"Ku Ada Kamu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Adira | ||||
daripada album 'AF8 Hits' | ||||
Dilancarkan | 22 Mei 2010 | |||
Dirakamkan | 2010 | |||
Format | single promo, Airplay | |||
Genre | balada | |||
Panjang | 3:48 | |||
Syarikat | Astro Entertainment | |||
Penulis | Edry Abdul Halim | |||
Penerbit | Edry Abdul Halim | |||
Kronologi single Adira | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Ku Ada Kamu" pertama kali dinyanyikan oleh Adira di konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 dengan persembahan yang sangat menakjubkan. Rakaman studio lagu ini telah dirakam sejak Siti Adira Suhaimi masih berada dalam akademi fantasia 8 lagi. Sejurus akademi fantasia musim 8 berakhir, Astro Entertainment (AESB) dengan kerjasama KRU Studio telah melancarkan album AF8 Hits pada 26 Mei 2010 yang mengandungi lagu Ku Ada Kamu dan lagu2 lain bintang AF8.
Cetusan Idea
Menurut komposer lagu ini, iaitu Edry Abdul Halim pada peringkat awal memilih single baru untuk peserta AF8, beliau berbincang dengan Astro dalam menentukan genre lagu sesuai untuk bintang-bintang AF8. Seperti Adira, dia sesuai dengan konsep diva pop seperti mana penyanyi antarabangsa, Whitney Houston, Mariah Carey dan Diana Ross. [1] "Masa saya nak berikan lagu ini untuk Adira pun, saya telah bayangkan Adira sesuai dengan konsep lagu-lagu diva.Penyanyi Malaysia yang mempunyai konsep lagu seperti Adira ialah Adibah Noor dan Jaclyn Victor," jelas Edry Abdul Halim. [2]
Am
Lagu ini bertemakan motivasi. Tentang seseorang sama ada kekasih, ibu bapa, rakan, guru, adik-beradik yang sentiasa memberi kebahagiaan, membimbing dikala kita memerlukan bimbingan, menghiburkan ketika kita dalam kesedihan, memberi semangat untuk bangun semula ketika kita sedang jatuh, menghadapi susah dan senang bersama-sama, sehingga rasa gemuruh dan takut terkikis dengan dorongan cinta seseorang itu. Ia merujuk tentang cinta yang umum.
Anugerah
Pada Disember 2010, lagu ini layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 2010 bersama-sama 13 lagu yang lain.
Kedudukan carta
Carta (2010) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Era | 5 |
Carta Hot FM 30 | 1 |
Carta Muzik FM | 2 |
Carta Suria FM | 1 |
Carta Muzik Muzik | 1 |
Rujukan
- ^ http://www.hmetro.com.my/articles/INTERAKSI_Biarhasilseniitusendiribersuara/Article/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-22. Dicapai pada 2010-12-14.