Umum | |
---|---|
Pengarang | Ibn Al-Nafis al-Dimashqi |
Tajuk asal | 'Al-Risalah al-Kamiliyyah fil Sirah al-Nabawiyyah' |
Bahasa | Bahasa Arab |
Penerbitan | |
Penerbit | Tidak berkaitan |
Kitab Fadil ibn Natiq; dalam Bahasa Arab juga dikenali sebagai: Arab: الرسالة الكاملية في السيرة النبوية ("Risalah Kamil berkaitan Sirah Rasulullah"); bahasa Inggeris: "The Treatise of Kamil on the Prophet's Biography" ; ialah novel falsafah pertama[1], dikarang oleh Ibn Al-Nafis al-Dimashqi. Treatis ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam Latin sebagai Theologus Autodidactus atau Autodidact Theologian (Ahli Teologi Yang Bergurukan Dirinya). Karya ini ialah satu daripada novel Arab yang pertama, dan boleh dianggap satu contoh awal novel cereka sains, dan satu contoh cerita pencapaian kedewasaan dan cerita pulau yang tidak berpenghuni. Novel in ditulis antara tahun-tahun 1268 dan 1277 M.
Plot
Protagonis cerita ialah Kamil, seorang remaja liar autodidaktik [2] yang wujud secara abiogenesis (penghasilan benda hidup daripada suatu jisim tidak hidup) di dalam sebuah gua dan hidup berseorangan di sebuah pulau yang tidak berpenghuni.[3] Lama-kelamaan dia bertemu dunia luar dengan ketibaan seorang yang terdampar di pulau itu akibat kapal karam,[4] dan kemudian membawanya pulang ke dunia bertamadun. Sedikit demi sedikt plot berkembang menjadi kisah pencapaian kedewasaan dan memuatkan unsur-unsur cerak sains apabila sampai kepada kemuncaknya dengan kisah malapetaka yang dahsyat.[3]
Tema-tema
Ibn al-Nafis menggunakan plot bagi mengungkapkan banyak tema peribadinya berkaitan dengan agama, falsafah dan sains terhadap pelbagai tajuk, termasuk biologi, kosmologi, empirisisme, epistemologi, ilmu taakulan hari mendatang, ujikaji, geologi, eskatologi Islam, falsafah alami, falsafah sejarah dan sosiologi, falsafah agama, fisiologi, psikologi, dan teleologi. Justeru, Ibn al-Nafis merupakan perintis awal cereka falsafah. Menerusi cerita Kamil, Ibn al-Nafis cuba menetapkan bahawa minda manusia berkemampuan membuat kesimpulan berkaitan kebenaran-kebenaran semulajadi, falsafah dan agama berkaitan alam semesta melalui taakulan dan pemikiran yang logik. "Kebenaran" yang ditampilkan dalam ceritanya termasuk wajibnya kewujudan tuhan, Allah, dan kehidupan dan pengajaran nabi-nabi Islam, dan analisis masa lepas, kini, dan masa mendatang, termasuk asal-usul manusia dan tekaan am tentang masa hadapan berasakan pensejarahan dan determinisme (fahaman yang menyatakan bahawa semua kejadian itu ada sebab-musababnya, yang akhirnya akan dapat dijelaskan) sejarah.
Dua bab terakhir kisah ini menyerupai plot cereka sains, di mana waktu Kiamat dan Akhirat diramalkan dan diterangkan dengan cara sains berlandaskan pengetahuannya tentang biologi, astronomi, kosmologi dan geologi.
Satu daripada tujuan Kitab Fadil ialah menerangkan ajaran Islam dalam bentuk sains dan falsafah melalui penggunaan pengisahan rekaan. Justeru karya ini merupakan percubaan menyelaraskan taakulan dengan wahyu dan dengan itu menjadikan garis pemisah antara kedua-duanya menjadi samar.[3]
Ibn al-Nafis menggambarkan karyanya sebagai satu yang mempertahanan "sistem Islam dan doktrin Muslim berkaitan misi Nabi-nabi, hukum-hakam agama, kehidupan semula tubuh, dan sifat sementara dunia". Beliau memberikan hujah yang munasabah bagi kehidupan semula tubuh [yang sudah mati], dan ruh yang hidup abadi, dengan menggunakan kedua-dua taakulan penunjuk dan bahan daripada kumpulan hadis untuk membuktikan hujahnya.[4]
Novel juga memuatkan rujukan kepada fisiologi baharunya dan teori-teorinya berkaitan dengan peredaran darah pulmonari dan denyutan, yang digunakannya untuk menyokong hujahnya tentang penghidupan semula tubuh badan. Para ilmuan Islam terkemudian memandang karya ini sebagai jawapan kepada dakwaan metafizik Ibnu Sina yang penghidupan semula tubuh tidak boleh berlaku, satu dakwaan yang telah dikritik terdahulunya oleh Imam al-Ghazali.[4]
Bahagian bioperubatan
Kitab Fadil juga memuatkan penulisan yang penting berkaitan dengan perubatan, khususnya fisiologi dan biologi:
Kedua-dua tubuh badan dan anggotanya dalam keadaan pelarutan dan makanan yang berterusan, justeru mereka menjalani pertukaran yang berkekalan.
