Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 merupakan satu komplot tergendala untuk meledakkan pesawat-pesawat jet komersil antarabangsa yang berlepas dari United Kingdom ke Amerika Syarikat dengan cecair letupan. Pada 10 Ogos 2006, Polis Metropolitan London mengumumkan bahawa mereka telah menahan orang-orang utama yang disyaki dan komplot itu telah digagalkan [1] semasa "menghampiri fasa pelaksanaan" [2], dengan satu ujian percubaan dijadualkan dalam tempoh dua hari dari hari penangkapan dibuat, menurut pegawai-pegawai perisikan A.S.[3] Langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di semua lapangan terbang United Kingdom dan Amerika Syarikat, termasuk larangan kesemua bagasi tangan yang tidak perlu. Tahap keselamatan juga dipertingkatkan di banyak lapangan terbang di seluruh dunia, dengan sejumlah besar penerbangan ke United Kingdom dibatalkan.
Rancangan ini merupakan ancaman keganasan terhadap United Kingdom dan Amerika Syarikat yang terbesar semenjak peristiwa letupan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001 di Bandaraya New York, Amerika Syarikat.
Rancangan
Paul Stephenson, Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, berkata bahawa komplot ini dipercayai bertujuan untuk memusnahkan sehingga 10 buah kapal terbang semasa dalam penerbangan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat melalui komponen-komponen yang dibawa dalam bagasi tangan penumpang-penumpang. [4] Menurut laporan berita, pesawat-pesawat daripada United Airlines, Continental Airlines, British Airways, dan American Airlines yang bertolak dari Heathrow dan Gatwick ke Bandaraya New York, Washington, D.C., Miami, Los Angeles, dan San Francisco merupakan pesawat-pesawat yang disasarkan. [5] Laporan-laporan kemudian menyatakan bahawa orang-orang yang disyaki itu masih belum membeli sebarang tiket tetapi hanya mempertimbangkan penerbangan-penerbangan itu sebagai sasaran mereka. [1] Gordon Corera, wartawan keselamatan BBC, berkata bahawa komplot ini dipercayai melibatkan satu siri "gelombang" serangan serentak yang menyasarkan tiga buah pesawat setiap kali. [4] Laporan-laporan terhadap bilangan pesawat yang terlibat berbeza-beza antara tiga hingga sepuluh buah. [6] Setiausaha Chertoff dari Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat merujuk kepada "pesawat komersil berbilang" dalam siaran akhbarnya. [7]
Penyiasatan dan penangkapan
Pihak polis menyatakan bahawa mereka telah memerhatikan komplot ini selama beberapa bulan, dan "penyiasatan telah mencapai titik genting pada malam lalu [9 Ogos] ketika keputusan dibuat untuk menggagalkan apa yang [pihak polis] mempercayai telah dirancangkan." [1] Seorang ejen pengintipan British telah menyusupi kumpulan pengkomplot, menurut sumber-sumber kerajaan Amerika Syarikat [8]. 24 orang telah ditangkap, iaitu 22 orang berketurunan Pakistan, seorang berketurunan Iran, dan seorang berketurunan Bangladesh, [9]. Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (DHS) mempercayai bahawa mungkin sehingga 50 orang terlibat. [10] Penangkapan-penangkapan telah dibuat di London, Birmingham, dan kawasan Lembah Thames dalam sebuah operasi semalaman. Salah dua penangkapan itu dibuat di kawasan Birmingham di mana pegawai-pegawai bersenjata tidak terlibat, dan sekurang-kurang satu penangkapan dibuat di High Wycombe.[11] BBC telah melaporkan bahawa orang-orang utama yang disyaki terlibat dalam komplot in dilahirkan di Britain. [4] Nasir Ahmed, seorang ahli Dewan Pertuanan, berkata bahawa beliau diberitahu oleh pihak polis bahawa 21 orang antara mereka yang ditangkap adalah orang Islam British. [12] Sumber-sumber lain yang menyebut Nicolas Sarkozy, mengatakan bahawa kebanyakan mereka adalah warganegara Pakistan Ralat petik: Tag <ref>
tidak ditutup dengan </ref>
Dalam persidangan akhbar, John Reid, Menteri Dalam Negeri (UK), menyatakan bahawa beliau mempercayai orang-orang utama yang disyaki terlibat dalam komplot ini adalah dalam tahanan tetapi tidak mengesampingkan penangkapan-penangkapan tambahan. [13]
Paul Beaver, pakar terorisme UK, telah mengatakan bahawa pada kelihatannya, al-Qaeda mungkin di balik komplot ini yang muncul hanya beberapa minggu selepas kumpulan itu mengugut untuk menyerang penerbangan United Kingdom. [14] Chertoff, Setiausaha DHS Amerika Syarikat menyatakan bahawa komplot itu yang telah "menghampiri fasa pelaksanaan... menandakan sebuah komplot al-Qaeda". [2] Tidaklah jelas daripada siaran-siaran akhbar tentang bila serangan-serangan itu akan dilancarkan.
