Komposisi: | Zarah asas |
Kumpulan: | Kuark |
Generasi: | Ketiga |
Interaksi: | Daya nukleus kuat, Daya nukleus lemah, elektromagnet, graviti |
Antizarah: | Antikuark bawah (b) |
Pengasas teori: | Makoto Kobayashi dan Toshihide Maskawa (1973)[1] |
Ditemui: | Leon M. Lederman dll. (1977)[2] |
Simbol: | b |
Jisim: | +0.04 −0.03 GeV/c2 4.18[3] |
Mereput menjadi: | Kuark pesona, atau kuark naik |
Cas elektrik: | −13 e |
Cas warna: | Ya |
Spin: | 12 |
Isospin lemah: | Kiri: −12, Kanan: 0 |
Hipercas lemah: | Kiri: 13, Kanan: −23 |
Model Piawai fizik zarah |
---|
Kuark bawah, ditandai b, perisa kuark yang berada dalam generasi ketiga bersama kuark atas. Kuark bawah bercas elektrik -1/3 e, dan seperti kuark-kuark lain, mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.
Nombor kuantum bawah dikaitkan dengan kuark ini (kuark b punyai bawah B = -1). Kuark ini mereput kepada kuark-kuark lebih ringan, kadang-kadang juga bersama lepton, menerusi salingtindak lemah. Bawah hanya diabadikan dalam salingtindak kuat dan keelektromagnetan (dan graviti).
Antizarah bagi kuark bawah ialah antikuark dengan perisa antibawah, bercas elektrik +1/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).
Kuark bawah ditemui menerusi penemuan zarah upsilon, yang merupakan meson bawah-antibawah, oleh pakatan eksperimen yang dipimpini Leon Lederman di Fermilab, Amerika Syarikat, dalam tahun 1977. Sebelum itu, Makoto Kobayashi dan Toshihide Maskawa telah mencadangkan enam perisa kuark (berbanding tiga atau empat yang diketahui sebelum itu) untuk dapat menerangkan canggahan CP secara semulajadi.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKM
- ^ "Discoveries at Fermilab – Discovery of the Bottom Quark" (Siaran akhbar). Fermilab. 7 August 1977. Dicapai pada 2009-07-24.
- ^ M. Tanabashi et al. (Particle Data Group) (2018). "Review of Particle Physics". Physical Review D. 98 (3): 030001. Bibcode:2018PhRvD..98c0001T. doi:10.1103/PhysRevD.98.030001.
- ^ J. Beringer (Particle Data Group); dll. (2012). "PDGLive Particle Summary 'Quarks (u, d, s, c, b, t, b', t', Free)'" (PDF). Particle Data Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 May 2013. Dicapai pada 2012-12-18.