East | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Opera |
Genre | Rock, heavy metal, speed metal, power metal |
Tahun aktif | 1989 ![]() |
Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
East merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan yang berasal dari dua bandar yang berjiran iaitu Tampin dan Pulau Sebang ini menyampaikan lagu-lagu berkonsepkan heavy metal dalam bahasa Melayu dan Inggeris.[1]
Latar belakang
Kugiran ini pertama kali ditubuhkan di Pulau Sebang, Melaka pada tahun 1987 oleh Joe dan Poji (masing-masing di posisi gitar), Fauzi di posisi bes dan Shidan (Rashdan Mamat) sebagai pemain dram, yang pada masa itu merupakan penuntut-penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah, manakala teraju utamanya Azmee (kini pendakwah dan penyanyi nasyid Daqmie) pula merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah. Pada awalnya mereka bermain di bawah nama Opera. Mereka selalu mengadakan sesi jamming di studio milik Ija (gitaris utama Medicine) di Tampin, Negeri Sembilan untuk mengisi masa senggang. Pada tahun 1992, Poji dan Fauzi memutuskan untuk meninggalkan Opera pada tahun 1992 selepas tamat peperiksaan STPM untuk mengejar kerjaya idaman mereka. Dan pada itu kekosongan-kekosongan itu diambil alih oleh dua orang bekas anggota Arjuna iaitu Achun dan Shahril Nazhif, yang ketika itu berhijrah ke Tampin dan menemui Opera di studio latihan. Dan pada saat itulah Opera dijenamakan semula sebagai East (bahasa Inggeris untuk "timur"). Sepanjang karier seni mereka, East telah merakamkan dua buah album studio, iaitu East pada tahun 1992 bersama syarikat rakaman Noize Music dan album Generasi Metal pada tahun 1998 bersama syarikat rakaman New Southern Records (NSR).
Barisan keanggotaan
- Azmee/Amey - penyanyi
- Chun/Achun (Shamsul Kamal Osman) - gitar
- Feizi - gitar
- Shahril Nadzif - bes
- Shidan (Rashdan Rahmat) - dram
- Man (Rahman Aman) - papan nada
Diskografi
Album studio
- 1992: East
- 1998: Generasi Metal
Rujukan
- ^ "East cuba rentak metal. (1998, 24 Februari). Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada Disember 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.