Teori kromodinamik kuantum (QCD) ialah teori medan kuantum bagi daya nukleus kuat. Ia berasaskan kumpulan simetri SU(3) warna yang memerihalkan salingtindak di antara kuark, antikuark dan gluon. Multiplet asas ialah triplet 'warna', biru, merah, hijau, yang mewakili tiga warna kuark, sementara perwakilan iaitu antitriplet mewakili tiga antiwarna antikuark.
Boson tolok pengantara ialah gluon, yang juga membawa warna dan antiwarna, yang merupakan subperwakilan 8 dari 3×3.
Teori medan kuantum
|
Anomali - Fungsi pemetakan - Gambaran keseluruhan QFT - Hasil pemeluwapan - Keadaan vakum - Pemecahan simetri spontan - Pengkuantuman - Penormalan semula - Teori tolok - Teori medan |
Sesetengah model: Model piawai - Elektrodinamik kuantum - Kromodinamik kuantum |
Topik-topik berkait: Mekanik kuantum - Simetri Poincare |