Bahan letupan cecair
Menurut berbagai-bagai sumber berita, bahan letupan cecair yang bertujuan untuk digunakan [4] dibentuk daripada penggabungan sebilangan komponen yang disimpan dalam bekas-bekas minuman ringan supaya dapat mengelakkan pengesanan oleh peranti-peranti pemeriksaan bagasi yang direka bentuk hanya untuk mengesan bahan-bahan letupan pepejal.
Sebuah laporan mengatakan bahawa bahan-bahan letupan itu adalah bahan letupan cecair/buburan yang serupa dengan bahan-bahan letupan pepejal yang digunakan dalam serangan-serangan London yang lalu (sila lihat peroksida organik). Bahan letupan ini yang berdasarkan peroksida hidrogen diletupkan melalui peranti reka ganti yang mengandungi lampu kilat pakai buang. Laporan yang sama juga mengatakan bahawa sekurang-kurang sebuah video kesyahidan telah dijumpai. [15]
Berita ABC melaporkan komplot yang melibatkan penyembunyian bahan atau bahan-bahan letupan dalam sebuah botol minuman sukan yang terubah suai. Pengkomplot-pengkomplot bertujuan untuk mengekalkan bahagian atas botol itu dalam keadaan yang asal dengan minumannya, tetapi menambahkan satu bahagian bawah yang palsu yang diisikan dengan letupan cecair atau gel. Pengganas-pengganas itu juga bertujuan untuk mewarnakan campuran letupan mereka dengan warna merah untuk memadankannya dengan warna minuman sukan di bahagian atas. [16]
Terdapat banyak jenis letupan berdasarkan cecair atau gel yang berbeza. Berbagai-bagai laporan berita menyebut sejenis bahan letupan yang berdasarkan peroksida. [17] Metil etil keton peroksida ialah salah satu bahan letupan kuat berdasarkan peroksida yang berbentuk cecair berminyak tanpa warna pada suhu dan tekanan bilik. Peroksida ini berkait dengan aseton peroksida yang merupakan satu tunggu sedia lama bagi berbagai-bagai pertubuhan terorisme kerana bahan letupan ini boleh diperbuat daripada barang-barang rumah yang agak biasa. FBI-DHS menyatakan bahawa dua jenis bahan letupan cecair berdasarkan peroksida boleh digunakan — triaseton triperoksida (TATP) atau heksametilena triperoksida diamina (HMTD). Pengganas-penganas boleh memasang bom dengan bahan-bahan kimia ini. Bahan-bahan letupan cecair berdasarkan peroksida adalah "peka terhadap haba, kejutan, serta geseran, dan boleh diletupkan hanya dengan api atau cas elektrik. Ia juga boleh dipergunakan untuk menghasilkan peletup-peletup reka ganti... Umpamanya, TATP atau HMTD boleh dimasukkan ke dalam sebatang tiub atau picagari untuk bersentuhan dengan sebatang filamen mentol yang terdedah, seperti yang terdapat dalam mentol pokok Kristmas, untuk menghasilkan letupan." [2] Diarkibkan 2009-01-14 di Wayback Machine
Menurut sebuah laporan CNN, ramuan-ramuan yang terdapat dalam sejenis minuman sukan British yang tidak dinamakan mungkin boleh merupakan sebahagian daripada campuran letupan [yang digunakan oleh pengkomplot-pengkomplot]. [18]
Tindak balas politik
Komplot ini telah dibincangkan pada tahap-tahap kerajaan yang tertinggi sebelum penangkapan dibuat, dengan Perdana Menteri Tony Blair mengetahui hal ini selama beberapa bulan, dan menyedarkan Presiden George Bush tentang penyiasatan itu pada hari Ahad, 6 Ogos. [19]
Beberapa jam sebelum penangkapan-penangkapan pada 9 Ogos, John Reid, Menteri Dalam Negeri, menyampaikan sebuah ucapan utama kepada Demos, sekumpulan pemikir UK, yang membayang-bayangkan terhadap satu pusingan penggubalan baru undang-undang anti-terorisme dan mendakwa bahawa negara mereka telah menghadapi "tempoh yang mungkin paling kekal terhadap ancaman yang paling teruk sejak keakhiran Perang Dunia II". [20] Pada hari berikut, beliau menyebar berita itu ketika Perdana Menteri ke luar negeri untuk percutian. [21]
Di Amerika Syarikat, pengumuman terhadap komplot yang tergagal itu dibuat semasa persidangan akhbar bersama antara Michael Chertoff, Ketua Jabatan Keselamatan Tanah Air, Alberto Gonzales, Peguam Negara, dan Robert Mueller, Pengarah FBI. Chertoff enggan menjawab soalan-soalan mengenai reka bentuk peranti-peranti atau adakah bom-bom itu sebenarnya telah dibina. [7]
Pada hari yang sama, Presiden George Bush berkata ketika ketibaannya di Wisconsin: "Penangkapan-penangkapan terkini yang warganegara-warganegara kita kini dapat tahu merupakan suatu peringatan sebenar bahawa negara kita adalah dalam peperangan dengan orang-orang Fasis Islam yang akan menggunakan apa jua cara untuk memusnahkan mereka daripada kita yang mencintai kebebasan supaya dapat mencederakan negara kita." [21]
Tindak balas keselamatan
Sebaik sahaja selepas penangkapan-penangkapan pertama, peraturan-peraturan penumpang dipinda untuk penerbangan-penerbangan antara Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk melarang sebarang cecair, termasuk minuman, gel rambut, ubat gigi, lipstik, pelindung cahaya matahari, dan losen tangan, disebabkan kesangsian bahawa kimia-kimia cecair telah dirancangkan untuk kegunaan dalam serangan-serangan. Oleh sebab penumpang-penumpang mungkin akan membeli minuman-minuman selepas melintasi tempat-tempat pemeriksaan lapangan terbang yang biasa, pemeriksaan di pintu-pintu masuk pesawat juga diadakan di banyak lapangan terbang.