Ini dilihat sebagai konsep pertama tentang metabolisme, yang terdiri daripada katabolisme, proses jirim bernyawa diurai kepada bahan asas, dan anabolisme proses makanan membina jirim bernyawa. [3]
Kitab Fadil juga mengkritik penggunaan wain sebagai ubat, idea yang dipegang kaum Yunani kuno dan juga ahli perubatan Muslim yang tidak ortodoks yang hidup sezaman dengannya, meskipun penggunaan arak diharamkan oleh Islam. Tambahan pula, novel itu turut berhujah bahawa penggunaan arak berserta perilaku homoseks di kalangan segelintir Muslim pada masa itulah sebab terjadinya serangan Mongol terhadap tanah orang Islam, sesuatu yang dilihat sebagai balasan Tuhan.[4]
Novel ini juga merujuk kepada saluran darah pulmonari (paru-paru), sesuatu yang telah diperikan oleh Ibn al-Nafis dalam Ulasan berkaitan Anatomi dalam Qanun Ibnu Sina. Pemerian ini dinyatakan apabila watak Kamil memerhatikan jantungnya:[4]
Ventrikel kanannya dipenuhi darah dan ventrikel kiri dipenuhi semangat.
Satu petikan merujuk kepada teori denyutan Ibn al-Nafis:[4]
Ventrikel kirinya dipenuhi semangat, dan ventrikel ini mengecut, dan dengan itu menyampaikan semangat melalui arteri kepada oragan-organ. Kemudian ia mengembang dan semangat itu pulang kepadanya.
Nota kaki
- ^ Muhsin 1974.
- ^ Seseorang yang mengajar dirinya sendiri, yakni menjadi guru kepada dirinya. Ini berkaitan dengan, tetapi berbeza sedikit daripada "belajar sendiri". Proses ini melibatkan proses bertafakur dan menyerap ilmu.
- ^ a b c d al-Roubi 1982.
- ^ a b c d e f Fancy 2006. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFFancy2006 (help)
Rujukan
- Mahdi, Muhsin (1974). "The Theologus Autodidactus of Ibn at-Nafis by Max Meyerhof, Joseph Schacht". Journal of the American Oriental Society. 94 (2): 232-234.
- al-Roubi, Dr Abu Shadi (1982). "Ibn Al-Nafis as a philosopher, Symposium on Ibn al-Nafis, Second International Conference on Islamic Medicine". Encyclopedia of Islamic World. Islamic Medical Organization, Kuwait. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-06. Dicapai pada 2012-08-04.
- Fancy, Nahyan A. G. (2006). "Pulmonary Transit and Bodily Resurrection: The Interaction of Medicine, Philosophy and Religion in the Works of Ibn al-Nafīs (d. 1288)". Electronic Theses and Dissertations. University of Notre Dame.
- Fancy, Nahyan (2006). Pulmonary Transit and Bodily Resurrection: The Interaction of Medicine, Philosophy and Religion in the Works of Ibn al-Nafīs (d. 1288) (Ph.D.). University of Notre Dame. Dicapai pada 8 Oktober 2012.
- Iskandar, Albert Z. (1974). "Dictionary of Scientific Biography". 9: 602–606 Cite journal requires
|journal=
(bantuan);|contribution=
ignored (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
Pautan luar
- Iskandar, Albert Z. (2008) [1970-80]. "Ibn Al-Nafīs, 'Alā' Al-Dīn Abu 'L-Ḥasan 'Alī Ibn Abi 'L-Ḥazm Al-Qurashī (or Al-Qarashī)". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com.
Wikisumber bahasa Arab mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |