Kota Binjai | |
---|---|
Kawasan tahap II | |
Koordinat: 3°36′00″N 98°29′07″E / 3.6°N 98.4853°E | |
Negara | Indonesia |
Provinsi | Sumatra Utara |
Ibu kota | Binjai Kota |
Jumlah satuan pemerintahan | Senarai
|
Pentadbiran | |
• Bupati | Amir Hamzah |
Keluasan | |
• Jumlah | 90.23 km² km2 ( | Formatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk | |
• Jumlah | 223,535 (April 2,003) |
• Kepadatan | 2,506/km2 (6,490/batu persegi) |
Demografi | |
Zon waktu | [[UTC]] |
Kode telepon | 061 |
DAU | Rp 114.6 milyar (2001) |
Laman sesawang | www.binjai.go.id |
Binjai ialah sebuah kota (dahulu Daerah Tingkat II bertaraf kotamadya) di provinsi Sumatera Utara, Indonesia yang terletak 22 kilometer di sebelah barat Medan, ibu kota provinsi ini. Sejak lama, bandar ini telah digelarkan sebagai "kota rambutan" disebabkan rambutan Binjai terkenal untuk rasanya. Baka rambutan Binjai telah tersebar dan ditanam di berbagai-berbagai tempat di Indonesia, seperti Blitar, dan Jawa Timur menjadi komoditi unggulan daerah tersebut.
Sebelum mencapai status kotamadya, Binjai adalah ibu kota Kabupaten Langkat yang kemudian dipindahkan ke Stabat. Kota ini bersempadan dengan Kabupaten Langkat di sebelah barat serta utara dan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah timur serta selatan. Binjai merupakan salah satu daerah dalam projek pembangunan Mebidang yang meliputi kawasan Medan, Binjai dan Deli Serdang. Pada masa ini, Binjai dan Medan dikaitkan dengan Bandar Aceh melalui lebuh raya Lintas Sumatera dan oleh itu, menyebabkan Binjai terletak di dalam sebuah daerah yang strategik.
Sejarah
Kota Binjai berasal daripada sebuah kampung kecil yang terletak di antara Sungai Mencirim di sebelah timur dan Sungai Bingai di sebelah barat, kira-kira di Kelurahan Pekan Binjai yang sekarang. Pada masa silam, lokasi tempat ini adalah antara dua kerajaan Melayu, iaitu Kesultanan Deli dan Kerajaan Langkat.
Upacara pembukaan kampung tersebut diadakan pada 17 Jun 1872 di bawah sebatang binjai yang amat besar. Di sekitar pokok binjai ini kemudian dibina beberapa rumah dan lama-kelamaan, tempat ini semakin berkembang dan akhirnya menjadi sebuah bandar pelabuhan yang banyak disinggah oleh tongkang-tongkang yang datang dari Stabat, Tanjung Pura, dan juga Selat Melaka.
Kemudian nama pokok binjai itu melekat menjadi nama kota Binjai. Pokok binjai ini ialah sejenis pokok embacang, satu istilah yang berasal daripada bahasa Karo.
Geografi
Kota Binjal terletak di 03°03'40" - 03°40'02" U dan 98°27'03" - 98°39'32" T. Ketinggian puratanya 28 meter di atas permukaan laut. Kota Binjai dibataskan oleh kabupaten-kabupaten seperti berikut:
- Utara: Kabupaten Langkat dan Kabupaten Deli Serdang
- Selatan :Kabupaten Langkat dan Kabupaten Deli Serdang
- Barat: Kabupaten Langkat
- Timur: Kabupaten Deli Serdang
Lima kilometer terakhir Jalan Raya Medan Binjai yang panjangnya 22 kilometer berada di dalam kawasan Kota Binjai, dengan 9 kilometer pertama di kawasan Kota Medan, dan Kilometer 10 - 17 di Kabupaten Deli Serdang. Sebenarnya, Binjai hanya berjarak 8 kilometer dari Medan, jika dihitung dari sempadan di antara kedua-dua wilayah yang dipisahkan oleh Kabupaten Deli Serdang.
Terdapat dua batang sungai yang menyebelahkan Kota Binjai, iaitu Sungai Bingai dan Sungai Mencirim yang membekalkan air bersih kepada PDAM Tirta Sari Binjai untuk disalurkan kemudian kepada penduduk-penduduk kota. Namun di pinggiran kota, masih terdapat banyak penduduk yang bergantung kepada air perigi untuk keperluan air mereka.