United Kingdom
Pusat Analisis Terorisme Bersama Britain menaikkan peringkat amaran terorisme dari 'teruk' ke 'genting' untuk menandakan bahawa satu serangan dipercayai pasti akan meletus, walaupun ini hanya dibuat selepas serbuan. [5] Keselamatan di semua lapangan terbang UK diketatkan pada tahap yang tertinggi, dengan semua bagasi terpaksa disimpan dalam palka pesawat (termasuk buku, akhbar, dan sarung cermin mata). Dalam tempoh singkat, semua bagasi tangan tidak dibenarkan kecuali hanya beberapa barang yang amat perlu, seperti dokumen perjalanan dan dompet. Penumpang-penumpang yang diiringi oleh kanak-kanak kecil dibenarkan membawa makanan bayi tetapi harus merasanya di hadapan kakitangan pesawat. [22]
Reid mendakwa bahawa ini merupakan satu "komplot yang amat penting" dengan tujuan untuk "menghempaskan sebilangan pesawat melalui letupan-letupan semasa penerbangan". Beliau menambah: "Kami sedang berbuat apa-apa saja yang mungkin unutk menggagalkan sebarang kegiatan terorisme lanjut... Ini bermaksud gangguan besar di semua lapangan terbang UK." [1] Kenyataan-kenyataan ini menyusul komen-komen pada hari yang lalu yang dibuat oleh Reid mengenai keperluan untuk mengambil berat tentang ancaman-ancaman terorisme terhadap UK. [23]
Amerika Syarikat
Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat telah melarang semua cecair dan gel di dalam bagasi tangan untuk semua penerbangan, kecuali makanan bayi dan ubat preskripsi atas nama pemegang tiket. [24] Peringkat DHS di Amerika Syarikat dinaikkan kepada 'teruk' (merah) bagi semua penerbangan ke atau dari United Kingdom. Peringkat amaran terorisme bagi semua penerbangan dalam negeri atau penerbangan antarabangsa bukan British di Amerika Syarikat dinaikkan ke peringkat "tinggi" (jingga).
Menurut Tony Snow, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden Bush telah menyedari komplot itu sejak 6 Ogos dan meluluskan kenaikan peringkat amaran pada 9 Ogos. [25] Pada 9 Ogos, iaitu hari sebelum berita komplot disiarkan, Rumah Putih melancarkan sebuah kempen untuk membidas para pembangkang Demokrat sebagai lemah terhadap terorisme. Seorang pegawai kanan Rumah Putih mengatakan bahawa kerajaan British telah menangguhkan serbuan sehingga lama sesudah Cheney mengadakan persidangan panggilan telefon yang amat luar biasa dengan wartawan-wartawan untuk membidas para Demokrat sebagai lemah terhadap terorisme. [26]
Mitt Romney, Gabenor Massachusetts telah menempatkan ahli-ahli Pengawal Negara serta pintu-pintu pemeriksaan sebagai tambahan untuk tempat-tempat pemeriksaan biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston. [27] Peringkat keselamatan yang ditinggikan dianggap "tidak pernah berlaku dahulu". [10] Menurut Setiausaha Akhbar Keselamatan Tanah Air, langkah-langkah keselamatan telah dipertingkatkan supaya mereka dapat lebih tahu tentang keadaan itu, dan untuk mengelakkan sebarang komplot terorisme tambahan. [10] Selain itu, Arnold Schwarzenegger, Gabernor California, juga mengaktifkan pasukan Pengawal Negara di dalam negerinya untuk memperkukuh keselamatan lapangan-lapangan terbang Califoria.[10]
Tindak balas antarabangsa
- Australia - Qantas memulakan pemeriksaan keselamatan yang ketat, mula-mulanya untuk penerbangan-penerbangan ke AS dan UK, tetapi Perdana Menteri John Howard menyebut bahawa ini mungkin akan menjadi pengharaman yang kekal tidak lama lagi. [3]
