautan luar
- Profil Pretty Ugly di tapak KRU Records
- Pretty Ugly di MySpace.