Bunkface | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Klang, Selangor, Malaysia |
Genre | Punk rock, pop punk, alternative rock |
Tahun aktif | 2005-kini |
Syarikat rakaman | Bunkface Production |
Pengkarya berkait | The Azenders, THEGIL, Dichi Michi, Robot Asmara, One Buck Short,Arsonist |
Laman sesawang | www.bunkface.com.my |
Ahli | Sam Youk Paan |
Bekas ahli | Biak |
Kugiran Bunkface ialah sebuah kumpulan muzik punk rock Malaysia yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar Sam Baharom, pemain gitar bes serta penyanyi latar Youk (Farouk Jaafar), pemain gitar utama Paan (Ahmad Farhan), dan pemain dram Biak. Biak kemudiannya digantikan dengan Ejam Coda. Bunkface mula mencapai populariti melalui lagu dalam EP Lesson of the Season mereka iaitu Silly Lily dan Situasi. Semua peminat mereka digelar Bunker.[1]
Sejarah
Asal-usul dan Penubuhan
Bunkface ditubuhkan pada tahun 2006 oleh empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas, Klang, Selangor. Mereka pada mulanya mengadakan sesi jamming secara santai sebelum memutuskan untuk menubuhkan kumpulan muzik. Nama "Bunkface" diilhamkan daripada tajuk lagu "Crazy Amanda Bunkface" oleh kumpulan Sum 41, yang dicadangkan oleh bekas pemain dram mereka, Biak.
Pada Mac 2006, Bunkface meraih perhatian dengan memenangi tempat pertama dalam pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya. Pertandingan ini disokong oleh majalah muzik ROTTW, yang menjadi platform pertama memperkenalkan nama mereka di media. Tidak lama selepas itu, Bunkface menyertai komuniti muzik dalam talian Demoplanet.tv untuk menghasilkan video muzik pertama mereka. Nama mereka mula meniti di bibir peminat apabila mereka menyertai pertandingan realiti muzik Blast Off pada tahun yang sama.
2007: EP Pertama - Lesson of the Season
Pada Disember 2007, Bunkface melancarkan EP pertama mereka, Lesson of the Season, yang mengandungi enam lagu berbahasa Inggeris dengan genre pop-punk dan rock alternatif. Lagu hit "Silly Lily" daripada EP ini menduduki tangga teratas carta hitz.fm Malaysian Top Ten selama 8 minggu dan Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Lagu Melayu pertama mereka, "Situasi," berjaya menduduki tangga #1 di carta '''XFresh FM dan mencapai tangga #3 di '''Carta Era FM selama 3 minggu. Kejayaan ini melonjakkan populariti Bunkface ke seluruh negara.
2009: Anugerah dan Persembahan Antarabangsa
Pada tahun 2009, Bunkface memenangi tiga anugerah utama di Anugerah Shout! anjuran 8TV, termasuk Rockstar, Break Out, dan The Ultimate Shout! Award. Kejayaan ini menarik perhatian penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) di Australia, yang menjemput mereka membuat persembahan pada Oktober 2009. Ini menandakan penampilan antarabangsa pertama Bunkface.
2010: Album Phobia Phoney, Through My Window dan MTV World Stage
Pada Mac 2010, Bunkface melancarkan album penuh pertama mereka, Phobia Phoney, yang memuatkan 10 lagu, termasuk single popular seperti "Situasi," "Revolusi," "Prom Queen," dan "Soldier."Bunkface menyertai kempen Everyone Connects anjuran TM dan menyanyikan lagu "Through My Window" yang disiarkan dalam iklan radio dan TV kempen tersebut. Lagu ini mula diperdengarkan ke udara dalam bentuk lagu misteri yang diedarkan ke semua stesen radio di negara.[2] Misteri ini menimbulkan tanda tanya di kalangan orang awam mengenai siapa penyanyinya dan apakah tujuan lagu ini dimainkan. Populariti kumpulan Bunkface melonjak setelah didedahkan identiti mereka selaku penyanyi lagu tersebut. Ketika ini, bilangan peminat lagu "Through My Window" yang mendaftar di Facebook mencecah 17,000 orang di samping namanya disebut lebih 3.7 juta kali dan lebih 6,600 muat naik video and audio di laman sosial tersebut.[3] Acara nyanyian beramai-ramai Everyone Connects yang turut mengetengahkan lagu "Through My Window" diadakan di Jalan Bukit Bintang pada 21 November 2009. Band indie lain yang turut serta dalam konsert gemilang itu ialah Rock N Roll John, Marionexxes, Maddame, Basolaye dan The Rodeo.