- Barbados - Kelewatan-kelewatan lalu lintas udara melanda banyak lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams di Barbados. Sebaik sahaja dasar pengetatan keselamatan dimulakan, kelewatan-kelewatan telah menjejaskan banyak pelancong, termasuk percubaan Perdana Menteri Tony Blair untuk memendekkan percutiannya di Caribbean dan kembali ke United Kingdom. Selepas mengikuti perkembangan-perkembangan ancaman keselamatan yang terbaru dari tempat percutiannya, Blair dilaporkan memutuskan untuk terbang kembali ke United Kingdom pada petang 10 Ogos 2006. [4]
- Belanda - Kerajaan Belanda berkata bahawa komplot keganasan UK tidak akan menjejaskan taraf ancaman dalam negara yang masih dikekalkan pada taraf "cukup tinggi" dan "rendah" untuk Schiphol.[28]
- Belgium - Polis Persekutuan Belgium yang menyelaraskan usaha-usaha dengan kerajaan-kerajaan British dan Perancis, mengetatkan keselamatan landasan Eurostar yang mengaitkan London dengan Paris dan Brussel. [29]
- Filipina - Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah mengetatkan keselamatan di lapangan-lapangan terbangnya. Kebanyakan langkah keselamatan kini termasuk pemeriksaan ketat bagi semua kenderaan yang masuk ke lapangan terbang. Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang telah bertemu untuk memuktamadkan jenis barang-barang yang tidak dibenarkan dalam bagasi tangan. [30]. Wakil-wakil NAIA juga menyatakan bahawa semua penerbangan ke AS telah melarang penumpang-penumpangnya membawa barang-barang cecair ke dalam pesawat. [5]
- Finland - Finnair, sistem penerbangan negara Finland membatalkan dua penerbangannya ke Heathrow London pada hari Khamis, tetapi penerbangan-penerbangan yang lain hanya mengalami sedikit kelewatan. Syarikat-syarikat penerbangan lain yang terbang ke dan dari Finland hanya mengalami kelewatan sahaja. Penumpang-penumpang dilarang membawa sebarang barang kecuali dokumen-dokumen peribadi dan dompet dalam penerbangan-penerbangan ke Britain. [31]
- Hong Kong - Pihak berkuasa Lapangan Terbang Chek Lap Kok menasihatkan penumpang-penumpang ke Amerika Syarikat untuk tiba tiga jam lebih awal dari masa penerbangan yang dijadualkan supaya diperlukan menjalani pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat. [6].
- Ireland - Di Republik Ireland, Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan Awam Negara yang menasihatkan Pemerintah Ireland bertemu untuk mengkaji semula keadaan. Martin Cullen, Menteri Pengangkutan Ireland, berkata bahawa tidak terdapat sebarang penambahan risiko keselamatan. [32]
- Jepun - Walaupun keselamatan lapangan terbang tidak diketatkan, hanya Sistem Penerbangan Jepun dan Sistem Penerbangan Se-Nippon memulakan pelarangan barang-barang cecair daripada pesawat-pesawat mereka. [7].
- Kanada - Pengangkutan Kanada, walaupun tidak sedar akan sebarang ancaman khusus terhadap Kanada, juga menghalang semua barang cecair dan gel di dalam bagasi tangan untuk penerbangan-penerbangan yang bertolak, khususnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson dan Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau. Kekecualian dibuat untuk rumusan bayi dan ubat preskripsi yang sah. [33] Selain itu, semua kasut penumpang yang membuat perjalanan ke Amerika Syarikat juga diperiksa. [34]
- New Zealand - Sekatan-sekatan keselamatan tambahan dikenakan pada penumpang-penumpang ke UK dari New Zealand, dan terdapat sesetengah kelewatan penerbangan. Bagaimanapun, tiada sebarang penerbangan yang telah dibatalkan. [35]
- Norway - Kerajaan Norway tidak akan mengubahkan taraf ancaman yang masih dikekalkan pada taraf "rendah". [36]
- Liberia - Kerajaan Liberia membuat kenyataan tentang apa yang telah terjadi: "Saya percaya bahawa penganas-penganas perlu ditangkap dan dihukum, saya menyeru orang-orang di seluruh dunia untuk membantu mencari penganas-penganas itu."
