Black Fire | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Perlis, Malaysia |
Genre | Rock/Black Metal/Thrash Metal |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1982 - Sekarang |
Syarikat rakaman | Nebiula Productions Black Label Productions |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Master Subri - Gitar
Din Pendita Gila - Gitar Hakim Internal - Bass Asri Speed Fire - Drum Lord Eekram - Vokal |
Kumpulan Black Fire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Perlis, dan aktif di Malaysia.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Black Metal/Thrash Metal, dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan Black Fire sebuah kumpulan Black Metal/Thrash Metal yang terawal di Malaysia[2] atau di asia tenggara ketika itu. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai kumpulan Metal Ghost pada tahun 1982 dan menukarkan nama sebagai Black Fire pada tahun 1984. Black Fire telah menyertai pertempuran Battle Of The Rock Malaysia 1986, dengan lagu-lagu mereka sendiri berkonsepkan Black Metal/Thrash Metal. Mereka semakin dikenali setelah mendapat jemputan terbabit di dalam konsert thrash metal yang diadakan di Stadium Negara pada tahun 1988, BlackFire telah membuat gimik hingga mengemparkan Malaya, kemudian BlackFire telah menghilang dalam tempoh masa yang lama.
Hadi -drummer, Subri - bass ,Yazid -guitar ,Aidi -guitar ,Azmi rambut vocal.(Line up asal founder 1992)
Kumpulan Black Fire yang berasal dari Perlis ini lebih selesa mengekalkan konsep Black Metal/Thrash Metal,, serta mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Kumpulan Black Fire yang ditubuh pada tahun 1984 dianggap ‘Godfather’ dan ada juga yang menganggap BlackFire sebagai "God Of BlackMetal Malaysia" oleh otaimers dan di kalangan peminat fanatik BlackMetal untuk genre metal kerana mereka antara kumpulan yang paling awal memperkenalkan konsep Black Metal pada tahun 1982(Metal Ghost). Banyak band-band underground metal tempatan yang menjadikan mereka sebagai hero, panduan, rujukan, kajian muzik dan menjadi satu kebanggaan. Salah-satunya kumpulan Sil Khannaz yang diketuai oleh penyanyinya Jaie. Menggambil nama sempena daripada salah satu tajuk lagu BlackFire ia itu Sil Khannas, di pahat kekal menjadi sebagai nama sebuah kumpulan.[3]
Peristiwa semasa BlackFire menghilang tanpa sebarang jejak. Hanya nama BlackFire di sebut-sebut dan menjadi bualan dari mulut ke mulut dikalangan peminat-peminat muzik keras terutama sekali peminat-peminat irama Metal dan pemuzik-pemuzik otai. Di ceritakan di turunkan kepada generasi muda.
BlackFire seolah-olah menjadi seperti Mitos atau Lagenda, yang entah betul atau entah tidak mengenai kewujudan mereka. Ramai hanya menggenali BlackFire hanya pada nama dan kisahnya sahaja. Tiada sebarang gambar atau video yang di rekodkan pada ketika itu di keluarkan di tunjukkan bagi mengesahkan kewujudan mereka. Hanya logo BlackFire sahaja yang dapat di lihat, itu pun hanya pada jaket², baju² peminat² tegar Black Metal/Thrash Metal sahaja.
Info: Pada tahun 2005 terjadi satu isu besar pada ketika itu, apabila isu Black Metal telah dimainkan secara serius dan diberi liputan negatif yang meluas di dada-dada akhbar dan majalah-majalah utama. Kesannya sedikit demi sedikit pengaruh muzik metal semakin menguncup dan tidak semeriah sebelumnya.
2006 - Kisah Mitos atau Sang Lagenda itu rupa-rupanya benar-benar wujud. Album pertama Black Fire "Lahir dari Api" telah di keluarkan di pasaran. Lagu-lagu di dalam album itu adalah hasil ciptaan Black Fire sendiri dari tahun 1983. Di bantu oleh Jaie Jokkhannaz sebagai penerbit di bawah Nebiula Productions.