Pada tahun yang sama, Bunkface menjadi satu-satunya wakil Malaysia di MTV World Stage Live in Malaysia 2010, berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Wonder Girls, dan Tokio Hotel.
2011–2013: Panik, Kontroversi, dan Jelajah Antarabangsa
Pada September 2011, Bunkface melancarkan single "Panik," yang diharamkan oleh stesen radio RTM kerana dianggap kontroversial. Namun, ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan aktiviti seni. Mereka turut membuat persembahan di Hong Kong Asian Music Festival (HKAMF), mewakili Malaysia dan menduduki tempat ketiga.
Kong Asian Music Festival (HKAMF) telah diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Hong Kong, Hong Kong. Festival ini telah dianjurkan oleh IFPI di Hong Kong dan melibatkan enam negara dari seluruh Asia. Antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam festival yang julung kalinya diadakan adalah seperti China, Taiwan, Singapura, Korea, Malaysia dan tuan rumahnya, Hong Kong. Jepun pada mulanya dijangka mengambil bahagian dalam festival itu oleh Ikumi Kumagai tetapi terpaksa menarik diri kerana keadaan di Jepun masih dalam keadaan tidak stabil pada masa itu. Dalam pusingan awal, Bunkface telah mempersembahkan lagu berjudul Escape Dance dan memberikan satu cabaran yang sukar untuk Qiong Wu, Kewei, dan The Boss. Persaingan begitu sengit bagi semua yang bergenre muzik pop dari China - Wu Qiong, Singapura - Kewei, The Boss - Korea dan Malaysia diwakili oleh Bunkface yang berjaya ke peringkat akhir. Untuk peringkat akhir ini, semua peserta yang telah berjaya dipilih atas undian juri diminta untuk memilih daripada mana-mana lagu popular dari artis yang lain tetapi dengan pilihan sendiri untuk pertandingan ini. Berdasarkan markah yang diberi oleh hakim, empat finalis kebangsaan telah memberikan satu pertandingan yang amat sengit dalam segi pemarkahan.
Bunkface telah memilih lagu "We Are the Champions" dari Queen yang telah meraut tempat ketiga keseluruhan dalam pemarkahan untuk persembahan pentas dan persembahan vokal. Dari festival ini, Bunkface talah berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah satu artis yang setanding dengan artis-artis popular dari seluruh Asia. Penyertaan Bunkface juga memberi kejutan kepada banyak pihak, terutama penonton, hakim, persaingan artis, artis, dan juga para jemputan IFPI sendiri.
Bunkface juga melancarkan album kedua mereka yang mengandungi 13 lagu, termasuk 9 lagu Inggeris dan 4 lagu Melayu. Mereka mengadakan konsert jelajah di Indonesia, termasuk di acara Jakarta Urbanfest 2011 dan Hard Rock Cafe Jakarta, yang meningkatkan lagi populariti mereka di rantau Asia Tenggara.
Mereka menerima penghormatan khas yang dijemput untuk muncul di talk show popular di Indonesia Bukan Empat Mata. Mereka melakukan single hit mereka terbesar iaitu "Situasi" di dalam acara itu. Sebelum ini, hanya Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search artis lain dari Malaysia telah muncul di rancangan ini. Kumpulan ini ditaja oleh AirAsia bersama-sama dengan Jamu Mak Dara sebagai penaja mereka dan membantu mereka membawa media tempatan untuk menampung aktiviti-aktiviti mereka di Jakarta. Bunkface telah sangat mempunyai ramai peminat di Indonesia dengan jumlah yang besar semasa mereka menginap di Jakarta.
2014: Album Malam Ini Kita Punya
Album ketiga Bunkface, Malam Ini Kita Punya, dilancarkan pada Oktober 2014. Album ini mengandungi lagu-lagu seperti "Darah Muda" dan "Anugerah Syawal." Ia juga menandakan kerjasama pertama mereka dengan Sony Music Entertainment Malaysia. Pada tahun yang sama, Bunkface dipilih sebagai DiGi x Deezer Spotlight Artiste of the Month.
2015: Runut Bunyi BoBoiBoy dan Festival Muzik Terbesar di Jepun
Bunkface menyumbangkan dua runut bunyi untuk francais animasi BoBoiBoy: "Masih Di Sini" untuk ''BoBoiBoy: The Movie yang mendapat 25 juta tontonan dan "Dunia Baru" untuk BoBoiBoy Galaxy. Kedua-dua lagu ini popular di Malaysia dan Indonesia, mencatat lebih 32 juta tontonan di YouTube.