- Pakistan - Kerajaan Pakistan membuat beberapa penangkapan sebagai tindak balas terhadap komplot ini. Tasnim Aslam, jurucakap Kementerian Luar Negeri, berkata: "Penangkapan-penangkapan di United Kingdom menyusuli kerjasama perisikan yang aktif antara Pakistan, United Kingdom dan Amerika Syarikat". Aslam juga menyatakan bahawa "Sebenarnya, Pakistan memainkan peranan yang amat penting dalam pendedahan dan pemecahan rangkaian penganas antarabangsa ini." [37]
- Sweden - Goran Persson, Perdana Menteri berkata kepada Aftonbladet bahawa "terorisme ingin menimbulkan sakit." Persson berkata bahawa beliau belum berhubung dengan Perdana Menteri Blair kerana Blair telah bercuti. Jan Eliasson, [[Menteri Hal-ehwal Luar Negeri (Sweden)|Menteri Hal-ehwal Luar Negeri] memberitahu akhbar Svenska Dagbladet: "Ini menunjukkan bahawa kita harus mengambil berat terhadap terorisme dan bergabung tenaga untuk kerjasama melintasi sempadan. Saya amat menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh Polis British." [8].
- Taiwan - Taipei mengetatkan langkah-langkah keselamatan dalam semua penerbangan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. Semua syarikat penerbangan Taiwan mengharamkan penumpang-penumpang ke UK dan AS untuk membawa "bagasi tangan yang besar ke dalam pesawat. Cecair-cecair seperti gel rambut, losen pelindung cahaya matahari, minyak wangi, syampu, ubat gigi, dan minuman harus didaftar masuk dan tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat". [38]
Sekatan bagasi tangan
United Kingdom
Penumpang-penumpang yang membuat perjalanan dari, ke, [39] dan melalui semua lapangan terbang UK yang lain dihadkan sementara waktu untuk membawa hanya barang-barang yang tersenarai dalam daftar yang amat terhad, dan ini juga harus dibawa dalam beg-beg plastik lut sinar. Tiada sebarang cecair dibenarkan bawa masuk ke dalam kapal terbang. [40][41] Ubat-ubat cecair, seperti untuk diabetes, diharamkan, "kecuali ditentusahkan sebagai tulen." Semua komputer riba, telefon bimbit, Game Boy, pemain audio digit dan alat-alat elektronik yang lain juga diharamkan. [42]
Barang-barang lain yang dibenarkan termasuk:
- Susu bayi atau jus, jika membuat perjalanan dengan bayi (kandungan harus dirasa oleh pengiring dewasa di UK)
- Paspot dan kertas-kertas rasmi yang diperlukan untuk penerbangan
- Dompet kecil (saiz poket) dengan kandungan, tetapi bukan beg tangan
- Kunci, tetapi bukan kunci fob elektronik
- Produk-produk sanitari tanpa kotak untuk bayi dan wanita
- Tisu-tisu tanpa kotak
- Cermin mata tanpa sarung
- Kanta lekap dengan kotak, tetapi larutan tidak dibenarkan.
Sekatan-sekatan ini juga merangkumi barang-barang yang dibeli daripada kedai-kedai tanpa cukai di dalam lapangan terbang.
Amerika Syarikat
Sekatan-sekatan kecemasan yang serupa juga dikenakan pada penumpang-penumpang penerbangan yang membuat perjalanan dalam dan dari Amerika Syarikat. Kini, semua cecair diharamkan, termasuk minuman, gel rambut, ubat gigi, lipstik, pelindung cahaya matahari, dan losen tangan, disebabkan kesangsian bahawa kimia-kimia cecair akan digunakan dalam serangan-serangan. [24] Peranti-peranti eletronik masih tidak dibenarkan dalam penerbangan-penerbangan dalam negeri sehingga diberitahu kelak. [43]
Kesan
Pembatalan penerbangan
Sesetengah penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Heathrow London dibatalkan pada hari penangkapan, khususnya penerbangan-penerbangan dekat British Airways pada hari Khamis. Sebilangan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Gatwick juga dibatalkan, [44], walaupun US Airways meneruskan penerbangan-penerbangannya secara biasa dari Gatwick, menurut talian bantuan syarikat itu.
Telah dianggar bahawa 400,000 penumpang pada keseluruhannya terjejas, dan kerugian sebanyak £175 juta telah dialami oleh syarikat-syarikat penerbangan pada hari pertama disebabkan amaran-amaran kecemasan. Daftar yang tidak lengkap mengenai syarikat-syarikat penerbangan yang melaporkan pembatalan, atau yang dilaporkan membuat pembatalan, adalah seperti berikut:
- Aer Lingus membatalkan 18 penerbangan antara Ireland dan Heathrow sehingga sekurang-kurang 15:00 IST.[45] Syarikat penerbangan ini menyarankan bahawa hanya perjalanan yang sangat perlu dibuat ke UK. Bagaimanapun, syarikat ini memulakan semula penerbangan-penerbangannya antara Ireland dan Heathrow sebelum 16:30 IST. [46]
- John Reber, jurucakap Air Canada berkata bahawa penumpang-penumpang mungkin akan dilewatkan sekurang-kurang sejam jika mereka ingin terbang dari United Kingdom ke Kanada pada hari Khamis. Satu penerbangan dari London ke Toronto tiba tepat pada waktunya pada awal hari Khamis, tetapi hampir sedozen penerbangan yang lain dari London ke Toronto dilewatkan.[47]
- Jurucakap Air France membatalkan lima penerbangan antara Heathrow dengan Paris.[48]
- American Airlines membatalkan tiga penerbangan pagi dari New York, Boston dan Chicago ke to London. Tiga penerbangan kembali ke bandar-bandar tersebut juga dibatalkan.
