Rencana ini mungkin memenuhi kriteria untuk penghapusan segera Wikipedia kerana Test page. Untuk kriteria yang sah, lihat KPS.
Jika rencana ini tidak memenuhi kriteria untuk penghapusan segera, atau jika anda bertujuan untuk membetulkannya, sila padamkan pesanan ini, tetapi jangan memadam pesanan ini daripada laman yang anda cipta sendiri. Jika anda mencipta laman ini dan tidak bersetuju dengan sebab yang diberikan untuk penghapusan ini, anda boleh klik butang di bawah dan meninggalkan sebuah pesanan untuk menjelaskan sebab anda percayai bahawa rencana ini tidak patut dihapuskan. Anda boleh semak di sini nanti untuk lihat jika anda sudah mendapat balasan untuk pesanan anda. Sila ambil perhatian bahawa jika sudah diteg dengan pesanan ini, rencana boleh dihapuskan pada bila-bila masa jika ia, tanpa soal, memenuhi kriteria penghapusan segera, atau penjelasan ditambah di bawah notis ini didapati tidak mencukupi. Penyelia: semak pautan, sejarah (terakhir), dan log sebelum penghapusan. Pertimbangkanlah pencarian Google: web, berita.
|
Komponen elektronik adalah suatu bahan atau peralatan yang direka bagi mengubah medan atau aliran elektron.
Komponen-komponen asas elektronik ini disambungkan dengan satu sama lain diatas papan litar bercetak dengan susunan tertentu dan membentuk litar elektronik yang boleh menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
Komponen elektronik adalah asas kepada penciptaan barangan elektronik yang lebih besar seperti televisyen, radio, telefon pintar, satelit, penyaman udara, kereta elektrik dan lain-lain.
Terdapat banyak jenis komponen asas elektronik. Komponen-komponen elektronik tersebut adalah seperti berikut:-
Jenis Binaan
Terdapat dua pilihan binaan komponen iaitu through-hole atau surface-mount. Komponen through-hole dipasang pada papan litar dengan mencucuk pin komponen ke dalam lubang yang telah ditebuk. Pin komponen ini akan dipateri dari sebelah bawah dengan menggunakan timah.
Manakala komponen surface-mount pula dipasang pada permukaan litar tanpa perlu menebuk lubang pada permukaan litar.
Pada awal penciptaan litar, semua litar menggunakan komponen through-hole dan kebanyakan litar hanya menggunakan sebelah permukaan sahaja. Tetapi, selepas 1980-an, kebanyakan litar telah beralih kepada teknologi surface-mount.
Kelebihan komponen surface-mount adalah kedua-dua belah papan litar boleh digunakan untuk meletakkan komponen. Ini membolehkan lebih banyak komponen dipasang tanpa menggunakan banyak ruang. Ini membolehkan litar menjadi lebih padat dan kecil. Komponen surface-mount juga lebih mudah dikendalikan oleh mesin. Ini akan mengurangkan kos buruh dan meningkatkan produksi jika jumlah litar dalam jumlah yang banyak.
Akan tetapi, penggunaan komponen surface-mount tidak sepenuhnya melenyapkan penggunaan komponen through-hole. Ini kerana, kebanyakan syarikat akan membuat litar secara manual jika ingin menghasilkan litar dalam jumlah yang sedikit. Komponen surface-mount sukar dikendalikan secara manual.
Litar Bersepadu
Terdapat juga sesetengah komponen elektronik dihasilkan dalam bentuk yang telah siap dipasang. Ia dipanggil litar bersepadu.
Litar bersepadu ini mungkin mengandungi lebih dari sebiji komponen asas sehinggalah beberapa ribu biji komponen asas seperti perintang, pemuat, peraruh, transistor dan lain-lain yang telah siap dipasang. Ianya bagi memudahkan perekabentuk melakukan rekaan litar tanpa perlu mula menbina litar dari peringkat asas. Contoh litar bersepadu adalah seperti berikut:-