Pada tahun yang sama, Bunkface mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia di Summer Sonic Festival 2015 di Jepun, berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Ariana Grande, Pharrel williams, Imagine Dragon, the script,carly rae jepsen, clean bandit,All Time Low, Baby Metal dan ramai lagi. Edisi Summer Sonic sebelumnya Guns N' Roses, Taylor Swift, avenged sevenfold, Green Day, My chemical Romance,Paramore, John Legend dan Linkin Park juga pernah membuat penampilan di festival ini.
2016: Bunkface X (Konsert 10 Tahun) dan MTV Europe Music Awards (EMA)
Pada tahun 2016, Bunkface meraikan ulang tahun ke-10 mereka dengan mengadakan konsert khas Bunkface X Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 Disember 2016 di Stadium Chin Woo. Konsert ini menjadi kerjasama antara label utama Universal Music Malaysia dan label mereka sendiri, Bunkface Production. Dalam acara itu, Bunkface melancarkan album kompilasi pertama mereka, Bunkface X, yang memuatkan lagu-lagu hits daripada EP dan tiga album terdahulu.
Tahun yang sama juga menyaksikan Bunkface menerima pengiktirafan antarabangsa apabila tercalon untuk MTV Europe Music Awards (EMA) 2016 di bawah kategori Best Southeast Asian Act. Pencalonan ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan muzik terkemuka di rantau Asia Tenggara.
2018: Lagu Tema Hari Kebangsaan
Bunkface mencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk "Kita Punya Malaysia," ciptaan vokalis mereka, Sam. Lagu ini dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
2019: Album POP dan Jelajah Indonesia
Pada tahun 2019, Bunkface melancarkan album keempat mereka bertajuk POP. Mereka juga membuat persembahan di Festival Road to Soundrenaline Indonesia dan Big Bang Festival Jakarta di Indonesia.
2022–2024: Konsert Mega dan Perancangan Terkini
Pada 2022, berlangsung selama dua malam berturut-turut, konsert 15 tahun Bunkface! 15 Years Of Korang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat setia. Pada 2023, mereka menjayakan konsert Bunkface Rock in Borneo di Kota Kinabalu, Sabah.
Pada 2024, Bunkface mencipta sejarah dengan konsert solo di '''Dewan Filharmonik Petronas (DFP), menampilkan 20 lagu hit mereka di hadapan lebih 1,000 penonton.
Pencapaian dan Pengaruh
Bunkface dianggap sebagai salah satu kumpulan pop-punk paling berpengaruh di Malaysia. Dengan pelbagai pencapaian dalam dan luar negara, mereka terus membuktikan bakat dan kesungguhan mereka dalam industri muzik.
Gaya muzik
Bunkface menyifatkan muzik mereka sebagai pop punk, dan mereka telah memetik Sum 41, Green Day, Blink 182, Fall Out Boy, The Offspring, Simple Plan, Good Charlotte dan Yellowcard sebagai pengaruh utama mereka.
Ahli kumpulan
Ahli terkini
- Sam Baharom - vokal/gitar
- Paan – gitar/vokal
- Youk – bes
- Biak - dram
Bekas ahli
- Jabar - bes (2005-2006)
- YM Raja Azuan - keyboard (2005-2006)
Ahli sessionist
- Ejam Coda - dram, perkusi (2008)
- Gjie 6ixth Sense - keyboard, synth (2009-2011)
- Wawa Oh Chentaku - keyboard, synth (2010–2014)
- Wan 6ixth Sense - dram, perkusi (Bunk Not Dead Tour 2013)
- Ainol Ramli - dram, perkusi (2015-2022)
- Izzy Musa - keyboard, synth (2017-2020)
- Ajam Dichi - gitar irama, keyboard (2016-kini)
Diskografi
EP
- Lesson of the Season (2007)
Album studio
- Phobia Phoney (2010)
- Bunk Not Dead (2012)
- Malam Ini Kita Punya (2014)
- POP (2019)
Album kompilasi
- Bunkface X (2016)
Anugerah dan pencalonan
2011 Hong Kong Asia Music Festival
Berjaya ke Final: Tempat ke-3
2011 Komposer Muda Berbakat MACP
Menang: Sam (Komposer Muda)
2016 MTV Europe Music Awards
Bunkface tercalon dalam kategori Best SEA Artist at the MTV EMA 2016
Anugerah Industri Muzik
Tahun | Kategori | Karya tercalon | Album | Keputusan | Tewas kepada |
---|---|---|---|---|---|
2010 (AIM17) | Artis Baru Terbaik | Tercalon | Yuna | ||
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | Prom Queen | Phobia Phoney | Tercalon | Yuna - Deeper Conversation | |
Lagu Rock Terbaik | Situasi | Menang | |||
Lagu Terbaik | Tercalon | Yuna - Dan Sebenarnya | |||
Anugerah Kembara | Menang | ||||
2011 (AIM18) | Lagu Rock Terbaik | Extravaganza | Phobia Phoney | Tercalon | A.P.I. - Pelita |
2013 (AIM20) | Lagu Rock Terbaik | Panik | Bunk Not Dead | Tercalon | Amy Search - Di Bawah Gerbang Skaea |
2014
(AIM21) |
Lagu Rock Terbaik | Rentak Laguku | Malam Ini kita Punya | Menang | |
2022
(AIM23) |
Lagu Rock Terbaik | Korang | Tercalon | Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila | |
2022
(AIM23) |
Lagu Rock Terbaik | I Miss You | Tercalon | Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila |
Anugerah Juara Lagu (AJL)
- Kumpulan Exist dan Bunkface merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan.