- British Airways membatalkan semua penerbangan dekat (Eropah), baik masuk mahupun keluar, ke dan dari Heathrow London untuk baki hari selepas penangkapan, dan banyak penerbangan pada hari berikut. [49]
- "Pelanggan-pelanggan yang akan bertolak dari lapangan-lapangan terbang UK tetapi tidak ingin membuat perjalanan pada hari ini (10 Ogos 2006) atau esok boleh menempah semula sehingga 1 Disember 2006 atau mendapat bayaran balik. Mana-mana satu pelanggan yang penerbangannya telah dibatalkan boleh menempah semula atau mendapat bayaran balik." [50]
- EasyJet membatalkan semua penerbangan ke dan dari Gatwick London, Stansted dan Luton. Penerbangan-penerbangan dari banyak lapangan terbang yang lain juga dibatalkan. [51]
- Iberia Airlines, syarikat penerbangan Sepanyol, membatalkan semua penerbangan ke UK. [52]
- Jat Airways, syarikat penerbangan Serbia, membatalkan penerbangan tunggalnya melalui Boeing 737-400 ke Lapangan Terbang Heathrow London pada hari penangkapan.
- Olympic Airlines, syarikat penerbangan Greece membatalkan semua penerbangan ke Heathrow London untuk sebentar waktu. [54] Pada lewat petang hari yang sama, televisyen Greece mengumumkan bahawa sebuah pesawat A340-300 akan bertolak ke London pada 18:30 BST untuk penumpang-penumpang dua penerbangan lebih awal yang telah dibatalkan, manakala penerbangan 19:00 BST akan bertolak pada waktunya.
- SAS membatalkan semua penerbangan ke UK dari Scandinavia sehingga sekurang-kurang 15:00 BST.
- " - Penumpang-penumpang yang menempah untuk penerbangan SAS sehingga 13 Ogos 2006 boleh menempah semula penerbangan-penerbangan mereka dengan syarat-syarat berikut:
- penempahan harus dibuat pada kelas yang sama, atau kelas lebih tinggi sebelumnya yang sedia ada, dalam kabin yang sama.
- peraturan adalah sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh penerbangan asal.
- - Semua penumpang untuk penerbangan yang dilewatkan melebihi 5 jam akan menerima bayaran balik yang penuh jika mereka memilih untuk tidak terbang." [56]
- " - Penumpang-penumpang yang menempah untuk penerbangan SAS sehingga 13 Ogos 2006 boleh menempah semula penerbangan-penerbangan mereka dengan syarat-syarat berikut:
- TAP Portugal membenarkan penumpang-penumpangnya bayaran balik yang penuh: "...penerbangan-penerbangan dari London terpaksa dilewatkan dengan teruk. Penumpang-penumpang yang membuat perjalanan pada hari ini yang ingin membatalkan penerbangan mereka akan menerima bayaran balik yang penuh untuk tiket mereka (tanpa syarat) atau dibenarkan menempah semula penerbangan yang sepadan pada tarikh kemudian." [57]
Penyambungan semula perkhidmatan
Beberapa jam selepas permulaan keadaan tidak keruan, pesawat-pesawat mula terbang dari Heathrow London, walaupun tidak begitu banyak seperti biasa. Penerbangan-penerbangan termasuk pesawat yang bertolak ke New York, Toronto, Chicago, dan San Francisco. [10]
Tindak balas ekonomi
- Pada awal hari Khamis, saham syarikat-syarikat penerbangan merosot sehingga sebanyak 4.5% di Amerika Syarikat sebelum pulih. [58]
- Selepas komplot digagalkan, pasaran-pasaran saham Eropah melaporkan kemerosotan antara 0.65% dan 1.65%. [59]
- Disebabkan jangkaan kemerosotan jumlah perjalanan melalui penerbangan dan oleh itu, kemerosotan bahan api penerbangan yang digunakan, harga-harga minyak mentah turun dengan ketara. [60]
Lain-lain
- BAA menasihatkan penumpang-penumpang supaya jangan membuat sebarang perjalanan ke Heathrow kecuali jika perjalanan mereka amat "diperlukan", dan bahawa kelewatan yang teruk dijangka untuk penumpang-penumpang yang hendak keluar. [61]
- Sistem jalan raya masuk ke Heathrow dilaporkan oleh BBC sebagai amat sesak.
