Lestari | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Restu (1984–89) |
Berasal dari | Klang, Selangor, Malaysia |
Genre | Heavy metal, hard rock, glam rock, slow rock, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1984–1998, 1999–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri |
Ahli | Wan (ketua kumpulan) - vokalis Amir - gitar utama, suara latar Carlos - gitar bass, suara latar Kanang - dram Arbond - keyboard, suara latar |
Bekas ahli | Kamal - gitar utama dan irama, suara latar Hamzah - gitar irama Ilham - gitar irama Rehan - gitar bass, suara latar John - gitar bass, suara latar Sham - dram |
Lestari merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Klang yang diasaskan oleh Kamal Bahrin dan Kanang pada tahun 1984. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi), nama 'Lestari' yang diilhamkan oleh Wan dan Kamal Bahrin pada tahun 1989. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu.
Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Air Mata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana dan banyak lagi.
Sejarah
1984–1990: Era Restu (Sebelum kewujudan Lestari)
Pada asalnya, kugiran Restu telah di asas dan ditubuhkan pada tahun 1984 di Klang, Selangor oleh Kamal (gitaris utama - asal Selangor), Kanang (dram - asal Selangor), Rehan (gitar bass - asal Kelantan), Ilham (gitaris irama - asal Johor) dan Man Kala (penyanyi - asal Johor). Mereka sempat berhibur di kelab-kelab malam, majls perkahwinan dengan menggunakan nama Restu.
Pada hampir tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Ilham (gitar irama) dan Man Kala (penyanyi) telah menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Hamzah yang merupakan bekas pemain gitar irama kumpulan Putra (gitar irama) dan Wan (penyanyi). Ketika Hamzah dan Wan menyertai Restu pada hampir penghujung tahun 1988. Setelah empat tahun, Restu bersama Hamzah dan Wan buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan kakak angkatnya Kamal. Ketika gabungan dua orang itulah Restu bersama Hamzah dan Wan tidak dapat menahan perasaan sebak, berpeluk-pelukan dan menitiskan airmata khususnya antara Wan dan Kamal yang buat julung kali berjumpa dan menegur di antara mereka semenjak Hamzah dan Wan menyertai kumpulan Restu pada tahun 1988. Dengan kesempatan pertemuan pertama dua orang itu Restu bersama Hamzah dan Wan bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan membawakan lagu Metallica, Guns N' Roses, Europe, Van Halen dan Bon Jovi. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan dua orang Restu bersama Hamzah dan Wan telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Restu.
Pada ketika itu, Kamal datang ke Selangor bersama kugiran Wings di mana Wings turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Restu. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Restu kepada Lestari. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu Lestari tersebut yang bermaksud 'kekal abadi' yang tidak begitu unik. Namun apabila Kamal menulis nama tersebut dengan nama harapan baharu iaitu Lestari, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh Kamal. Di sinilah mereka menyedari bahawa Kamal adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Restu (yang sememangnya negatif) kepada Lestari (yang lebih progresif)... penulisan mabok mcm Wiki xpdc hahahaa
1990-1998 : Penciptaan Lestari serta Fieza Khalila
Ketika itu mereka menubuhkan menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1991, Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala heavy metal dan glam rock metal seangkatan dengan kumpulan Search, Wings, May, Lefthanded, Bloodshed, Mega, Handy Black, XPDC dan BPR. Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, Lestari telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh NSR Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Amir (gitar utama) dan John (bes). Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Album studio pertama Lestari, Fieza Khalila telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, Malang ciptaan Meran dan Zur'Ain (Ainol Jamal). Pengurus Lestari adalah Meran dari tahun 1984 hingga 1991. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Hamzah (gitar irama) dan Rehan (bes) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini. Tempat Hamzah kemudiannya digantikan oleh Kamal diserap menjadi pemain gitar irama, manakala John dan Amir diserap menjadi dua orang anggota tetap yang turut telibat dalam pembikinan album Fieza Khalila sebagai pemuzik undangan. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir Pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai bukan sahaja di tanah air, mahupun di negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.
