Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1 | |
---|---|
imej mikroskop elektron bagi SARS virion | |
Pengelasan virus | |
Spesies: | |
Strain: | Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
|
Sinonim | |
|
SARS-CoV atau SARSr-CoV (Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk) ialah virus yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).[2] Pada 16 April 2003, setelah SARS merebak di Asia dan kes kedua di tempat lainnya di serata dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa koronavirus yang dikenalpasti oleh beberapa makmal, ialah sebagai penyebab rasmi SARS. Sampel virus tersebut disimpan di makmal Bandar Raya New York, San Francisco, Manila, Hong Kong, dan Toronto
Pada 12 April 2003, ahli sains yang bekerja di Pusat Sains Genom Michael Smith di Vancouver selesai memetakan urutan genetik virus korona yang diyakini berkaitan dengan SARS. Pasukan ini diketuai oleh Dr. Marco Marra, berkolaborasi dengan Pusat Kawalan Penyakit dan Makmal Mikrobiologi Kebangsaan British Columbia di Winnipeg, Manitoba, menggunakan sampel dari pesakit yang dijgkiti di Toronto. Peta tersebut, dipuji oleh WHO sebagai langkah maju yang penting dalam memerangi SARS, dibahagikan kepada para ilmuwan di seluruh dunia melalui laman web GSC. Dr. Donald Low dari Hospital Mount Sinai di Toronto menggambarkan penemuan tersebut dibuat dengan "kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya".[3] Sejak itu urutan koronavirus SARS telah disahkan oleh kumpulan bebas yang lain.
Koronavirus SARS ialah salah satu dari beberapa virus yang dikenalpasti oleh WHO sebagai kemungkinan penyebab wabak di masa depan setelah wabak Ebola, sehingga penyelidikan dan pembangunan diperlukan secepat mungkin, sebelum dan selepas wabak terhadap ujian diagnostik, vaksin, dan ubat-ubatan.[4][5]
Rujukan
- ^ "ICTV Taxonomy history: Severe acute respiratory syndrome-related coronavirus" (html). International Committee on Taxonomy of Viruses (ICTV) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 January 2019.
- ^ Thiel V (editor). (2007). Coronaviruses: Molecular and Cellular Biology (ed. 1st). Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-16-5.
- ^ "B.C. lab cracks suspected SARS code". CBCNews, Canada. April 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-26.
- ^ Kieny, Marie-Paule. "After Ebola, a Blueprint Emerges to Jump-Start R&D". Scientific American Blog Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.
- ^ "LIST OF PATHOGENS". World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.
Sumber
- Peiris JS, Lai ST, Poon LL, dll. (April 2003). "Coronavirus as a possible cause of severe acute respiratory syndrome". Lancet. 361 (9366): 1319–25. doi:10.1016/s0140-6736(03)13077-2. PMID 12711465.
- Rota PA, Oberste MS, Monroe SS, dll. (30 May 2003). "Characterization of a Novel Coronavirus Associated with Severe Acute Respiratory Syndrome". Science. 300 (5624): 1394–9. Bibcode:2003Sci...300.1394R. doi:10.1126/science.1085952. PMID 12730500.
- Marco A. Marra; dll. (30 May 2003). "The Genome Sequence of the SARS-Associated coronavirus". Science. 300 (5624): 1399–1404. Bibcode:2003Sci...300.1399M. doi:10.1126/science.1085953. PMID 12730501.
- Snijder EJ, dll. (29 August 2003). "Unique and conserved features of genome and proteome of SARS-coronavirus, an early split-off from the coronavirus group 2 lineage". J Mol Biol. 331 (5): 991–1004. CiteSeerX 10.1.1.319.7007. doi:10.1016/S0022-2836(03)00865-9. PMID 12927536.
- Yount B, dll. (15 August 2006). "Rewiring the severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS-CoV) transcription circuit: engineering a recombination-resistant genome". Proc Natl Acad Sci U S A. 103 (33): 12546–51. Bibcode:2006PNAS..10312546Y. doi:10.1073/pnas.0605438103. PMC 1531645. PMID 16891412.
- Thiel V, penyunting (2007). Coronaviruses: Molecular and Cellular Biology (ed. 1st). Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-16-5.
- Enjuanes L, dll. (2008). "Coronavirus Replication and Interaction with Host". Animal Viruses: Molecular Biology. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-22-6.
Pautan luar
- WHO press release identifying and naming the SARS virus
- The SARS virus genetic map Diarkibkan 2006-08-18 di Wayback Machine
- Science special on the SARS virus (free content: no registration required)
- McGill University SARS Resources di Wayback Machine (diarkibkan Mac 1, 2005)
- U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) SARS home
- World Health Organization on alert