Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Malaysia (Sarawak) | |
Bahasa | |
Ukit, Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Sarawak | |
Agama | |
Kristianiti, Islam, Animisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Iban |
Klemantan atau Dayak Darat adalah kumpulan etnik yang berasal dari kepulauan Borneo. Mereka dikaitkan dengan suku kaum Dayak yang menetap di Kalimantan Barat di Indonesia dan Sarawak di Malaysia. Istilah "Klemantan" ini telah diwujud dalam kesusasteraan Barat oleh saintis dan pentadbir kolonial, Charles Hose pada awal abad ke-20, namun telah ditolak pengunaannya dan tidak lagi digunakan.[1]
Asal usul
Hose mempunyai pengalaman yang lama sebagai pentadbir kolonial di Sarawak. Apabila menggambarkan masyarakat orang asli di Sarawak, Hose mengkategorikan mereka kepada enam kumpulan berbeza iaitu: Iban, Kayan, Kenyah, Murut, Punan dan Klemantan.[2] Lima kumpulan lain diterima sebagai kumpulan etnik yang sah, namun "Klemantan". Menurut Hos, "Klemantan" merupakan orang asli Borneo yang bukannya Iban, Kayan, Kenyan, Murut mahupun Punan.
Kemudiannya, para sarjana menafikan kewujudan suku Klemantan sebagai kategori etnik yang sah, memandangkan istilah itu mewakili pandangan orang Eropah bukannya dari masyarakat tersebut. Seorang antropologis budaya Perancis, Jérôme Rousseau, sebagai contohnya mempersoalkan kenapa Hose "merasa terdorong untuk mencipta konsep yang tidak sesuai dengan realiti sosial, budaya, geografi, atau sejarah."[3]
Kalimantan
Nama Indonesia bagi kepulauan Bornoo pada hari ini iaitu Kalimantan, berasal dari Klemantan.
Rujukan
- ^ Rousseau, Jérôme (1990). Central Borneo: Ethnic Identity and Social Life in a stratified Society. Oxford, New York: Oxford University Press. m/s. 43. ISBN 0198277164.
- ^ Hose, Charles; McDouggall, William (1912). The Pagan Tribes of Borneo: A Description of Their Physical Moral and Intellectual Condition with Some Discussion of Their Ethnic Relations, Volume I. London: MacMillan and Co. m/s. 30.
- ^ Rousseau, Jérôme (1990). Central Borneo: Ethnic Identity and Social Life in a stratified Society. Oxford, New York: Oxford University Press. m/s. 43. ISBN 0198277164.