Kubu Akershus (Bahasa Denmark: Akershus Festning) telah dibina untuk mempertahankan Oslo, ibu kota Norway. Pada ketika itu terdapat dua kubu yang penting di Norway, Tønsberg dan Båhus. Akershus dibina untuk menggantikan Tønsberg oleh Raja Håkon V pada lewat 1290an selepas kejadian serangan orang besar Norway Count Alv Erlingsson dari Sarpsborg ke atas Oslo.
Pertama kali Akershus digunakan untuk bertahan apabila ia diserang oleh orang besar Sweden duke Erik dari Södermanland pada tahun 1308, yang pada tahun yang sama berjaya memenangi takhta Sweden. Kedudukannya yang berhampiran dengan laut adalah ciri yang utama kerana kekuatan tentera laut adalah amat penting disebabkan kebanyakan perdagangan Norway pada ketika itu adalah melalui laut. Dari segi strategi kubu ini adalah sangat penting bagi ibu kota dan dengan itu penting bagi Norway juga. Sesiapa yang menakluk Akershus dia juga memerintah Norway.
Kubu ini telah berjaya bertahan dari banyak serangan terutamanya dari tentera-tentera Sweden. Pada awal abad ke 17, kubu ini mendapat rupa istana setelah dimodenkan dan diubahsuaikan semasa pemerintahan Raja Christian IV.
Kubu ini tidak pernah berjaya ditakluk oleh musuh luar dalam serangan. Pada tahun 1940 Kerajaan Norway telah menyerah tanpa lawan kepada Nazi Jerman apabila ia keluar dari ibu kota apabila Norway dan Denmark diserang oleh Jerman (lihat Operasi Weserübung). Semasa Perang Dunia II beberapa orang telah menjalani hukuman bunuh di kubu ini oleh tentera Jerman. Selepas perang 8 orang Norway telah dibicarakan dan menjalani hukum bunuh atas kesalahan perang di kubu ini. Diantara mereka ialah Vidkun Quisling.
Bahagian perisik tentera Norway masih mempunyai pusat di Kubu Akershus. Walaupun Kubu Akershus adalah masih kawasan tentera tetapi ia dibuka untuk orang awam setiap hari sehingga jam 9 malam. Selain dari kubu, Muzium Tentera Norway dan Muzium Rintangan Norway boleh juga dilawati.
Beberapa kerabat diraja telah dikebumikan di Makam DiRaja di kubu ini termasuk: