Ababil | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | History, Bil |
Berasal dari | Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Genre | Glam rock, rock progresif, heavy metal, slow rock, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1989 2014 - sekarang (reunion) |
Syarikat rakaman | P & C TRC Sdn Bhd |
Laman sesawang | Ababil. |
Ahli | Ajid - vokal Dann - drum Sam - bass Rosli - gitar Azmi - keyboard |
Bekas ahli | Menk - gitar |
Ababil merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an. Mereka menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
Kumpulan ini ditubuhkan di selatan tanah air, iaitu di Johor Bahru pada tahun 1989 sebagai History. Nama Ababil ini adalah cetusan fikiran daripada ikon muzik rock Ramli Sarip. Namun begitu, kumpulan ini menyingkatkan nama mereka kepada Bil sahaja, kerana nama itu diharamkan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan atas sebab nama mereka adalah sandaran kepada burung ababil yang menyerang angkatan tentera bergajah Abrahah seperti mana termaktub di dalam Surah Al-Fiil di dalam al-Quran, dikhuatiri mencetuskan sensitiviti agama. Kelarisan kumpulan ini turut berkurangan susulan polisi tapisan lagu yang ketat oleh RTM pada ketika itu.
Barisan keanggotaan
- Ajid (penyanyi, kemudian menyertai GET)
- Menk (gitar, kemudian digantikan oleh Rosli)
- Rosli (gitar)
- Azmi Mohammad (keyboard)
- Dann (dram, kemudian menyertai Qiara)
Album pertama
Album pertama Ababil dipasarkan pada tahun 1989. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kumpulan ini kerana 9 dari 10 buah lagu dalam album tersebut diharamkan penyiarannya oleh pihak RTM. Selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album yang berjudul Ababil itu adalah:
- Ababil
- Cinta Belum Berakhir (satu-satunya lagu yang diluluskan untuk siaran)
- Mawar Jingga Jenggo
- Halwa Tamak Habola
- Umpama Mimpi Memang Mimpi
- Hidup Topengan Syaiton Nirrajimm
- Warna Cinta 🏳️🌈
- Ringgit Malaysia
- Rindu 100 persen
- Badai Cinta Asrama
Reunion
Pada tahun 2014 anggota-anggota asal Ababil telah mengumumkan projek 'reunion'.