Watak Bleach | |
---|---|
Komamura Sajin | |
Peranan | Kapten shinigami daripada Divisyen 7 |
Tarikh lahir | 23 Ogos |
Ketinggian | 288 cm (9' 5") |
Berat | 301 kg (663.6 lbs) |
Zanpakutō | Tenken |
Seiyū | Tetsu Inada |
Pelakon suara latar | Beau Billingslea |
Komamura Sajin (狛村 左陣) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan kaptan bagi Bahagian ke-7 dalam Gotei 13. Leftenannya ialah Iba Tetsuzaemon.
Watak dan Perwatakan
Komamura ialah watak tertinggi dalam Bleach. Ketinggiannya melebihi Zaraki Kenpachi sebanyak 33cm. Hanya seorang lagi yang berbadan lebih besar daripadanya iaitu pengawal pintu Seireitei yang semuanya melebihi ketinggian 50 kaki. Rupa fizikalnya agak pelik kerana dia nampak seperti seekor serigala dan mempunyai personaliti serigala dan musang. Dia juga telah dipanggil sebagai "musang jahanam" oleh Kenpachi beberapa kali tetapi mempunyai bulu merah seperti serigala.
Pada asalnya, Komamura amat malu akan rupa parasnya. Oleh itu, dia memakai topi keledar buluh untuk menyembunyikan wajahnya dan memakai pakaian yang panjang supaya dapat menutupi anggota badannya yang seperti binatang. Sarung tangannya pula sangat besar dan digunakan untuk menutupi keseluruhan tangannya.
Sebelum bertemu dengan Tōsen Kaname, dia menyembunyikan kuasa semangat sekerap mungkin supaya orang lain tidak akan mengesan kehadirannya. Selepas pertarungannya dengan Kenpachi (topi keledarnya dimusnahkan dalam kejadian ini), dia berasa cukup yakin untuk bergerak di Soul Society tanpa menyembunyikan mukanya.
Keadaan Komamura yang seakan-akan haiwan menjadi gurauan dalam siri omake. Dalam episod khas 96, Hisagi Shūhei menghadiahkan satu sikat istimewa yang disukai oleh Komamura. Sebenarnya, sikat istimewa tersebut ialah sikat haiwan belaan yang dibeli di dunia manusia dengan bantuan Inoue Orihime. Pernah juga dia berkata bahawa seandainya dia perlu ke alam nyata, dia mempunyai satu gigai (leftenannya beranggapan bahawa gigai tersebut berupa seekor anak anjing perang). Selain itu, apabila Leftenan Iba bertanyakan arah tandas lelaki, Komamura menunjukkan lokasi sebatang tiang (seekor anjing sedang membuang air kecil di pangkal tiang tersebut). Sebenarnya, tandas sebenar berada di kanan Iba (kepala Zaraki Kenpachi, Madarame Ikkaku dan Ayasegawa Yumichika tertonjol dari pintu untuk melihat perbuatan Iba).
Sejarah
Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan silam Komamura kecuali kenyataan bahawa dia berasa terhutang budi dengan Jeneral Yamamoto dan bersahabat baik dengan Tōsen Kaname. Komamura berjumpa dengan Tōsen pada usia yang muda iaitu ketika Tōsen sedang menjalani latihan di akademi shinigami. Mereka menjadi rakan segera kerana Tōsen yang buta tidak boleh melihat wajah sebenar Komamura. Mereka kemudiannya menjadi kaptan dalam Gotei 13. Dia juga nampaknya pernah mendedahkan rupa musangnya sama ada secara sengaja atau pun tidak kerana Aizen berkata bahawa dia sudah lama tidak melihat muka Komamura.
Sinopsis
Babak Soul Society
Watak Komamura mula bercakap apabila dia mencadangkan untuk menentang penceroboh Soul Society, pembelot shinigami dari Bahagian ke-11 dan leftenannya dengan bantuan Tōsen Kaname. Mereka bergegas ke tapak hukuman pembunuhan bakal berlangsung untuk menyekat jalan Zaraki Kenpachi. Selepas Kenpachi menewaskan pembebasan tahap terakhir Tōsen, Kenpachi berkeputusan untuk menamatkan riwayat Tōsen. Komamura mencampakkan topeng keledarnya untuk menghentikan tindakan Kenpachi. Dia kemudiannya berlawan dengan Kenpachi dengan menggunakan tahap terakhirnya tetapi meninggalkan pertarungan tersebut apabila mengesan bahawa Jeneral Yamamoto sedang bertarung dengan seseorang.
Sementara Komamura berlawan demi Jeneral Yamamoto dan Gotei 13, Tōsen berjuang untuk keadilan yang dilambangkan oleh Gotei 13. Maka, apabila Tōsen mengambil keputusan untuk berpihak kepada Aizen Sōsuke, pengkhianat Soul Society, Komamura berasa terkilan dan berasa bahawa Tōsen telah kehilangan akhlaknya. Berang, dia cuba menyerang Aizen tetapi dikalahkan apabila Aizen menggunakan seni syaitan yang kuat. Komamura bertanya kepada Tōsen tentang keadilan yang diperjuangkan oleh mereka berdua apabila Aizen dan sekutunya diselamatkan oleh hollow. Tōsen menjawab bahawa dia masih berpegang teguh kepada keadilan. Dengan ini, Komamura berkeputusan untuk mencelikkan mata kawannya dengan tangan sendiri.
Tenken
Zanpakutō Komamura ialah "Hukuman Syurga" (天譴, Tenken). Arahan pembebasan tahap pertama ialah "ngaum" (轟け, todoroke).
Pada tahap pertama, Tenken menghasilkan beberapa bahagian badan satu gergasi untuk meniru mana-mana anggota yang digerakkan oleh Komamura. Misalnya, apabila Komamura menghayunkan pedangnya, satu tangan besar yang memegang sebilah pedang muncul dan melakukan pergerakan yang sama.
Pembebasan tahap terakhir Tenken bernama "Hukuman Syurga daripada Raja Kokujō" (黒縄天譴明王, Kokujō Tengen Myō'ō) yang menghasilkan satu gergasi sempurna. Seperti versi tahap pertama, gergasi ini akan meniru segala perbuatan Komamura. Kokujō ialah nama Jepun bagi salah satu daripada lapan bulatan neraka dalam agama Buddha.