Kuih Muah merupakan siri drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Joon Goh terbitan Cult Film Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Kismah Johar dan Roy Azman. Siri drama ini akan memulakan tayangan perdana di Tonton pada 11 April hingga 2 Mei 2024. Drama ini kini ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2025.
Kuih Muah | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Nadia Khan |
Pengarah | Joon Goh |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Karya" - Kaka Azraff & Daniesh Suffian |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Joon Goh |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Cult Film Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Mediacorp Suria 22 Februari 2025 — 16 Mac 2025 |
Siaran asal | 11 April 2024 – 2 Mei 2024 |
Sinopsis
Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.
Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa.
Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih.
Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster. Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam.
Pelakon
Pelakon utama
- Shukri Yahaya sebagai Adam
- Ezzanie Jasny sebagai Shahida
- Raden Zaharatul sebagai Ruhana
- Muaz Zabir sebagai Kyle
- Kismah Johar sebagai Nenek
- Roy Azman sebagai Kamil
- Aida Khalida sebagai Kamila
Pelakon pembantu
- Megat Sharizal sebagai Boss Adam
- Allahyarham Jaafar Onn sebagai Wedding Planner
- Bohari Ibrahim sebagai Pakcik Rustam
- Satthiya sebagai Raju
- Mohamad Singh sebagai Landlord
Siaran antarabangsa
Negara | Rangkaian TV | Tarikh tayangan |
---|---|---|
![]() |
MediaCorp Suria | Februari 2025 |