Etika | |
|---|---|
Kulit album kumpulan Etika | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | |
| Genre | rock |
| Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
| Tahun aktif | 1990-an |
| Syarikat rakaman | Happy Records Sdn Bhd Maheswara Musik Records (Indonesia) Musica Studio's (edaran di Indonesia) |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Etika merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Sejarah
Kumpulan Etika asalnya adalah kumpulan Wasiat, sebelum bertukar kerana berlaku pertukaran ahli. Ahli kumpulan bertukar iaitu Zain Azman (kemudian menyertai Black Rose) menggantikan tempat Abdul Hai, Mohd Razif mengambil alih tempat Zainuddin dan Rahmat tiada pengganti.
Dengan pertukaran ahli tersebut, kumpulan Wasiat bersetuju untuk menukar nama menjadi Kumpulan Etika, untuk menggantikan Wasiat dan merakamkan album pertama Padamu pada tahun 1990 bersama penerbit kumpulan Kopratasa dan Frankie Ong dan dirakamkan di Fantasia Studio. Album tersebut dilancarkan pada 3 September 1990 (hari sama pelancaran album pertama kumpulan XPDC). Lima lagu mereka tidak diluluskan untuk siaran RTM, tetapi jualan masih memberangsangkan pada 50K unit melayakkan mereka menerima Cakera Platinum.
Album kedua Etika dirakamkan pada tahun 1991 dengan khidmat penerbit Zulkif (Headwind) dan Frankie Ong, juga di bawah Happy Record. Ia dirakamkan di studio Channel Eleven.
Antara kumpulan lain yang turut aktif bersama Etika sekitar 1991 adalah kumpulan Memo-memo, Paksi, Brainwash, Syuhada, Fancy/Roses, Villosa, Ozon, Small Kid, Still, Krayon, Eka, Babylon, Revolusi, Gerhana, Sphera, Aces, Mendusa, Witness, Puteri, Iktibar, Amija, Opera, Ixora, Viva, Victim, Mahsuri, Analisa, Lord Justice, Leo, Voice, Abstrak, Alfa, Les Mayor, Susila, Hot Legs, Kid Power, D'Fender, Khatulistiwa, Odd fellows, Krax, History, Studen, Anesthesia, Fire Machine, The Islands, Drifters, Tomato, Sacred, Teratai, Farmosa dan DIA.
Ahli
- Vokal - Kaswan
- Gitar - Ahmad Bakhtiar
- Gitar - Zain Azman
- Bes - Mohd Razif
- Drum - Jamaluddin
Diskografi
Album
- Etika (1991)
- Jawapannya Padamu (1990)
Lagu
Etika '91 - (1991)
- "Remaja Rock N Roll"
- "Penghuni Mahligai Cinta"
- "Nostalgia"
- "Tragedi (Suara Si Kecil)"
- "Kosmopolitan"
- "Janji Yang Hilang"
- "Sahabat Lama"
- "Kau terlalu Tinggi"
- "Saudagar Rembulan"
- "Kehadiran"
Jawapannya Padamu '90 - (1990)
- "Jawapannya Padamu"
- "Sandiwara"
- "Bila Kasih Bertemu Cinta"
- "Remaja Bukan Kesudahan"
- "Oh Cinta Cinta"
- "Cinta Kepalsuan"
- "Marga"
- "Pelangi Dan Aku"
- "Tetamu Ditengah Malam"
- "Dari Sebuah Taman"
Pencapaian
- Tempat ke empat dalam pertandingan Juara Rock di Ekspo Malaysia 30 tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.[1]









