![]() | Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (Jun 2018) |
Tenuis | |
---|---|
◌˭ | |
Pengekodan | |
Entiti (perpuluhan) | ˭ |
Unikod (heks) | U+02ED |
Dalam linguistik, konsonan tenuis[2] atau konsonan halus ialah obstruen yang tidak bersuara, tidak berhembus dan tidak berglotis.
Dalam kata lain, ia mempunyai pembunyian "biasa" seperti [p, t, ts, tʃ, k] dengan masa onset suara hampir sifar (konsonan VOT sifar), seperti bunyi p, t, ch, k dalam Sepanyol atau p, t, k selepas s dalam Inggeris (spy, sty, sky).
Bagi kebanyakan bahasa, perbezaan ini hanya relevan untuk hentian dan afrikat. Walau bagaimanapun, beberapa bahasa mempunyai analog-analog untuk konsonan geseran. Sebagai contoh, bahasa Mazahua mempunyai geseran ejektif, berhembus dan bersuara /sʼ sʰ z/ bersama dengan tenuis /s/, selari dengan hentian /ɗ tʼ tʰ d/ bersama dengan tenuis /t/.
Banyak bahasa klik mempunyai konsonan klik tenuis di samping konsonan-konsonan bersuara, berhembus dan berglotis.
Transkripsi
[sunting | sunting sumber]Dalam transkripsi, konsonan tenuis biasanya tidak ditandakan secara eksplisit, dan konsonan yang ditulis dengan huruf AFA tidak bersuara seperti ⟨p, t, ts, tʃ, k⟩ biasanya dianggap tidak berhembus dan tidak berglotis melainkan dinyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, hembusan sering tidak ditranskripsikan jika tiada kontras perlu dibuat, seperti dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, terdapat diakritik eksplisit untuk ketiadaan hembusan dalam AFA lanjutan, tanda sama dengan superskrip: ⟨p˭, t˭, ts˭, tʃ˭, k˭⟩. Ia kadang-kadang ternampak dalam huraian-huraian fonetik sesetengah bahasa.[3] Terdapat juga bahasa, seperti bahasa Ryukyu Utara, yang bunyi tidak bertanda secara fonologinya adalah berhembus, dan konsonan tenuis ditandakan dan ditranskripsikan secara eksplisit.
Dalam Unicode, simbol ini dikodkan pada U+02ED ˭ MODIFIER LETTER UNASPIRATED (HTML ˭
).
Satu konvensi AFA awal ialah menulis hentian tenuis sebagai ⟨pᵇ, tᵈ, kᶢ⟩ dsb. jika huruf biasa ⟨p, t, k⟩ digunakan untuk konsonan berhembus (seperti dalam bahasa Inggeris): [ˈpaɪ] 'pie' berbanding [ˈspᵇaɪ] 'spy'.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Istilah tenuis berasal daripada terjemahan Latin bagi tatabahasa Yunani Purba, yang membezakan tiga siri konsonan: konsonan bersuara β δ γ /b d ɡ/, berhembus φ θ χ /pʰ tʰ kʰ/, dan tenuis π τ κ /p˭ t˭ k˭/. Siri-siri analog terdapat dalam banyak bahasa lain. Istilah ini banyak digunakan dalam filologi abad ke-19 tetapi menjadi tidak lazim pada abad ke-20.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Bussmann, 1996. Routledge Dictionary of Language and Linguistics
- R.L. Trask, 1996. A Dictionary of Phonetics and Phonology.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "tenuis". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
- ^ Yang terakhir untuk membezakan dengan 'tenuous'. Bentuk jamak: tenues, /ˈtɛn.juːiːz/ atau /ˈtɛnuːiːz/.[1]
- ^ Collins, Beverley; Mees, Inger Margrethe (1984). The Sounds of English and Dutch (dalam bahasa Inggeris). Brill Archive. m/s. 281. ISBN 978-90-04-07456-9.