Kemudian Lestari di ambil alih pula oleh Syazwan sebagai pengurus Lestari. Lestari telah mengambil keputusan muktamad untuk memilih menjadi artis Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) Malaysia. Lestari berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Stings dan Leon. Album Tatirana muncul pada tahun 1993. Konsert Lestari yang menyerlah di tapak-tapak fun fair dan expo menjadikan kumpulan ini semakin meningkat popularitinya. Kejayaan memuncak walaupun lagu Sekelip Mata Kau Berubah sekadar naib juara dan lagu Tatirana di tempat ketiga di dalam pertandingan Muzik-Muzik 1994. Namun John ditabalkan anugerah sebagai pemain gitar bes terbaik negara di Singapura. Album studio ketiga Lestari berjudul Terima Kasih dikeluarkan pada tahun 1995. Lagu Terima kasih Segalanya sekaligus membawa Lestari menjadi kumpulan rock paling popular. Dalam daripada itu juga Lestari tidak ketinggalan untuk menghasilkan klip video lagu Tiada Akhirnya yang turut menjadi popular. Sejak album terima kasih dikeluarkan, Lestari tidak lagi layak untuk mengadakan konsert di tapak-tapak fun fair sebaliknya konsert mereka yang semakin bertaring dan berbisa, ia harus diadakan di tempat lebih besar. Dalam ketika itu Lestari secara tiba-tiba di landa dugaan apabila John yang tidak lama sebelum itu telah memenangi anugerah pemain gitar bes terbaik negara di Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Lestari kerana difahamkan John tidak berpuas hati dengan beberapa hal pengurusan Lestari. Berita lanjut tentang pengunduran John gagal ditemuramah oleh pihak wartawan. Tempat John digantikan oleh iaitu Carlos (bekas pemain gitar bes kumpulan Lefthanded dan Ad Hoc). Lestari telah berusaha membayar sejumlah RM7, 000 kepada sebuah syarikat rakaman untuk menebus perjanjian Carlos ialah bekas pemain gitar bes kumpulan Lefthanded dan Ad Hoc. Sesudah itu Lestari mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Juara lagu ke-5. Lagu Terima Kasih Segalanya berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga kategori juara lagu dalam anugerah pertandingan tersebut. Tahun seterusnya, 1996 album Aku Yang Terpilih dipasarkan. Nama Carlos sekaligus semakin naik secara impak dan serasi bersama Lestari. Setelah album tersebut yang mengandungi lagu mantap bertajuk Mahligaimu Dari Airmataku dipasarkan, Kamal Halim dan Juwie telah menulis bahawa Lestari adalah kumpulan rock nombor satu paling popular ditanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Stings, tetapi Stings menepis dakwaan Juwie itu kerana Stings masih popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Stings tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Di tambah lagi Lestari menguasai pentas dan jualan tiket konsert di serata tanahair berbanding kumpulan-kumpulan rock yang lain termasuk Stings. Hampir penghujung 1996 Lestari telah mengadakan konsert berskala besar di Stadium Negara Kuala Lumpur yang berjaya menarik lebih 20 ribu orang penonton. Pada tahun 1997 Lestari yang belum pernah menerbitkan album kompilasi, muncul dengan album kompilasi pertama berjudul Koleksi Hits yang mengandungi sebuah dua lagu bonus bertajuk Biar Pedih Hati Terhiris dan Wangian Cintamu sekaligus selepas muncul tiga album studio. Lebih menarik dalam tahun yang sama juga, Lestari telah muncul album kelima berjudul Satu Hati terjual sebanyak 175,000 unit. Walaupun jumlah jualan album ini agak rendah berbanding sebelumnya, ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular daripada album ini ialah Insan Biasa, Kembalilah Kasih, Andainya Perpisahan Terjadi, Hanyalah Padamu, Utuskanlah Rindu Didoamu dan Airmata Di Hari Persandinganmu. Pada tahun 1998 Wings yang belum pernah menerbitkan album kompilasi, muncul dengan album kompilasi kedua Koleksi Hits 2 yang mengandungi sebuah lagu bonus bertajuk Tajamnya Bahasamu. Selain lagu bonus tersebut, keistimewaan di dalam album kompilasi kedua ini, Lestari telah memain dan merakamkan semula beberapa buah lagu dengan suara Wan yang terkini setelah beberapa kali Wan menjalani pembedahan peti suaranya pecah tidak lama sebelum itu seperti selepas empat album simpanan iaitu, Tatirana, Terima Kasih Segalanya, Aku Yang Terpilih dan Satu Hati. Lebih menarik dalam tahun yang sama juga, Lestari album kompilasi, muncul dengan album kompilasi ketiga berjudul Best of Lestari selepas muncul empat album studio. Selepas album ini, Lestari secara rasmi diramal berkubur kumpulan ini apabila anggota Lestari telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
1999-kini : Pertukaran ahli dan Perkembangan Terkini
Pada tahun 1999, Lestari telah mengaktifkan kembali dengan menghasilkan album studio ke enam berjudul Airmata Saksi Cintaku dikeluarkan dipasaran pada Januari 1999. Antara dua lagu dari album tersebut yang menjadi siulan ramai ialah lagu Airmata Saksi Cintaku dan Kalau Kau Tak Ingat.
