Konsert M. Nasir... Kembara | |
---|---|
Konsert jelajah oleh M. Nasir | |
Lokasi |
|
Album berkaitan | |
Tarikh mula | 24 Mei 2015[a] |
Tarikh tamat | 7 November 2015 |
Jumlah persembahan | 4 |
Artis jemputan | |
Kronologi konsert M. Nasir |
Konsert M. Nasir... Kembara ialah konsert jelajah oleh M. Nasir. Diadakan dari 23 Mei sehingga 7 November 2015 di empat lokasi berbeza di Malaysia, konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan M. Nasir kepada peminat-peminatnya sepanjang menceburi bidang muzik selama hampir 4 dekad.[3] Senarai lagu yang dipersembahkan termasuk lagu-lagu popular beliau dari album-albumya serta lagu-lagunya dari kumpulan Kembara.[4][5][6]
Konsert
M. Nasir mengumumkan konsert jelajahnya dalam satu sidang media yang diadakan pada 7 Mei 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, Damansara,[7] yang mana ia diadakan bagi menghargai peminat di luar Kuala Lumpur sempena 40 tahun penglibatannya dalam bidang seni.[3] Konsert jelajah M. Nasir... Kembara mewakili Zon Timur, Selatan, Utara dan Sentral di empat lokasi berbeza dengan penajaan daripada Celcom dan Perodua. Konsert pertama bermula pada 24 Mei di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Konsert jelajah kedua kemudian diadakan Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor pada 13 Jun; diikuti oleh Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada 5 September dan konsert terakhir berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November.[8][9] Spider, Fynn Jamal dan Pitahati tampil sebagai penyanyi jemputan untuk siri jelajah.[3] Ia turut dihadiri oleh penyair tempatan, Marsli No yang mendeklamasikan sajak bertajuk Kembara diikuti oleh persembahan silat.[10] Konsert ini menandakan kali pertama M. Nasir mengadakan konsert jelajah sepanjang kerjaya solo beliau.[11]
Ulasan kritis
Konsert M. Nasir... Kembara menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Mohd Khairul Mohd Ali dari Utusan Malaysia memuji konsert jelajah M. Nasir secara keseluruhan, berpendapat bahawa "bukan sahaja aspek nyanyian, tetapi persembahan tarian, penguasaan pentas, interaksi dengan penonton serta gaya tersendiri membuatkan dia terus kekal mengungguli industri nyanyian tempatan sehingga kini" dan turut berpendapat konsert ini mematarbatkan lagi kedudukan dan pencapaian M. Nasir dalam bidang muzik.[11] Tengku Khalidah Tengku Bidin, juga dari akhbar sama menyifatkan M. Nasir "seniman tak lapuk dek hujan" dan berkata: "Sesuai dengan gelaran ‘sifu’ yang dimiliki, kelebihan M. Nasir tidak sekadar menyanyi, ada masanya dia cukup menceriakan suasana dengan lawak bersahaja. Mungkin yakin dengan kehebatan sistem bunyi di konsert itu juga, M. Nasir sempat berlaku jujur dengan memberitahu ada bahagian lagu yang dia tidak mampu nyanyikan kerana terlupa lirik. Nampak seperti tidak patut berlaku di sebuah konsert besar seperti itu...".[12] Dalam ulasannya mengenai konsert ini, Arina Azlan dari Kosmo! pula berpendapat konsert ini menjadi bukti M. Nasir "masih berbisa walau sudah 40 tahun merajai muzik tempatan".[13]
Susunan lagu
- "Rajawali Terbang Tinggi"
- "Apokalips"
- "Bonda"
- "Tanya Sama Itu Hud Hud"
- "Raikan Cinta"
- "Hati Emas"
- "Gerhana"
- "Mentera Semerah Padi"
- "Ada"
- "Bunga Bakawali"
- "Sentuhan Listrikmu"
- "Mustika"
- "Sahabat Gua"
- "Keroncong Buat Ana"
- "Kepadamu Kekasih"
- "Phoenix Bangkit Dari Abu"
- "Andalusia"
- "Bila Rumi Menari"
- "Duit"
- "Sang Pencinta"
- "Juwita... (Citra Terindah)"
- "Hijab Kekasih"
- "Malam"
- "Langgam Pak Dogo"
Tarikh jelajah
Tarikh | Bandar | Negara | Tempat |
---|---|---|---|
Asia[4] | |||
24 Mei 2015 | Kuantan, Pahang | Malaysia | Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota |
13 Jun 2015 | Pasir Gudang, Johor | Stadium Tertutup Pasir Gudang | |
5 September 2015 | Kepala Batas, Pulau Pinang | Dewan Milenium Kepala Batas | |
7 November 2015 | Shah Alam, Selangor | Stadium Malawati |
Tetamu jemputan
Tarikh | Tetamu |
---|---|
24 Mei–7 November 2015 | Spider, Fynn Jamal, Pitahati[4] |
Catatan
Rujukan
- ^ Nazghoul (11 Mei 2015). "Konsert M. Nasir... Kembara ditunda pada 24 Mei". meportal.net. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Amira Amaly Syafaat (31 Mei 2015). "Siapa kata saya eksklusif? - M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2015. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ a b c Muhammad Adnan (8 Mei 2015). "Penyanyi M. Nasir jelajah 4 negeri sempena 40 tahun jadi artis". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2015. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ a b c Zaidi Mohamad (7 Mei 2015). "M. Nasir bakal gegar empat konsert solo". Berita Harian. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ "Konsert 'Kembara' dedah perjalanan seni M. Nasir". Berita Harian Singapura. 15 Oktober 2015. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ Rudy Syareme Sheriffudin (16 September 2015). "Aura berbisa M. Nasir". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (17 Mei 2015). "M. Nasir kembara lagi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2015. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Rudy Syareme Sheriffudin (29 Ogos 2015). "M. Nasir kembara lagi". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (8 November 2015). "Konsert Kembara M. Nasir labuh tirai di Shah Alam". Berita Harian. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Ainal Marhaton Abd Ghani (27 Mei 2015). "Simbahan cat gimik sifu". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ a b Mohd Khairul Mohd Ali (17 Jun 2015). "Sifu kekal berbisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2015. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (11 November 2015). "Seniman tak lapuk dek hujan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2015. Dicapai pada 8 Mei 2018.
- ^ Arina Azlan (11 November 2015). "Pesta kembara M. Nasir". Kosmo!. Dicapai pada 8 Mei 2018.