- Penyertaan Bunkface di Anugerah Juara Lagu:
- Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
- Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
- Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
- Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
Anugerah Juara Lagu 2016, Bunkface telah menarik diri daripada bertanding menerusi lagu Darah Muda.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|
2009 | Penyanyi Duo/Kumpulan Popular | Menang |
2010 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2011 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2018 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
Anugerah SHOUT!
Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|
2009 [4] | Break Out Award | Menang |
Rockstar Award | Menang | |
The Ultimate Shout! Award | Menang | |
2010 | Rockstar Award | Menang |
Music Video Award | Menang | |
2011 | Rockstar Award | Menang |
2012 | Rockstar Award | Menang |
2013 | Rockstar Award | Menang |
2014 | Rockstar Award | Menang |
MTV World Stage Live in Malaysia 2010
Bunkface sebagai satu-satunya wakil Malaysia yang membuat persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia 2010. Acara ini berlangsung pada 31 Julai 2010 di Sunway Lagoon Surf Beach, Selangor. Bunkface berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Wonder Girls , dan Tokio Hotels.
Persembahan mereka yang penuh bertenaga dengan lagu-lagu popular seperti Situasi dan Through My Window mendapat sambutan hangat daripada penonton, sekaligus menyerlahkan daya tarikan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. Detik ini merupakan satu pencapaian besar dalam kerjaya Bunkface dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik Malaysia.
Bunkface ke Festival Muzik Terbesar Di Jepun
Bunkface pernah mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia yang tampil di festival muzik antarabangsa Summer Sonic 2015 di Jepun. Penyertaan di Summer Sonic adalah salah satu pencapaian besar dalam karier Bunkface, menonjolkan bakat mereka di luar negara dan mengangkat nama Malaysia di arena muzik dunia. Edisi Summer Sonic sebelumnya Guns N' Roses, Taylor Swift, avenged sevenfold, Green Day, My chemical Romance,Paramore, John Legend dan Linkin Park juga pernah membuat penampilan di festival ini.
Selain Bunkface, terdapat banyak lagi artis dan band terkenal yang turut beraksi di Summersonic Festival 2015. Antara barisan artis utama yang turut memeriahkan festival tersebut adalah ariana grande, Pharrel williams, Imagine Dragon, the script,carly rae jepsen, clean bandit,All Time Low, Baby Metal dan ramai lagi.
Siaran JOOX Malaysia 2017
"Dalam 12 tahun karier Bunkface, mereka telah merangkul 15 anugerah dan 30 pencalonan (tempatan dan antarabangsa), membuktikan bahawa Bunkface adalah salah satu band tempatan paling berjaya di era ini".
Bunkface cipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilaporkan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih lagu berentak pop itu daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.
Kumpulan Bunkface yang terkenal dengan muzik pop punk mencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘"Kita Punya Malaysia’ ciptaan vokalisnya, Sam.
Rujukan
- ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/16/mstar_hiburan/20091115161527&sec=mstar_hiburan
- ^ "Bursting into song". The Star. 16 November 2009. Dicapai pada 9 Januari 2010.
- ^ "Sing-along, virtual game and concert in Jln Bukit Bintang". The Star. 21 November 2009. Dicapai pada 9 Januari 2010.
- ^ "Shout! Awards Winners". Voize. 18 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-26. Dicapai pada 9 Januari 2010.