Nama | |
---|---|
Nama lain
kobalt hidrokarbonil
tetrakarbonilhidridokobalt, tetrakarbonilhidrokobalt | |
Pengecam | |
ECHA InfoCard | 100.290.757 |
PubChem CID
|
|
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
Sifat | |
C4HCoO4 | |
Jisim molar | 171.98 g/mol |
Rupa bentuk | Cecair kuning terang |
Takat lebur | −33 °C (−27 °F; 240 K) |
Takat didih | 47 °C (117 °F; 320 K) |
Separa | |
Keterlarutan | boleh larut dalam heksana, toluena, etanol |
Keasidan (pKa) | 8.5 |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Kobalt tetrakarbonil hidrida ialah sebatian organologam dengan formula HCo(CO)4. Ia ialah cecair kuning yang membentuk wap tidak berwarna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan.[1] Kegunaan utamanya ialah sebagai pemangkin dalam penghidroformilan.
Struktur dan ciri-ciri
HCo(CO)4 ialah molekul dwipirimid trigonal. Ligand hidrida menduduki salah satu kedudukan paksi, oleh itu simetri molekul ini ialah C3v.[2] Jarak ikatan Co-CO dan Co-H masing-masing ialah 1.764 dan 1.556 Å, dan ia ditentukan oleh belauan elektron fasa gas.[3] Keadaan pengoksidaan kobalt dalam sebatian ini ialah +1.
Seperti hidrida karbonil logam yang lain, HCo(CO)4 bersifat asid, dengan pKa 8.5.[4] HCo(CO)4 cair pada suhu -33 °C dan pada suhu yang lebih tinggi, ia mereput kepada Co2(CO)8 dan H2.[1] Ia melalui penggantian dengan fosfina tertier. Misalnya, trifenilfosfina menghasilkan HCo(CO)3PPh3 dan HCo(CO)2(PPh3)2. Bahan terbitan ini lebih stabil daripada HCo(CO)4 dan digunakan dalam industri.[5] Bahan terbitan ini juga secara umumnya kurang berasid daripada HCo(CO)4.[4]
Penyediaan
Kobalt tetrakarbonil hidrida pertama kali disebut oleh Heiber pada awal 1930-an.[6] Ia merupakan hidrida logam peralihan kedua yang ditemui selepas H2Fe(CO)4. Ia disediakan dengan menurunkan Co2(CO)8 dengan amalgam natrium atau bahan penurun yang serupa dan diikuti dengan pengasidan.[2]
- Co2(CO)8 + 2 Na → 2 NaCo(CO)4
- NaCo(CO)4 + H+ → HCo(CO)4 + Na+
Oleh sebab HCo(CO)4 mereput dengan sedianya, ia biasanya dihasilkan in situ melalui penghidrogenan Co2(CO)8.[5]
- Co2(CO)8 + H2 2 HCo(CO)4
Parameter termodinamik bagi tindak balas keseimbangan di atas ialah ΔH = 4.054 kcal mol-1, ΔS = -3.067 cal mol-1 K-1, dan ia ditentukan oleh spektroskopi inframerah.[5]
Kegunaan
Kobalt tetrakarbonil hidrida merupakan hidrida logam peralihan pertama yang digunakan dalam industri.[7] Pada 1953, bukti telah didedahkan bahawa bahan ini merupakan pemangkin aktif bagi penukaran alkena, CO dan H2 kepada aldehida, satu proses yang dikenali sebagai penghidroformilan (tindak balas okso).[8] Walaupun penggunaan penghidroformilan berasaskan kobalt telah banyak digantikan dengan pemangkin berasaskan rodium, pengeluaran aldehida C3-C18 dunia yang dihasilkan dengan pemangkinan kobalt tetrakarbonil hidrida ialah kira-kira 100,000 tan/tahun, kira-kira 2% jumlah keseluruhan.[7]
Rujukan
- ^ a b doi:10.1002/047084289X.rs105
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b doi:10.1002/14356007.a07_281.pub2
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ doi:10.1021/ja00461a011
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b doi:10.1021/ja00269a022
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b c M. Pfeffer, M. Grellier "Cobalt Organometallics" in Comprehensive Organometallic Chemistry III, 2007, Elsevier.doi:10.1016/B0-08-045047-4/00096-0
- ^ doi:10.1002/cber.19320650709
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b doi:10.1002/14356007.a13_199
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ I. Wender , H. W. Sternberg , M. Orchin "Evidence for Cobalt Hydrocarbonyl as the Hydroformylation Catalyst" J. Am. Chem. Soc., 1953, vol. 75, pp 3041–3042. DOI:10.1021/ja01108a528