2010 - Atas pemintaan penganjur yang berkehendak serta berhajat untuk melihat BlackFire kembali ke pentas. BlackFire telah muncul di Vokill Fest. Memgemparkan dunia muzik dan peminat2 Black Metal/Thrash Metal ketika itu. Ketika itu juga telah di uar-uarkan, bahawa itu adalah konsert BlackFire yang terakhir. Amat mengejutkan terutama sekali peminat-peminat BlackFire yang tidak dapat hadir untuk turut serta pada malam itu untuk menyaksikan Sang Lagenda mereka. BlackFire Kembali lenyap dan menghilang tanpa sebarang jejak, dalam tempoh masa yang agak lama.
- Azmi Bahari - Vokal
- Hadi - Dram
- Rammy - Bass
- Joe Slaughter - Gitar
- Jadam - Gitar
2017 - Tanpa diduga nama BlackFire telah muncul di acara Mamatfest 2018. Sang Lagenda Hidup itu telah kembali di Mamatfest 2018, yang dipimpin oleh "Din Pendita Gila" atas kebenaran Azmi Rambut, untuk menggerakan kembali BlackFire, serta membuat kutipan untuk di serahkan pada Azmi Rambut yang ada masalah kesihatan. Mereka muncul dan dianggotai oleh barisan:
• Din Pendita Gila - Bass
• Subri - gitar
• Hadi - drum
• Zam - vocal
• [Di bantu oleh] Syed - gitar
Tetapi line up ini tak bertahan lama.
2018 - Blackies Black - Kembali dengan line up baharu:
• Din pendita - Gitar/Vocal
• Subri - gitar
• Hadi - drum
• Hakim - bass
Azmi Bahari ( Azmi Rambut ) - Rest in peace 2019. .
Line Up 2019:
• Din Pendita Gila - Gitar/vokal.
• Subri - gitar
• Hakim - bass
• Asri - drum
2020 - BlackFire " South East Asia Tour"
- Bangkok - Philippines - Malaysia - Singapore - Japan
2023 - Black Fire mengeluarkan album kedua mereka "The Enormous Warth" dalam bahasa English, terdapat satu lagu sahaja di dalam Bahasa Melayu "Lahirnya dari api 2" dengan vokalis baharu mereka Lord Eekram, yang mempunyai vokal yang agak luar biasa, menggunakan gaya vokal yang berbeza-beza yang di kawal dengan baik dan jelas, serta gaya penampilannya amat bagus di pentas-pentas. Didalam Album itu juga terdapat sebuah lagu gandingan vokal Eekram dan Sam Cromok.
Ada juga permintaan dari sesetengah peminat di wilayah Nusantara mengharapkan BlackFire mengeluarkan album The Enormous Warth didalam bahasa ibunda bahasa Melayu, untuk pasaran Nusantara.
Kini BlackFire rancak mengadakan persembahan di pentas². Sang Lagenda itu masih hidup di kalangan kita. Hail.! To The Legend.!.
Kini dibarisi oleh
Line up 2023 - kini:
• Din Pendita Gila - Gitar/vokal 2
• Master Subri - Gitar
• Lord Eekram - Vokal
• Asri Speed Fire - Drum
• Hakim Internal - Bass
Bekas Ahli
- Aidy (gitaris pertama)
- Yazid
- Shidi Sil Khannaz
- Din Pendita Gila
- Stone Silent Death
- Dik Wan Kiara
- Zam Samartary
- Rammy [penggerak menghasilkan album pertama BlackFire]
- Core
- Subri ( founder )
Diskografi
- Album Studio
- Lahirnya Dari Api album penuh (2006)
- The Hereafter Live 1988 album live(2007)
- Northern Eruption album kompilasi(2022)-Band BlackFire - lagu Black Fire(Sabbat)
- The Enormous Warth album penuh(2023)
Rujukan
Pautan luar
- Gambar barangan & logo Black Fire
- MALAYANEUM: PERINTIS METAL MALAYSIA - RATOR 1987-1993
- Sil khannaz http://albumretro.blogspot.com/2017/01/discography-sil-khannaz.html
- Temubual BlackFire(Kepala Metal Channel)