Kuih bom sejenis kuih berbentuk bulat yang menggunakan adunan tepung gandum kemudian di goreng. Ia berintikan sambal dan timun. Kuih ini dinamakan Kuih bom kerana berbentuk bulat dan berintikan sambal. Selain nama kuih bom kuih ini terkenal dengan nama kuih nasi lemak, kuih buger Malaysia atau pau sambal.