Demografi
Kota Binjai adalah sebuah kota berbilang kaum yang terdiri daripada suku Jawa, Batak Karo, Tionghoa, dan Melayu. Kemajmukan etnik ini menjadikan Binjai kaya dengan kebudayaan yang berlainan. Jumlah penduduknya pada April 2003 ialah 223,535 orang, dengan 47,927 buah rumah tangga dan kepadatan penduduk sebanyak 2,506 orang setiap kilometer persegi. Bilangan tenaga kerja berdaya produktif sekitar 160,000 orang. Banyak juga penduduk Binjai yang bekerja di Medan disebabkan jarak yang agak dekat.
Agama-agama yang diamalkan di Binjai termasuk:
- Islam: dipeluk oleh kebanyakan kaum Jawa dan Melayu, dengan masjid terbesar terletak di Jalan Kapten Machmud Ismail.
- Kristian: dipeluk sebahagian besar oleh kaum Batak, Karo, dan sebagian kaum India.
- Buddhisme: dipeluk oleh kebanyakan kaum Tionghoa yang tinggal di Binjai Kota, Binjai Barat dan Binjai Utara.
- Hinduisme: dipeluk terutamanya oleh kaum India dan sebagian kecil orang Bali, salah satu kuil terkenal terletak di Jalan Ahmad Yani.
- Sikhisme : dipeluk oleh sebagian kaum India, dengan sebuah gurdwara sebagai tempat ibadah yang berada di Jalan T. Amir Hamzah.
Pemerintahan
Kota Binjai terbahagi kepada lima buah kecamatan yang dibahagikan lagi menjadi 37 buah kelurahan dan desa. Kelima-lima buah kecamatan tersebut ialah:
Kecamatan Binjai Kota, Binjai Timur, dan Binjai Selatan baru dibentuk pada tahun 1981.
Walikota Binjai terkini ialah H.M. Ali Umri yang melanjutkan jawatannya setelah dipilih semula dalam pilihan raya Kepala Daerah Langsung pada 27 Jun 2005 untuk tempoh 2005 hingga 2010. Pejabat Walikota terletak di Balai Kota yang beralamat di Jalan Jenderal Sudirman No. 6, Binjai.
Kota Binjai dahulu merupakan ibu pejabat Polis Langkat yang menguruskan kawasan Kota Binjai dan Kabupaten Langkat. Pada tahun 2001, ibu pejabat Langkat ditempatkan semula di Stabat, ibu kota Kabupaten Langkat, dan pejabatnya diambil alih oleh Kota Binjai untuk dijadikan ibu pejabat Kota Binjai (Polresta Binjai).
Tepat di hadapan Pejabat Walikota terletak Lapangan Merdeka dan Pendopo Umar Baki di Jalan Veteran. Lapangan Merdeka merupakan dataran kota sedangkan Pendopo Umar Baki merupakan dewan serba guna untuk mengadakan majlis-majlis, baik rasmi mahupun tidak.
Ekonomi
Kegiatan-kegiatan ekonomi Kota Binjai berbeza-beza dan secara amnya, terdapat setakat pengkhususan seperti berikut:
- Kecamatan Binjai Kota: pusat perdagangan, serta pusat pentadbiran;
- Daerah Binjai Utara: kawasan perindustrian;
- Daerah Binjai Barat: kawasan penternakan;
- Daerah Binjai Timur dan Selatan: kawasan pertanian.
Kawasan perindustrian di Kecamatan Binjai Utara terletak di Kelurahan Cengkeh Turi dengan keluasan kawasan sebanyak 300 hektar. Kecamatan Binjai Utara juga adalah pengeluar minyak petroleum dan gas asli, dengan penjelajahan dijalani di kawasan Tandam Hilir.
29% daripada kegiatan ekonomi di Kotamadya Binjai berasal daripada sektor perdagangan dan perkhidmatan, dengan sektor perindustrian merupakan 23% pada tahun 1999. Pendapatan per kapita bagi penduduk Binjai sebanyak Rp. 3.3 juta adalah kurang daripada angka purata untuk provinsi Sumatra Utara sebanyak Rp. 4.9 juta.
Bidang perkebunan tentu sahaja menjadi perhatian, dengan kawasan perkebunan rambutan mencapai 425 hektar dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2,400 tan per tahun. Sayangnya, kapasiti sebesar ini tidak diiringi oleh pemodenan industri rambutan untuk mencapai nilai ditambah — misalnya, industri pengetinan rambutan dengan saluran pemasaran yang lengkap — berbanding dengan hanya menjual buah rambutan sahaja.
Pusat membeli-belah tradisional di Binjai melayani para penjual dan pembeli dari kedua-dua Binjai dan Kabupaten Langkat. Pasar-pasar tradisional ini termasuk:
- Pasar Tavip di Binjai Kota merupakan pasar tradisional yang terbesar di Binjai
- Pasar Kebun Lada di Binjai Utara
- Pasar Brahrang di Binjai Barat
- Pasar Rambung di Binjai Selatan.