- Penduduk-penduduk di Walton Drive, High Wycombe, dan sekitarnya dipindahkan ketika satu rumah diserbu di sana. [11]
- Kereta api Virgin menerima tiket-tiket penerbangan sebagai tiket yang sah untuk laluan-laluannya dari London ke Manchester.
- Tony Blair, Perdana Menteri British, yang sedang bercuti semasa peristiwa-peristiwa ini memendekkan cutinya dan kembali ke Britain. Blair telah diberitahu tentang serbuan ini sebelum kejadiannya dan sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawainya. Beliau telah memberitahu Presiden George W. Bush tentang serangan semalaman.[62]
- Walaupun Presiden Bush telah membuat ucapan terhadap peristiwa-peristiwa ini, Timbalan Perdana Menteri John Prescott yang kini bertanggungjawab kepada Britain masih tidak memberikan sebarang komen.
Lihat juga
- Operasi Bojinka yang melibatkan komplot yang serupa untuk memusnahkan pesawat-pesawat komersil dengan bahan-bahan letupan cecair ketika melintasi Lautan Pasifik pada tahun 1995.
- Penerbangan 434 Sistem Penerbangan Filipina, sebuah ujian percubaan untuk Operasi Bojinka yang membunuh seorang penumpang melalui bahan letupan cecair yang dibawa naik ke pesawat dalam bagasi tangan.
- Pengeboman London 7 Julai 2005 dan Pengeboman London 21 Julai 2005, serangan-serangan yang paling terkini terhadap UK sebelum peristiwa-peristiwa ini.
- Pengganas-pengganas asal Pakistan, hubungan-hubungan antara komplot-komplot pengganas yang utama.
- Serangan September 11, serangan-serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat pada tahun 2001.
- Penerbangan 63 Sistem Penerbangan Amerika, sasaran percubaan pengeboman yang gagal pada Disember 2001.
- Penerbangan 103 Pan Am dan Penerbangan 182 Air India, pesawat-pesawat rentas Atlantik yang dimusnahkan oleh bahan-bahan letupan ketika dalam penerbangan.
- Penerbangan 6136 China Utara, pesawat yang jatuh terhempas pada Mei 2002 ketika seorang penumpang memulakan kebakaran dengan gasolin di dalam pesawat.
Rujukan
- ^ a b c Berita BBC. "Ministers' statements in full". Berita BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b CNN.com. "Security chief: Airline terror plot 'close to execution'". CNN. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Lare Jakes Jordan. "U.S. posts code-red alert; bans liquids". AP. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b c d Berita BBC UK. "'Airlines terror plot' disrupted". Berita BBC UK. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b MSNBC. "U.K.: Plot to bomb U.S.-bound planes foiled". MSNBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ nytimes.com. "British Authorities Arrest 21; U.S. Raises Threat Level". NY Times. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b DHS.gov. "Press Conference Remarks". DHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-22. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "DHS-Chertoff" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ CNN.com. "Agent infiltrated terror cell, U.S. says". CNN. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Der Spiegel. "Terroralarm in London". Der Spiegel. Dicapai pada 11 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b c d e CNN (TV A.S.)
- ^ a b Berita BBC. "Night-time swoops on suspects". Berita BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ The New York Times. "British Authorities Say Plot to Blow Up Airliners Was Foiled". The New York Times. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ BBC.com. "Police probe flights terror plot". BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Reuters UK. "Police say foil plot to bomb aircraft". Reuters UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ usnews.com. "Terror suspects planned to use liquid explosives to blow up planes". U.S.News. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Richard Esposito. "Explosive Gel Was to Be Concealed in Sports Drink". ABC News. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Jennifer Quinn Esposito. "Terror plotters hoped to use peroxide explosive to blow up jets". San Diego Union Tribune. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ CNN.com. "Agent infiltrated terror cell, U.S. says". CNN. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan). - ^ guardian. "Blair forewarned". guardian. Dicapai pada 11 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ DHS.gov. "Anti-terror critics just don't get it". guardian. Dicapai pada 11 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b BBC. "Reid statement". BBC. Dicapai pada 12 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "Reid statement" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Berita BBC. "At-a-glance: UK airports". Berita BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Guardian Unlimited. "Anti-terror critics just don't get it, says Reid". Guardian. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b CNN News. "'Police: Plot to blow up aircraft foiled". CNN News. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ http://georgewbush-whitehouse.archives.gov/news/releases/2006/08/20060810-2.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-11. Dicapai pada 2006-08-11.
- ^ Fox News (TV A.S.)
