De Fam | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop, Rap, Hip-hop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Faithful Music |
Ahli | Sophia Liana Cik Manggis Azira Shafinaz |
De Fam merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia, yang ditubuhkan pada 2015. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Mereka merupakan antara kumpulan wanita yang popular di Malaysia pada masa kini, meneruskan legasi yang pernah diwarnai oleh kumpulan ikonik seperti Feminin, Elite dan Freshies.[1] Dikenali kerana menggabungkan tarian dan vokal dalam muzik mereka, De Fam meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "#Supergirls", sekaligus menaikkan nama De Fam sebagai kumpulan wanita yang berjaya di Malaysia.[2][3]
Kerjaya
Sebelum bergelar penyanyi, De Fam merupakan penari bersama Funky Fresh Family. Mereka pernah menjadi penari latar untuk beberapa artis terkenal tanah air seperti Dato’Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Stacy, Altimet dan SonaOne.
Mereka juga pernah terlibat secara langsung dalam penghasilan lirik video lagu popular nyanyian Caprice – Xde Hal Bro dan Jangan Kasi Muka.
Pada tahun 2014, De Fam telah memuat naik video lagu saduran mereka yang pertama, "Black Widow" (penyanyi asal Iggy Azalea dan Rita Ora) yang berjaya mencapai ½ juta tontonan di Facebook dan 100 ribu tontonan di YouTube dalam tempoh satu minggu.
Menerusi lagu “Black Widow”, De Fam berjaya menarik perhatian Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza bagi menyunting mereka sebagai artis di bawah naungan syarikatnya, Tune Studios.
Pada tahun 2015, De Fam akhirnya mengeluarkan single pertama mereka berjudul "#Supergirls" dan berjaya mencapai 2 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan.
Pada April 2021, Azira yang merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam menyatakan bahawa De Fam sekarang sibuk dengan aktiviti solo masing - masing dan akan kembali semula secara berkumpulan dengan lagu terbaru pada masa akan datang. [4]
Ahli kumpulan
Semua ahli kumpulan De Fam berasal dari Kuala Lumpur kecuali Sophia Liana yang berasal dari Ipoh.
- Sophiatul Liana Mohamed Sobri atau lebih dikenali sebagai Sophia Liana dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Oktober 1990 .
- Azira Shafinaz Ramlan atau lebih dikenali sebagai Azira Shafinaz dilahirkan di Kuala Lumpur pada 26 September 1991 . [5]
- Nurshazwani Shamsuddin atau lebih popular sebagai Cik Manggis dilahirkan di Kuala Lumpur pada 2 September 1989
Diskografi
Single
Sebagai artis utama
Tahun | Tajuk | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | "#Supergirls" | 4:14 | |
"With You" (menampilkan Brandon Beal) | 4:30 | ||
2017 | "Bila Ada Kamu" (menampilkan Alif & Aman RA) | 3:45 | "With You" versi remix Bahasa Melayu |
2019 | "Panas" | 3:17 | |
2022 | "Berubah" | 3:10 | |
2024 | "Mula" | 3:00 | |
"Alamak Raya Lagi!" | 2:47 |
Lagu cover
Tahun | Tajuk | Penyanyi Asal | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | "Black Widow" | Iggy Azalea featuring Rita Ora | |
2015 | "I'm Not The Only One" | Sam Smith | |
"KL Love" | Fergie | Tajuk asal: "LA Love" | |
2016 | "How Deep Is Your Love" | Calvin Harris & Disciples | |
"You Know You Like It (DJ Turn It Up / BBHMM Mash Up)" | DJ Snake & AlunaGeorge (You Know You Like It) Yellow Claw (DJ Turn It Up) Rihanna (BBHMM) |
||
"Don't Let Me Down" | The Chainsmokers featuring Daya | ||
2018 | "Selamat Hari Raya" | Saloma |
Videografi
Sebagai artis utama
Tahun | Tajuk | Durasi | Pengarah |
---|---|---|---|
2015 | "#Supergirls" | 4:14 | Kelvin Anthony |
"With You" (feat. Brandon Beal) | 4:30 | Edmund Anand | |
2017 | "Bila Ada Kamu" (feat. Alif & Aman RA) | 3:45 | |
2019 | "Panas" | 3:17 | Hasif Hamid |
2022 | "Berubah" | 3:10 |
Sebagai Penari
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | "100% Cintaku" | Mas Idayu feat. Juzzthin & W.A.R.I.S | 4:49 | Sophia & Azira |
