Cohors (kata lakur Latin com- dan hortus "lingkungan, kebun"; dalam bahasa Inggeris: cohort) adalah unit bahagian bawah legio tentera Rumawi yang biasanya terdiri dari sekitar 500 orang askar menggantikan kelompok manipulus susulan dasar pembaharuan ketenteraan Republik yang dilakukan Gaius Marius pada tahun 107 SM.[1]
Sistem ini diperkenalkan ke dunia Islam semasa zaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib (diserap menjadi Arab: شُرطَة, rumi: syurṭah) di mana pasukan ini berperanan seperti hulubalang atau polis zaman moden menjaga keamanan bandar dan keselamatan khalifah.[2][3]
Rujukan
- ^ Nelson, Eric (2001). The Complete Idiot's Guide to the Roman Empire: Engrossing Stories of Roman Conquest, Palace Intrigue, and the Politics of Empire. Penguin. m/s. 199. ISBN 978-1-101-19918-3.
- ^ Hallaq, Wael B. (2016). The Formation of Islamic Law. Routledge. m/s. 184–5. ISBN 978-1-351-88954-4.
- ^ Finer, Samuel Edward (1997). The History of Government from the Earliest Times: The intermediate ages. Oxford University Press. m/s. 714. ISBN 978-0-19-820665-1.