Darwish | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | ![]() |
Genre | Nasyid |
Tahun aktif | 2012-kini |
Anggota semasa | Faiz Amin |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kumpulan Darwish merupakan kumpulan nasyid Malaysia yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2012 di Kolej Matrikulasi Johor. Kumpulan ini terdiri daripada dua orang ahli iaitu Faiz dan Amin.
Kumpulan Darwish telah memenangi beberapa anugerah sepanjang keterlibatan mereka dalam industri nasyid Malaysia, antaranya Anugerah Artis Baharu Terbaik IKIM, Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan IKIM, Anugerah Pencapaian Terbaik Carta Nasyid IKIM, Anugerah Persembahan Terbaik Anugerah Carta 114 TV Al Hijrah dan banyak lagi.
Kumpulan Darwish juga merupakan finalis Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) pada tahun 2022. Kumpulan Darwish dikenali di Malaysia menerusi lagu hits mereka yang berjudul Safiyyah (yang menampilkan Far East). Lagu ini telah mengangkat nama kumpulan Darwish dalam industri nasyid Malaysia. Selain itu, antara lagu lain yang hits ialah Linangan Laduni dan Saat Hari Tuanya (kolaborasi bersama Munif Hijjaz).
Ahli-ahli
Line up pertama (2012-2013):
- Faiz (masih kekal)
- Fitri
- Daniel
- Badrul
- Naim
Line up kedua (2013-2016):
- Faiz (masih kekal)
- Amin (masih kekal)
- Fitri
- Ikmal
Line up ketiga (2016-2017):
- Faiz (masih kekal)
- Amin (masih kekal)
- Jehan
Line up keempat (2017-kini):
- Faiz (masih kekal)
- Amin (masih kekal)
Diskografi
Lagu-Lagu
5 lagu:
- Hati Merindu
- Safiyyah
- Linangan Laduni
- Saat Hari Tuanya
- Abu Ubaidah