"Gilalah" | Stacy | 3:45 | Sophia, Azira & Manggis | |
2015 | "#AwakKatMane"
(Exclusive Malaysia Release) |
Taufik Batisah | 2:53 | Sophia & Azira |
2018 | "Girl" | Dafi | 3:42 | Manggis |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2015 | Eksperimen Cinta | Amelisha | TV3 | Cik Manggis | Slot Dahlia |
B.I.B | Ezzaura | Hypp TV | |||
Dalam Pelukan Ramadhan | Astro Ria | telefilem | |||
Mimpi Mira | Mira | Azira Shafinaz | @ Official Nanowhite : Web Series | ||
Stella | Tasya | TV9 | Slot Aurora | ||
2016 | Married Tapi Benci | Rina | TV3 | Slot Lestary dan berlakon bersama Syafiq Kyle | |
Mr. Donat Karamel | Anggun Qairah (Azira)
Murni (Sophia) |
Azira Shafinaz & Sophia Liana | berlakon bersama Hafidz Roshdi | ||
Jejak Karmila | Aniza | Cik Manggis | |||
2017 | Nur 3 Pagi | Nur Jannah | Azira Shafinaz | telefilem | |
Syawal yang Kuinginkan | Hani | ||||
Kisah Dari Mekah (Pintu No.9) | Wani | Astro Oasis | Cik Manggis | ||
Kisah Dari Mekah (Kotorkah Taubatku) | Sara | ||||
Kisah Dari Mekah (Jemputan Umrah oleh Izrail) | Mila | ||||
Saka Sisters | Suri | Astro Warna | |||
2018 | Simpang Sejenak | Manis | TV3 | Azira Shafinaz | telefilem DFKL |
Doa Ku Mohon | Puan Karmila | ||||
Vila Ghazara | Ariana (Azira)
Mastura (Manggis) Hani (Sophia) |
Azira Shafinaz
Cik Manggis Sophia Liana |
Belum ditayangkan | ||
Papa Nak Menantu | Fatimah/Tim | Cik Manggis | Slot Dahlia | ||
Pengantin Musim Salju | Nana | Astro Ria | |||
Din Sardin Beraya | Riana | TV3 | Azira Shafinaz | ||
Alamatnya Cinta | Emma Harith | Astro Ria | Cik Manggis | ||
Seribu Rindu | Maisara | TV3 | Azira Shafinaz |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2015 | Super Spontan All Stars | Artis Jemputan | Astro Warna | Semua | Final |
2016 | Dangdut Star | Pengacara | Astro Maya HD | mengacara bersama Tauke Raja Lawak. | |
Bonda Bonding | Artis Jemputan | Astro Prima & Astro Maya HD | Azira Shafinaz & Cik Manggis | ||
Meletop Raya | Astro Ria | ||||
Motif Viral | |||||
2017 | Bas Ria | Semua | |||
2018 | Gara Gara Nurul & Shahril | Suria | Azira Shafinaz & Sophia Liana | Singapura | |
Break and Burn | Astro Bella | Semua | |||
Kata Serasi | NTV7 | ||||
Drop The Beat | Peserta (Azira Shafinaz)
Artis Jemputan (Sophia Liana & Cik Manggis) |
Sophia Liana & Cik Manggis sebagai artis jemputan Azira Shafinaz bagi membantunya di final | |||
Opera Zero | Astro Warna | ||||
1,2 Bakar Raya | TV3 | ||||
Feel Good Show | NTV7 | Topik: Perbezaan Raya Sebelum Kawin daan Selepas Kawin | |||
Pop TV Raya | Azira sebagai pengacara, Sophia dan Manggis sebagai artis jemputan | ||||
I Can See Your Voice Malaysia | Artis jemputan | ||||
Family Showdown | |||||
2019 | Anugerah Juara Lagu | Finalis | TV3 | Menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga | |
Muzik - Muzik | |||||
Trek Selebriti | Astro Ria | ||||
2024 | The Hardest Singing Show | Peserta | Semua |
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Industri Muzik (AIM) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya | Keputusan |
2016 | Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu | #Supergirls | Menang |
Malaysia English Top 10 Awards
(MET 10) | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
2016 | Song of The Year | Menang |
Best Breakthrough Artist |
Anugerah Meletop Era (AME 2016) | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
2016 | Grup/Duo MeleTOP | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
2016 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ De Fam Kembalikan Legasi Penyanyi Wanita Berkumpulan
- ^ "De Fam impi Spice Girl Asia.
OLEH AMIRAH AMALY SYAFAAT AMIRAH.AMALY@UTUSAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-04. Dicapai pada 2015-11-16. - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 2016-05-05.
- ^ De Fam jarang keluar lagu, ini penjelasan Azira Shafinaz. astroawani.
- ^ Berkenalan dengan Azira Shafinaz heroin Dalam Drama Mr Donat Karamel. EncikShino