- ^ (Belanda) RTL News (10 Ogos 2006). "Dreigingsniveau Nederland blijft gelijk". RTL News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2006-08-11. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Peter de Waard (10 Ogos 2006). "Grote aanslag op negen vliegtuigen verijdeld (DUTCH)". de Volkskrant. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ inq7.net. "NAIA under heightened alert". Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Yleisradio News (10 Ogos 2006). "Airlines Ground Flights in Wake of Terror Arrests". Yleisradio News. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Irish Times (10 Ogos 2006). "Government security group meets over UK plot". Eircom.net. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Tamara Cherry (10 Ogos 2006). "Security alert jams Pearson". Toronto Star. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ CBC News (10 Ogos 2006). "Airline bombing plot foiled, British police say". CBC News. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "New Zealand Herald 11 Ogos 2005". Dicapai pada 2006-08-10.
- ^ (Norway) "Arrestasjoner i Storbritannia 10. august". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 2006-08-10.
- ^ "Pakistan makes arrests after helping foil plot". Dicapai pada 2006-08-10.[pautan mati kekal]
- ^ Monster and Critics (10 Ogos 2006). "Taiwan airports tighten security on Britain, U.S.-bound passengers". Monstersandcritics.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2006-08-11. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ ThinkSpain. "Delays and cancellations on UK flights after terror alert". ThinkSpain. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ CNN. "BAA outlines new security measures". CNN News. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ UK Department for Transport. "Airline security". UK Department for Transport. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Detroit Free Press. "Main suspects in massive plane-bombing plot arrested". Detroit Free Press. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Detroit Free Press. "Electronics permitted onboard for US travel". Detroit Free Press. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Berita BBC UK. "Travel chaos grips UK's airports". Berita BBC UK. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Aer Lingus. "Flight Disruption to and from UK Airports". Laman web Aer Lingus. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ RTÉ. "Aircraft terror plot foiled, say UK police. Flights to other UK airports outside the London area were not generally affected". RTÉ News. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ CBC News
- ^ Berita BBC. "Heathrow shut to incoming flights". Berita BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ British Airways. "Latest disruption update". British Airways. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ http://www.britishairways.com/travel/flightops/public/en_gb
- ^ easyJet.com. "ALL easyJet flights cancelled from London Gatwick, Luton and Stansted - THURSDAY 10 OGOS - kemas kini 13.30". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-13. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ BBC. "Travel chaos grips UK's airports". Berita BBC UK. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ BBC. "UK alert hits flights within EU". Berita BBC UK. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Reuters. "Airlines cancel flights on bomb plot". Reuters. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Irish Times. "Irish flights to UK face delays and cancellation". Eircom.net. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ SAS. "Security Alert at all UK Airports". Laman web SAS. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|3=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ TAP Portugal. "Important information". Laman web TAP Portugal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-13. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Yahoo! Finance. "Airline Shares Fall, Security Shares Up". Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|Publisher=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Reuters. "European stocks close down, hit by bomb plot". Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|Publisher=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ BBC. "Bomb alert fuels share sell-off". Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|Publisher=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Berita BBC. "At a glance, UK airports". Berita BBC. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ 10 Downing Street. "PM pays tribute to police and security services". 10 Downing Street. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-07. Dicapai pada 10 Ogos. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)
Pautan luar
Laporan media
UK
- Berita BBC: 'Komplot Keganasan Sistem-sistem Penerbangan' digagalkan
- Guardian: Komplot utama keganasan udara UK digagalkan
- The Independent: Keadaan bersiap sedia selepas pihak polis menggagalkan komplot keganasan udara
Antarabangsa
- Reuters: Polis UK menggagalkan komplot pengganas untuk mengebomkan pesawat
- CNN: Komplot untuk meletupkan pesawat digagalkan
- USA Today: Polis British menghalang apa yang dikatakan komplot utama pengganas
- Associated Press: British menangkap 21 orang dalam Komplot Keganasan Sistem Penerbangan Diarkibkan 2019-06-05 di Wayback Machine
- Berita RTÉ
Kerajaan United Kingdom
- Kementerian Dalam Negeri UK: Nasihat kepada orang-orang yang membuat perjalanan — langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat – dimuat turun pada 10 Ogos 2006.
- Kementerian Luar Negeri dan Komanwel UK: Kenyataan-kenyataan mengenai penangkapan terorisme dan keselamatan sistem penerbangan – dimuat turun pada 10 Ogos 2006.
- Jabatan Pengangkutan UK: Pengumuman keselamatan sistem penerbangan – dimuat turun pada 10 Ogos 2006.
- Kementerian Dalam Negeri UK: Tahap ancaman keselamatan terkini dinaikkan dari TERUK ke GENTING – dimuat turun pada 10 Ogos 2006.
Kerajaan Amerika Syarikat
- Jabatan Keselamatan Tanah Air A.S.: Kenyataan Diarkibkan 2006-08-13 di Wayback Machine – dimuat turun pada 10 Ogos 2006.
- Halaman Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Diarkibkan 2006-08-11 di Wayback Machine – dengan maklumat khusus tentang barang-barang bawaan yang diharamkan.