Pada tahun 2001, Carlos (bass) dan Kanang (dram) dua orang yang mengalami kemalangan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak dan keras lagi telah diganti sementara oleh John (bass) dan Syam (dram). Setahun selepas itu John dan Syam secara rasmi menggangotai Lestari apabila dua orang itu Carlos dan Kanang mengambil keputusan untuk merehatkan seketika mengalami kecederaan di kaki akibat kemalangan jalanraya.
Kemudian pada tahun 2007, Lestari sudah diambang perpecahan kepada tiga orang iaitu Kamal, John dan Sham menarik diri dan digantikan oleh Carlos dan Kanang telah kembali menyertai kumpulan Lestari sehingga kini manakala Arbond secara rasmi menjadikan anggota tetap pada tahun 2022.
Ahli-ahli
Sebelum Lestari
Restu 1984 - 1988 :
- Man Kala - Vokal
- Kamal - Gitar utama, suara latar
- Ilham - Gitar irama
- Rehan - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Album:
Tiada
Setelah Lestari wujud
Lestari 1989 - 1991:
- Wan - Vokal
- Kamal - Gitar utama, suara latar
- Hamzah - Gitar irama
- Rehan - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Album:
Fieza Khalila (1991)
Lestari 1992-1995:
- Wan - Vokal
- Amir - Gitar utama, suara latar
- Kamal - Gitar irama, suara latar
- John - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Album:
- Tatirana (1993)
- Terima Kasih (1995)
Lestari 1996-1998:
- Wan - Vokal
- Amir - Gitar utama, suara latar
- Kamal - Gitar irama, suara latar
- Carlos - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Album:
- Aku Yang Terpilih (1996)
- Koleksi Hits (1997)
- Satu Hati (1997)
- Koleksi Hits 2 (1998)
- Best Of Lestari (1998)
Lestari telah direhatkan seketika pada tahun 1998, dan kemudian dihidupkan kembali bersatu pada tahun 1999.
Lestari 1999-2000:
- Wan - Vokal
- Amir - Gitar utama, suara latar
- Kamal - Gitar irama, suara latar
- Carlos - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Album:
- Airmata Saksi Cintaku (1998)
- Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
Pada tahun 2001, Carlos (bass) dan Kanang (dram) dua orang yang mengalami kemalangan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak dan keras lagi telah diganti sementara oleh John (bass) dan Syam (dram). Setahun selepas itu John dan Syam secara rasmi menggangotai Lestari apabila dua orang itu Carlos dan Kanang mengambil keputusan untuk merehatkan seketika mengalami kecederaan di kaki akibat kemalangan jalanraya.
Lestari 2001-2006:
- Wan - Vokal
- Amir - Gitar, suara latar
- Kamal - Gitar, suara latar
- John - Bass, suara latar
- Syam - Dram
Album:
- Koleksi Emas (2002)
- Dua Jiwa Satu Cinta (2004)
Lestari 2007 - kini:
- Wan - Vokal
- Amir - Gitar, suara latar
- Arbond - Keyboard
- Carlos - Bass, suara latar
- Kanang - Dram
Lestari sudah diambang perpecahan kepada tiga orang iaitu Kamal, John dan Sham menarik diri dan digantikan oleh Carlos dan Kanang telah menyertai kumpulan Lestari sehingga kini pada tahun 2007 manakala Arbond secara rasmi menjadikan anggota tetap pada tahun 2022.
Diskografi
Album studio
- Fieza Khalila (1991)
- Tatirana (1993)
- Terima Kasih (1995)
- Aku Yang Terpilih (1996)
- Satu Hati (1997)
- Airmata Saksi Cintaku (1999)
- Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
- Dua Jiwa Satu Cinta (2004)
Album kompilasi
- Koleksi Hits (1997)
- Koleksi Hits 2 (1998)
- Best Of Lestari (1998)
- Koleksi Emas (2002)