Selain itu, juga terdapat kompleks-kompleks membeli-belah moden seperti:
- Kompleks membeli-belah Suzuya
- Kompleks membeli-belah Ramayana
- Gedung serbaneka Ramayana
- Pasar Mini Tahiti
Pusat membeli-belah yang lebih kecil terpusat di rumah-rumah kedai di sepanjang Jalan Jenderal Sudirman. Kedai-kedai di Jalan Ahmad Yani (d/h Jalan Bangkatan) merupakan pusat makan pada waktu malam.
Pendidikan
Terdapat sebanyak 78,000 orang penduduk umur persekolahan di Kota Binjai. Jumlah sekolah kerajaan sebanyak 241 buah yang terdaftar di bawah Pemerintah Dati II Binjai adalah seperti berikut:
Daripada jumlah 241 buah sekolah ini, 85 buah sekolah terletak di Binjai Utara.
Pengangkutan
Ragam pengangkutan di dalam kota Binjai terdiri terutamanya daripada beca mesin roda tiga yang unik, serta pengangkutan awam yang dipanggil sudako.
Untuk pengangkutan ke luar kota, selain daripada pengangkutan jalan raya, terdapat juga kereta api yang menghubungkan Binjai dengan Medan dan Kwala di Kabupaten Langkat. Lokasi Binjai juga tidak jauh dari lapangan terbang yang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Polonia di Medan. Selain itu, pelabuhan terdekat juga akan dihubungkan dengan jalan raya apabila projek Jalan Tol Medan-Binjai disiapkan beberapa tahun lagi.
Lain-lain
Salah satu ikon Kota Binjai adalah Tugu Perjuangan 1945 yang menjadi lambang pintu gerbang untuk menyambut kedatangan pelawat-pelawat dari luar kota. Selain itu, Binjai pada satu ketika juga mempunyai tugu air di Jalan Jenderal Sudirman yang merupakan peninggalan zaman Belanda yang digunakan untuk menyalurkan air bersih ke rumah-rumah di dalam kota. Namun beberapa tahun lalu, peninggalan bersejarah ini telah digantikan dengan rumah-rumah kedai.
Binjai juga merupakan salah satu tempat singgah bagi para pelancong yang ingin menuju ke tempat peranginan Bukit Lawang di kawasan Taman Negara Gunung Leuser. Bukit Lawang yang merupakan daerah pemuliharaan Mawas Sumatera (Orang utan merah), terletak di Kabupaten Langkat yang berjarak 68 kilometer di barat laut Binjai.
Binjai pernah beberapa kali menjadi tumpuan negara disebabkan beberapa peristiwa, antaranya peristiwa pemberontakan anggota Tentera Nasional Indonesia dengan pihak polis yang mengakibatkan pengorbanan banyak anggota daripada kedua-dua pihak, serta orang-orang awam pada akhir tahun 2002. Kedua-dua pihak yang bersengketa ialah:
- pihak tentera: unit infantri Lintas Udara 100/Perajurit Setia (Linud 100/PS) dari Komando Daerah II/Bukit Barisan; dan
- pihak polis: unit elit Briged Bergerak (Brimob) dari Polis Daerah Sumatera Utara.
Hospital
Terdapat tiga buah hospital kecil yang melayani keperluan kesihatan penduduk-penduduk Binjai, iaitu:
- Rumah Sakit Komando Korem 023 Binjai
- Rumah Sakit Awam Binjai (Dr. Djoelham)
- Rumah Sakit PTP IX
- RSUD Latersia
Perkuburan awam
Perkuburan di Binjai termasuk:
- Perkuburan Brahrang, Binjai Barat
- Perkuburan Rambung, Binjai Selatan
Selain itu juga terdapat Taman Makam Pahlawan Binjai yang terletak di Jalan Pahlawan, Kelurahan Pahlawan, Kecamatan Binjai Kota.
Tokoh-tokoh dari Binjai
- MS Kaban, Menteri Kehutanan Republik Indonesia dalam Kabinet Indonesia Bersatu
- Rizaldi Siagian, ahli muzik
- H.M. Ali Umri SH MKn, Ketua Parti Golkar Sumatera Utara
Lihat juga
Pautan luar
- Laman web Kerajaan Kota Binjai Diarkibkan 2013-03-08 di Wayback Machine
Kecamatan: Binjai Barat | Binjai Kota | Binjai Selatan | Binjai Timur | Binjai Utara |