Kolitis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | K50 - K52 |
ICD-9 | 556.9 |
OMIM | 191390 |
P. Data Penyakit | 31340 |
MedlinePlus | 001125 |
eMedicine | ped/435 |
MeSH | C06.405.205.265 |
Penafian perubatan |
Dalam perubatan, kolitis merujuk kepada suatu keradangan bagi kolon dan ia selalunya digunakan untuk menggambarkan keradangan pada usus besar (kolon, sekum dan rektum).
Kolitis mungkin akut dan had sendirian atau kronik dan berulang-ulang, dan secara kasarnya, termasuk di dalam kategori penyakit penghadaman.
Di dalam konteks perubatan, label "kolitis" (tanpa kelayakan) digunakan jika:
- Etiologi keradangan kolon tidak dapat dipastikan; sebagai contoh, kolitis mungkin diaplikasikan kepada penyakit Crohn pada masa ketika diagnosis tidak dapat mengenal pasti penyakit berkenaan.
- Konteks adalah jelas; sebagai contoh, seorang individu dengan kolitis berulser berkata mengenai penyakitnya dengan seorang pakar perubatan yang tahu mengenai diagnosis tersebut.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala bagi kolitis adalah agak pelbagai, dan bergantung kepada etiologi (sebab) kolitis terbentuk, dan faktor-faktor yang mengubah arah dan keterukannya.
Gejala-gejala kolitis mungkin termasuklah: sakit abdomen, hilang selera makan, kelesuan, diarrhea, kekejangan, kecemasan (Tenesmus) dan kekembungan.
Tanda-tanda mungkin termasuklah: abdominal tenderness, kehilangan berat badan, perubahan di dalam tabiat buang air besar (frekuensi bertambah), demam, pendarahan najis (nyata atau akulta)/berdarah, cirit-birit dan kekembungan.
Tanda-tanda dilihat pada kolonoskopi termasuklah: mukus kolon eritema (kemerahan pada permukaan dalaman kolon), ulser, pendarahan.
Diagnosis
Tanda-tanda mencadangkan kolitis dihasilkan dengan mendapatkan sejarah perubatan, satu pemeriksaan fizikal dan ujian makmal (CBC, elektrolit, pengulturan dan kepekaan najis, ova najis dan parasit dan lain-lain). Ujian tambahan termasuklah pengimejan perubatan (e.g. tomografi pengkomputeran abdomen, sinar-X abdomen) dan satu pemeriksaan melalui kamera rektum (sigmoidoskopi, kolonoskopi).
Jenis
Banyak jenis kolitis wujud, dan ia biasanya dikelaskan berdasarkan punca terbitan. Jenis-jenis kolitis termasuk:
Autoimun
- Penyakit radang usus - sekumpulan kolitis yang kronik.
- Kolitis berulser - satu kolitis kronik yang memberi kesan kepada usus besar
- Penyakit Crohn - sejenis radang usus
Idiopatik
- Kolitis mikroskopik - satu kolitis yang diagnosis oleh pemeriksaan mikroskopik terhadap tisu kolon; secara makroskop ia nampak normal
- Kolitis limfosit
- Kolitis kolagen
Iatrogenik
- Kolitis berlencongan
- Kolitis kimia
Vaskular
- Kolitis iskemia
Berjangkit
Satu subjenis kolitis berjangkit lazim ialah kolitis pseudomembran, yang dihasilkan daripada jangkitan toksigen jenis Clostridium difficile.[1]
Kolitis enterohemorhagik mungkin disebabkan oleh toksin Shiga terbitan Shigella dysenteriae atau kumpulan Shigatoksin-genik Escherichia coli (STEC), termasuk serotip O157:H7 dan enterohemoragik E. coli lain.[2]
Jangkitan parasit seperti Entamoeba histolytica juga boleh menyebabkan kolitis.
Kolitis tidak dikelaskan
"Kolitis tak ditentukan" ialah istilah yang digunakan bagi kolitis dengan kedua-dua ciri terbitan penyakit Crohn dan berulser.[3] Tingkah laku kolitis ini lazimnya lebih menyerupai kolitis berulser berbanding dengan penyakit Crohn.[4]
"Kolitis atipikal" ialah istilah yang kadangkala digunakan oleh pakar perubatan bagi kolitis yang tidak terwakil dalam mana-mana jenis kolitis formal. Walau bagaimanapun, ia tidak disahkan sebagai diagnosis formal secara per se, dan oleh itu, merujuk kepada kolitis yang tidak dapat disahkan secara tepat.
Keterukan kolitis
Kolitis fulminan adalah sebarang kolitis yang menjadi semakin teruk dengan cepat. Tambahan kepada diarea, demam, dan anemia dilihat di dalam kolitis, pesakit mempunyai sakit abdominal yang teruk dan menunjukkan satu gambaran klinikal yang serupa dengan septisemia, di mana kejutanditunjukkan. Lebih kurang separuh daripada pesakit manusia memerlukan pembedahan. Di dalam kuda, fulminant colitis dikenali sebagai kolitis X biasanya menyebabkan kematian di dalam 24 jam.
Sindrom usus ringkih, satu penyakit berasingan, sudah dipanggil sebagai spastic colitis. Nama ini mungkin membawa kepada kekeliruan, kerana kolitis tidak selalunya satu ciri-ciri sindrom usus ringkih. Oleh kerana etiologi IBS setakat ini tidak diketahui dan mungkin juga banyak faktor, mungkin terdapat beberapa pertindihan di dalam tanda-tanda di antara IBS dan pelbagai bentuk kolitis.
Rawatan
Rawatan kolitis bergantung kepada etiologinya, cth. kolitis berjangkit biasanya dirawat dengan agen-agen antimikrob seperti antibiotik; kolitis berperantara autoimun dirawat dengan permodulat imun/penekan imun. Kolitis yang teruk boleh mengancam nyawa dan mungkin memerlukan pembedahan.
Lihat juga
Notakaki
- ^ "Clostridium Difficile Colitis - Overview". WebMD, LLC. Dicapai pada 2006-09-15. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Beutin L (2006). "Emerging enterohaemorrhagic Escherichia coli, causes and effects of the rise of a human pathogen". J Vet Med B Infect Dis Vet Public Health. 53 (7): 299–305. doi:10.1111/j.1439-0450.2006.00968.x. PMID 16930272.
- ^ Romano, C.; Famiani, A.; Gallizzi, R.; Comito, D.; Ferrau', V.; Rossi, P. (2008). "Indeterminate colitis: a distinctive clinical pattern of inflammatory bowel disease in children". Pediatrics. 122 (6): e1278–81. doi:10.1542/peds.2008-2306. PMID 19047226. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Melton, GB.; Kiran, RP.; Fazio, VW.; He, J.; Shen, B.; Goldblum, JR.; Achkar, JP.; Lavery, IC.; Remzi, FH. (2009). "Do preoperative factors predict subsequent diagnosis of Crohn's disease after ileal pouch-anal anastomosis for ulcerative or indeterminate colitis?". Colorectal Dis. 12: 1026. doi:10.1111/j.1463-1318.2009.02014.x. PMID 19624520. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)