Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Moto | The Leader of Excellence |
---|---|
Moto dalam Bahasa Melayu | Peneraju Kecemerlangan |
Jenis | Kolej Matrikulasi |
Ditubuhkan pada | Mac 2003 |
Pelajar | Sekitar 3000 pelajar |
Lokasi | , |
Laman sesawang | www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang ialah Kolej Matrikulasi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Pahang terletak di Gambang, Pahang[1]
Latar Belakang
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah sebuah kolej matrikulasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Proses pembinaannya bermula dari bulan Febuari 1999 dan mula dibuka pada 1 Mac 2003. Kolej ini dibina di kawasan seluas 75 hektar dan terletak di lokasi yang strategik. Berhampiran dengan Pekan Gambang dan hanya 35 kilometer dari bandar Kuantan. Perjalanan ke kolej ini dipermudahkan dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Pada 5 April 2003, Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima seramai 1857 orang pelajar sulungnya yang mengikuti jurusan Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Kolej ini mempunyai kapasiti untuk seramai 3000 orang pelajar bagi satu sesi kemasukan. Peneraju Kecemerlangan adalah moto Kolej Matrikulasi Pahang. Berlandaskan slogan ini KMPh ingin menjadi peneraju kecemerlangan dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Teknik pembelajaran adalah di dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Semua teknik ini diaplikasi bagi membantu menyediakan pelajar untuk ke institusi menara gading. Seiring dengan peningkatan teknologi zaman moden, Kolej Matrikulasi Pahang dilengkapi dengan pelbagai prasarana canggih. Semua kemudahan terkini yang disediakan adalah demi meningkatkan ilmu anak watan dan selaras dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan bergelar profesional.
Visi
Kolej Matrikulasi Pahang sebagai sebuah institusi pendidikan pra universiti terunggul di Malaysia menjelang tahun 2020.
Misi
Melahirkan pelajar pra universiti yang cemerlang dalam bidang:
- Penghayatan budaya ilmu
- Pemantapan sahsiah
- Ketrampilan diri melalui budaya kerja berkualiti dalam persekitaran pendidikan yang kondusif.
Slogan
Peneraju Kecemerlangan.
Budaya Kolej
- Cintakan ilmu
- Menepati masa
- Menghormati ketua
- Mesra pelanggan
- Mementingkan kecemerlangan dan kualiti
- Hormat menghormati
- Kesegeraan dalam melaksanakan tugas
- Mengutamakan kebersihan dan kekemasan
- Bersyukur dan berterima kasih
Rujukan
- ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.